Cast : Lee Sung-min, Kim Sang-ho, Jin Kyung, Kwak Si-yang
Production Company : AD406
Distributor : Next Entertainment World
Genre : Crime / Thriller
Running Time : 111 minutes
Release Date : 15 August, 2018
Trailer :
Bertemakan serial psycho killer, The Witness mengisahkan tentang Sang-Hoon (Lee Sung-min) yang menjadi saksi utama kepada satu pembunuhan di hadapan bangunan apartmen dia lepas balik dari minum dengan rakan sekerja. Dia cuba untuk rahsiakan hal tu dari polis dan keluarga dengan harapan pembunuh (Kwak Si-yang) tak kacau dia ataupun keluarga dia.
Tapi di situ kesilapan besar dia walaupun Detective Jae-Yeob (Kim Sang-ho) dah kenalpasti siapa pembunuh tersebut, dia tetap menafikan siapa pembunuh sebenar. Akhirnya mengundang padah bila tanpa sengaja dia menyaksikan lagi satu pembunuhan oleh pembunuh yang sama. Bezanya kali ni, pembunuh tersebut mencari semua saksi pembunuhan untuk dibunuh supaya kekejaman dia tak akan dapat dihidu oleh pihak polis.
The movie lost me since the beginning sebab Sang-Hoon tak cuba langsung untuk call polis sedangkan dalam masa 2 jam tu pembunuh hilangkan diri tanpa sebab dan datang balik untuk bunuh mangsa dia. Betul, dia takut, tapi dia ada dalam rumah yang berkunci. Watak isteri dia, Soo-jin (Jin Kyung) lagi berani dan kuat lawan pembunuh tu daripada dia.
Watak Soo-jin ada character development bila awalnya dia refused untuk masuk campur hal pembunuhan tapi bila dia nampak suami mangsa bunuh merayu supaya dapat cari isteri dia dengan tenants di situ, Soo-jin nampak terkesan dan lawan sikap hipokrit yang takut value apartment tu jatuh bila ada musibah.
Sakit hati tengok dia sengaja diamkan hal ni even dari isteri dia sampai bahayakan nyawa isteri dan anak perempuan sebab tak tahu apa yang jadi. Pembunuh tu pula berkeliaran tunggu masa yang sesuai untuk bunuh semua saksi. Lagi sakit hati bila tengok Detective Jae-Yeob dapat tahu siapa pembunuh dan lokasi rumah dia lagi pantas dari Sang-Hoon tanpa bantuan dari tenants bangunan apartment atau saksi-saksi utama pun.
Awal cerita director dan writer dah tunjukkan kredibiliti pihak polis menjejak pembunuh tu cuma perlukan confession saksi utama untuk jatuhkan hukuman sahaja tapi bila second half movie ni dah beralih tumpuan dan lemahkan watak Detektif Jae-Yeob dan skuad dia untuk naikkan Sang-Hoon sebagai hero.
I mean, satu balai pergi kepung rumah pembunuh tu tapi boleh terlepas? Dah ada skuad yang jaga bahagian hadapan rumah, jaga la jugak bahagian belakang atau 200 meter dari lokasi rumah suspek. Yang masuk dalam rumah tu pun 4 orang je. Macam mana boleh terlepas still a big question. Sama besarnya bila skuad polis hantar cuma seorang sahaja polis untuk jaga keluarga Sang-Hoon tanpa notify keluarga Sang-Hoon. Sengaja drag scene tu untuk timbulkan rasa saspen. Unnecessary.
Lagi menarik kalau plot cerita tunjuk yang pihak polis tak membantu langsung atau endahkan panggilan telefon Sang-Hoon atau Sang-Hoon team up dengan Detektif Jae-Yeob untuk cari pembunuh psiko ni dan discover banyak mangsa yang dia dah bunuh dan sikap diamkan diri tenants di apartment tu yang beri keuntungan lebih kepada pembunuh.
Pembunuh tu tak ada screentime yang banyak pun tapi Sang-Hoon dan saksi lain yang bagi dia ruang untuk bertindak kejam. Sebab tu scene ending bila Sang-Hoon berdiri di tempat yang sama mangsa dibunuh depan apartment dia deliver a very hard-hitting mesej tentang pendirian masyarakat bandar Korea Selatan.
Plot movie ni longgar dan tiada twist yang menarik untuk support jalan cerita. Stay sampai habis untuk tahu kenapa pembunuh tu membunuh tapi tak ada sebab pun. Disappointment.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.6/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
cite korea ni bila pembunuh terlalu cerdik, polis nampak macam loser giler.
ReplyDeletetapi pembunuh tu tak cerdik pun. Dia just ambik kesempatan bila tenants jenis tak ambik port. Nampak pembunuh depan mata pun buat tak tahu
Delete