Pengarah : Upi Avianto
Penulis Skrip : Upi Avianto
Pelakon : Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari, Alex Abbad, Iedil Dzuhrie Alaudin, Chew Kin Wah, Iskandar Zulkarnain, Atikah Suhaime, Melissa Karim, Morgan Oey
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 96 minit
Tarikh Tayangan : 28 Mac, 2019 (Indonesia)
Syarikat Produksi : Falcon Pictures
Pengedar : Falcon Pictures
Trailer :
Sequel My Stupid Boss kali ni mengisahkan pula keperitan Diana (Bunga Citra Lestari), Mr. Kho (Chew Kin Wah) dan Adrian (Iedil Dzuhrie Alaudin) yang terpaksa ikut Bossman (Reza Rahadian) mencari pekerja asing yang baru bila yang sedia ada dah pun lari. Stress dengan Bossman punya pasal sebab taknak ganti mesin lama yang dah rosak tapi anggap mereka malas bekerja. Faham sajalah perangai Bossman always right tu.
Bossman akan beri ucapan atas pengiktirafan kecemerlangan dia dalam perusahaan dalam satu conference di Vietnam. Alang-alang dah kesana, dia bawa staff dia untuk buat temuduga pekerja asing yang dipilih secara rambang oleh kenalan dia, Nguyen (Morgan Oey) untuk bekerja di Malaysia Sinar Berjaya (M) Sdn Bhd. Keluar makan dengan Bossman pun dah stress apatah lagi pergi business trip berhari lamanya. Ada saja perangai Bossman yang terpaksa mereka hadap tambah-tambah si Diana.
Tak ikut tak bermakna hidup tenang bila Shikin (Atiekah Suhaimi) dan Azhari (Iskandar Zulkarnain) terpaksa negotiate dengan pihak-pihak pembekal supaya lanjutkan masa untuk bayar hutang. Dari movie My Stupid Boss lagi kita dah nampak betapa bermasalahnya aturan kewangan Bossman. Tak pandai berniaga tapi bodoh sombong. Untung saja ada isteri dia (Melissa Karim) yang kaya-raya boleh dijadikan tempat meminta bila gagal.
Jalan cerita kali ni Diana lebih berani bersuara di pejabat berbanding filem yang lepas sebab Bossman dah dua bulan tak bayar gaji dia. Itupun Dika (Alex Abbad) masih lagi backup Bossman sampai timbul rasa annoying sama level dengan Bossman. Akrab betul sampai abaikan stress si isteri. Tak faham macam mana dia boleh jadi perunding, tak mampu langsung jadi neutral dan bertegas ikut situasi.
Rasanya sebab keuntungan previous installment, dalam My Stupid Boss 2 dah kembangkan tempat ke luar negara and yes you guys can watch the beauty of Vietnam dan kawasan yang dipilih ialah kawasan pedalaman. Memang cantik tempatnya dan kita boleh tengok culture Vietnam spanjang mereka berempat dalam operasi mencari pekerja baru. Set rumah Diana dan Dika dah berubah sikit bila pintu bilik dia ditukar warna cat kepada pink. I personally loved the previous onewith emerald green colour. Wardrobe pelakon pun nampaknya dah berubah kepada colour block dengan set pejabat yang lebih menarik.
Watak-watak sampingan macam Adrian, Mr Koh dengan Azhari dapat screentime lebih sikit dalam movie ni berbanding yang lepas. Kalau sebelum ni watak Adrian dilakonkan oleh Bront, kali ni diganti dengan Iedil Dzuhrie Alaudin. Mungkin sebab Bront busy dengan movie Gundala dan Bakara. Fret not, jalan cerita tetap kelakar untuk peminat movie My stupid Boss franchise ni. Mungkin ada yang stress bila layan franchise ni sebab Bossman annoying sangat.
Walaupun plot dan dialog kelakar tapi harapnya My Stupid Boss 3 tak ulang jenaka dan plot yang sama sebab kalau diulang banyak kali boleh bikin bosan. Durasi tayangan My Stupid Boss 2 pun lebih pendek dari yang sebelumnya, dari 108 minit kepada 96 minit. Kalau dipanjangkan sikit lagi dan tambah scene 3 sekawan [Sherry, Nadiya Nissa dan Sharmaine] pun okay je. Geng makcik bawang mesti ada moment kelakar yang tersendiri.
Keuntungan My Stupid Boss 2 sebanyak 3 juta ni dah buktikan yang franchise ni dah ada fanbase kuat baik di Indonesia mahupun Malaysia cuma bimbang juga lah bila upcoming installment akan bertukar pengarah sebab Upi Avianto katanya dah bosan dan sibuk dengan movie-movie lain.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.4/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.