Movie Review : Rock 4 – Rockers Never Dai

Sunday, 17 May 2020


Pengarah :  Mamat Khalid
Penulis Skrip :  Mamat Khalid
Pelakon :   Sharwani NS, Hazama Azmi, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi
Genre :  Komedi / Muzikal
Durasi Tayangan :  106 minit
Tarikh Tayangan : 20 Februari 2020
Syarikat Produksi :  Enjit Semut Productions
Pengedar :  Primeworks Studios
Trailer :


Latest installment untuk franchise movie Rock di bawah arahan Mamat Khalid kali ni membawa kita ke zaman sekarang dan bukan lagi di zaman rock kapak tahun 80-an. Kali ni mengisahkan tentang Ronnie James Dio (Sharwani NS) akhirnya sedar dari koma selepas beberapa tahun terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa ahli Rimba Bara dalam Rock Bro.


Dio tak dapat terima rentak muzik zaman sekarang  yang lebih kepada pop. Kebetulan anak jiran dia, Rayyan (Adam John) suka sangat dengan kumpulan Rimba Bara. Rayyan introduce Dio kepada band dia – Omar (Hazama) sebagai pemain bass, Seri sebagai drummer (Bulan Terry) dan Acap  (Nazimi Fahmi) sebagai pemain keyboard.


Band Rayyan ada problem bila bawa lagu sendiri sebab lirik dan lagu yang tak best. Dio lantik diri dia sendiri sebagai manager band Rayyan kemudian bawa mereka untuk main band di tempat-tempat yang berbeza. Malangnya semua tak membuahkan hasil ditambah pula dengan Omar yang ada masalah ketagihan dadah.


Keadaan Omar buat dia teringat kesilapan dia dan Slash (Pekin Ibrahim) kemaruk dengan dadah sampai tak dapat nak kawal. Punca kemalangan malam tu disebabkan Dio dan Slash. Dio cuba untuk jumpa dengan Slash tapi dia tak mampu, cuma pandang dari jauh walaupun rindu. Dio makin buntu dengan band Rayyan, kesihatan dia juga makin merosot. 

Sama seperti filem-filem karya Mamat Khalid, dalam jalan cerita terdapat sindiran dan kritikan sosial yang diketengahkan. Secara lantang juga Mamat Khalid tekankan tentang arus dunia muzik yang menggubah lagu hingga hilang keaslian dan roh muzik rock juga sudah hilang. Dikuatkan lagi dengan cameo dari beberapa pemuzik otai genre rock seperti Edrie Hashim, Joey BPR dan Dato’ Awie untuk sembang realiti dunia muzik rock di negara kita yang makin hilang ditelan dek zaman.

Kekuatan franchise Rock ni haruslah himpunan seleksi lagu rock yang popular seperti Layu Di Hujung Mekar - Rio. Dalam movie ni ada tribute kepada band indie yang famous seperti Butterfingers, OAG, Flop Poppy even Redline 95 – Shizuka Ben Aman pun ada. Kali ni Mamat Khalid pilih lagu Kau Yang Bernama Seri oleh Handy Black untuk diberi nafas baru dan dinyanyikan oleh Hazama. Kecewa tak ada lagu band Spider sedangkan ada cameo dari Tam Spider. 

Personally I feel penceritaan Rock 4 agak mendatar dan hilang roh dia bila kumpulan Rimba Bara sudah tiada. Watak Dio pula tidak diberi tumpuan dalam 3 movie sebelumnya dan bukanlah watak yang strong untuk dijadikan tunggak cerita. Nasib baik ada flashback zaman kegemilangan Rimba Bara dan cameo Jijo (Khir Rahman). Syok sendiri jugak lah bila Dio kata band dia lagi dashat dari band Rimba Bara. But thanks to Hazama dan Bulan Terry, ada juga watak yang best untuk ditonton walaupun screentime Hazama tak banyak seperti yang digemburkan oleh team production. Nampak sangat nama Hazama cuma digunakan untuk tarik penonton.


Tak didedahkan berapa bajet pembikinan movie ni tapi boleh agak guna bajet rendah sebab penggunaan CGI yang lemah dalam beberapa scene. Lebih baik kalau tak digunakan langsung. Sama seperti filem sebelumnya, Rock 4 berlatarbelakangkan negeri Perak terutamanya Taiping. 

Kalau diikutkan Mamat Khalid dah tak nak kacau trilogi Rock tapi diterbitkan juga Rock 4 untuk mengubat rindu kepada peminat Rimba Bara so tak pasti kalau akan ada Rock 5. Tengok pada kejayaan Rock 4, mungkin ada tapi kalau ada hopefully team production buat Hazama sebagai lead dan bukan Rayyan atau Dio dengan seruan hidupkan kembali zaman rock. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 5.5/10

4 comments

  1. Belum tengok lagi citer ni..

    Jemput join segmen kalau belum k ☺️

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Tak tengok lagi. tapi yang movie sebelum ni ada je la tengok. berdekah2 cite macam ni biasanya. lawak sempoi

    ReplyDelete
  3. cuma di sini agen jud! online dengan proses yang sangat cepat :)
    ayo segera daftarkan diri anda di agen365 :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  4. Belum tengok lagi.. Ingatkan Hazana watak utama..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.