Movie Review | Orang Kaya Baru (2019)

Sunday, 3 May 2020


Pengarah :  Ody C. Harahap
Penulis Skrip :  Joko Anwar
Pelakon :  Raline Shah, Lukman Sardi, Cut Mini, Derby Romero, Refal Hady, Dea Panendra
Genre :  Family / Comedy
Durasi Tayangan :  99 minit
Tarikh Tayangan : 24 Januari 2019
Syarikat Produksi :  Screenplay Films, Legacy Pictures
Pengedar :  Screenplay Films
Trailer :


Bapak (Lukman Sardi) bekerja di bengkel sementara si Ibu (Cut Mini) membantu keluarga dengan menjual kek. Bapak dan Ibu mempunyai 3 orang anak, Duta (Derby Romero) yang bercita-cita menjadi pengarah teater, Tika (Raline Shah) yang bijak dalam fizik dan si bongsu Dody (Fatih Unru).


Hidup mereka anak-beranak miskin dan cukup makan apa adanya. Selalu juga mengeluh kenapa tak kaya supaya dapat hidup senang, boleh beli barang keperluan yang cukup tanpa perlu dibuli dengan rakan-rakan tempat pengajian. Tapi Bapak rasa hidup macam tu lagi kaya, boleh makan sama-sama. Yang penting dalam hidup bila ada keluarga dan sahabat susah senang.


“Duit kalau sedikit cukup, kalau banyak gak cukup,” - Bapak

Si Ibu pun selalu mengeluh tak punya duit tambah pula bila Dody akan masuk sekolah menengah. Cadangnya biar sekolah awam biasa saja tapi Bapak bertegas supaya sekolah swasta agar bias dapat pelajaran yang terbaik. Tak lama kemudian Bapak meninggal dunia dan Ibu sarankan agar anak-anak habiskan pengajian dan cepat cari kerja supaya dapat bantu Dody.

Keesokannya peguam Bapak datang sampaikan wasiat yang mereka semua dapat mewarisi harta Bapak yang banyak. Bapak tak pernah bekerja di bengkel pun dan harta tu semua harta warisan keturunan. Kalau mereka semua tak belanjakan duit yang diberi, semua harta akan disumbangkan. Memang berjoli sakan lah cerita dia. 

Jalan cerita yang dikarang oleh Joko Anwar, penulis dan juga pengarah movie Pengabdi Setan nampaknya sekali lagi menghasilkan karya yang bagus dengan genre berbeza. Serious talk, dari awal movie sampai hujung terhibur dengan keletah satu family ni. Even ada scene komedi berulang bila Bapak bercanda di hujung movie tapi okay lah tak mencacatkan suasana.

Ending movie ni nampak seperti tergesa nak habiskan padahal boleh dikembangkan lagi selepas plot twist di hujung cerita tapi ada moment tu jadi kelakar sebab Tika baru je bermonolog dalam hati tentang kehidupan dia tapi dapat kejutan dari Bapak. 


Movie ni fast pace dengan plot yang cantik tersusun buatkan kita crious nak tahu apa akan jadi dengan family ni bila belanja tanpa henti dan ubah gaya hidup. Dan memang tu pun objektif pengarah Ody C. Harahap bila dia cuba beri gambaran apa akan jadi pada keluarga yang tiba-tiba jadi kaya. Ada kesan baik dan buruknya juga. The way he juggles between these two scenarios makes the film excels.


Kecewa jugak tak ada pun dari family ni yang suggest pergi bercuti padahal dekat awal movie si Ibu tempelak hos rancangan pergi ke luar negara macam pergi kawasan sekitar Indonesia. Tika pun beria join Olimpik Fizik supaya dapat bercuti ke Buenos Aires dengan kawan-kawan secara percuma.


Baik lakonan pelakon utama mahupun pelakon sandaran, masing-masing deliver character dengan baik walaupun tak pernah berlakon dalam movie genre komedi. Perbincangan sesama keluarga nampak natural and heartwarming especially scene makan malam bila masing-masing sembang kehidupan seharian.


Totally love music score movie ni sebab sesuai dengan situasi dan menghidupkan suasana. Visual pun cantik. So tak ada sebab untuk you guys tak tonton movie ni secara percuma di iflix bersama keluarga. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 9.4/10

4 comments

  1. asyik ternampak movie kat iflix. next time boleh tengok kot sebab tak tahu nak tengok cite apa kat situ.

    ReplyDelete
  2. nanti kak pip layan. mcm best.

    ReplyDelete
  3. Dh tengok..hihihi best jugak

    ReplyDelete
  4. “Duit kalau sedikit cukup, kalau banyak gak cukup,”
    Suka sangat dialog ni, memang ada makna tersendiri hahaha.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.