Movie Review : The Prison

Sunday, 17 May 2020


Director : Na Hyun
Writer : Na Hyun
Cast : Han Suk-kyu, Kim Rae-won
Production Company : Curo Holdings
Distributor : Showbox
Genre : Action / Crime
Running Time : 125 minutes
Release Date : 23 March, 2017
Trailer :


Berlatarbelakangkan tahun 1995 dengan tema korupsi, debutante director-writer Na Hyun menyingkap korupsi di dalam penjara bila seorang leftenan polis Song Yu-gon (Kim Rae-won) dimasukkan ke penjara atas jenayah langgar lari dan rasuah. Baru hari pertama dia dah buat hal dengan banduan sebilik bila dia gigit telinga Chang-Gil sampai hampir putus (Shin Sung-rok) sehingga dibawa berjumpa dengan penjenayah A-class, Jung Ik-ho (Han Seok-kyu) yang berkuasa dalam penjara tu. 


Tak ada yang berani pantau tindak tanduk dia di situ even warden, Gavernor Kang (Jung Woong-in) pun dapat benefit bila bersubahat dengan Ik-ho. Betapa berkuasanya Ik-ho bila rumours mengatakan dia akan tarik keluar mata dan kunyah depan semua bila ada yang buat hal dengan dia. 


Disumbat dalam penjara bukan satu penghalang pada Jung Ik-ho kerana dia masih lagi bebas melakukan aktiviti jenayah di luar walaupun Ketua Jabatan Penjara (Lee Geung-young) cari peluang untuk cari bukti jenayah-jenayah dia. Yu-gon pula ada muslihat dia tersendiri bila masuk ke penjara tu dan mencari peluang untuk pecah masuk dan selongkar fail simpanan warden penjara. 


Tak perlu tunggu lama pun untuk kita teka yang Yu-gon masuk ke dalam penjara sebagai undercover bila abang dia, pemberita dibunuh dengan kejam oleh Ik-Ho dan anak-anak buah dia sebab tahu rahsia penjara tu. Ik-ho pun syak benda yang sama tapi Yu-gon mampu patahkan syak wasangka tu sehingga diangkat menjadi orang kanan Ik-Ho selepas beberapa insiden menggantikan Hong-pyo (Jo Jae-yoon).  


Tak ada keunikan dan jalan cerita yang segar, dialog yang mantap ataupun plot twist yang mengejutkan dari movie The Prison sebab semuanya agak mudah dijangka dari awal. Mungkin jika suntingan dibuat secara kreatif akan tampak lebih menarik bila tema dan plot agak cliche. Yang menguatkan movie ni cuma lakonan bagus dari pelakon sampingan yang terkenal dengan bakat masing-masing. 


Sebelum ni nampak Han Seok-kyu dalam francais drama Romantic Doctor, Teacher Kim so watak dingin dan penuh muslihat ni bukan sesuatu yang baru. Tak ada masalah untuk dia deliver watak dia dalam zon yang selesa. Kim Rae-won pula nampak try hard dengan watak dia dan kurang emosi untuk scene di mana dia perlu emote lebih lagi onscreen. 

Watak Yu-gon juga beberapa kali terselamat disebabkan nasib baik dan bukan strategi bijak atau licik. Kalau movie ni genre comedy mungkin cantik, tapi untuk crime thriller scenes ni nampak lemah. Tertunggu bila watak Yu-gon akan serang Ik-Ho untuk misi balas dendam tapi dipaksa untuk tunggu lama sampai lah ke hujung cerita bila penyamaran dia terbongkar. 


Dari segi visual quite solid dengan shot yang diambil menambah impak pada penceritaan dan menghidupkan mood intense kehidupan dalam penjara. Some scenes nampak ngeri dan menimbulkan elemen saspen tapi fight sequence agak hambar bila kebanyakannya cuma sekejap sahaja and forgettable. Director lebih fokus untuk sesi sembang-menyembang. 


Walaupun movie ni ada kelemahan tapi penerbit movie Hollywood dah discuss dengan director Na Hyun untuk buat movie Hollywood remake dari The Prison dan kekalkan Na Hyun sebagai director. It’s a great opportunity for South Korea film industry and Na Hyun as well cuma ada baiknya jika jalan cerita ni diolah, dikembangkan dan disunting dengan lebih baik bila adanya peluang kedua dengan equipment yang lebih bagus. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 6.3/10

4 comments

  1. tak boleh tengok movie, tengok sikit dah give up sebab selamba badak dia tunjuk scene kejam sampai kita pula seram nak tengok..huhu

    ReplyDelete
  2. Tak tengok lagi cite ni. Tapi kalau ada scene seram,kejam memang seram plak kami nak tengok

    ReplyDelete
  3. hah menarik untuk tambah dalam list

    ReplyDelete
  4. Dah tengok.. okaylah.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.