Production Company : Three's Company Productions Pvt.Ltd
Distributor : Netflix
Genre : Thriller / Mystery
Running Time : 106 minutes
Release Date : 1 May 2020
Trailer :
Sona (Jacqueline Fernandez) cuba selamatkan suami dia, Dr. Mrityunjoy Mukherjee (Joy, Manoj Bajpayee), doktor gynecologist yang ditangkap kerana membunuh 6 orang gadis remaja yang mengandung luar nikah selepas hilang diculik.
Kesemua mayat ni dijumpai di bangunan lama kepunyaan Dr. Joy lepas disiasat oleh Inspektor Imran Shahid (Mohit Raina). Sona tahu Insp Imran sengaja nak perangkap suami dia sebab malam sebelum semua mayat dijumpai tu, Imran ada datang dalam keadaan mabuk dan ambil punting rokok dan sikat rambut Dr. Joy untuk dapatkan DNA.
Semua lawyers berpakat untuk tak ambil kes Dr. Joy. Orang kampung mula pulaukan Dr. Joy dan Sona. Sebelum Dr. Joy dibelasah dalam penjara dengan banduan lain, dia sempat bagitahu Sona supaya minta bantuan dengan Mr. Rastogi (Darshan Jariwala), lawyer yang pernah dia tolong dulu.
Mr. Rastogi tak dapat buat rayuan untuk ikat jamin Dr. Joy bila ada bukti kukuh so dia advise Sona untuk wujudkan jenayah yang sama untuk buat orang kampung dan mahkamah percaya yang mereka tersalah tangkap orang. Sona culik Anushka Tiwari (Zayn Marie Khan) lepas dapat senarai nama dari klinik dan create pembunuhan yang sama dengan kes pembunuhan bersiri melibatkan suami dia.
Masa tengok poster dengan rating iMDB masa tu, memang excited lah sebab Jacqueline sebagai lead dalam movie thriller. iMDB pun 8.5/10, release under Netflix pulak tu. Tapi bila tengok rasa syahdu betul kena tipu.
First half memang menyeksakan bila director focus sangat dengan Jacqueline Fernandez sedangkan dia tak pandai berlakon. Director tak kisah langsung dengan perasaan penonton bila dia biar Jacqueline menjerit, menangis dengan suara nyaring dia. Stress jugak lah tengok scene Sona bergelut dengan Anushka. Anushka tendang kemain eh melayang jauh. Dari thriller dia dah jadi masala. Scene dekat taman bunga tu memang laughable lah. Scene Anushka jadi spiderwoman pun sama.
Masuk second half jalan cerita nampak hidup sikit lah sebab Manoj Bajpayee dapat tonjolkan watak dia yang sebenar pada audience. Patutnya director kembangkan lebih dekat watak Dr. Joy daripada watak Sona. Kesian tengok Mohit Raina nampak lemah betul sebagai inspector polis. Dah la isteri kena sailang, kena hentak sampai koma 2 tahun, kena belasah dengan orang kampung lepastu bila nak jadi penyelamat, Dr. Joy hentam dia dulu.
Ada 3 orang datang nak selamatkan Anushka tapi director decide untuk buat semua watak ni jadi lemah dan bodoh. Sorang bimbo, sorang terkunci dalam almari, sorang lagi malang benar nasibnya. Movie ni tak jadi thriller tapi jadi kelakar.
Tak faham kenapa Sona dengan bodohnya sanggup buat macam Mr. Rastogi suruh. Mungkin dia sayang dengan suami dia tapi suami dia pembunuh kot. Tak ada scene dia serang Insp. Imran pun untuk kuatkan teori yang Imran sabotaj suami dia. Mr. Rastogi pun buat kelakar eh datang court via video call je. Filmy sangat. Kalau hakim annoyed sebab tak inform court awal-awal, memang kes dia kena tutup macam tu je.
Tapi tak semua benda teruk lah dalam movie ni selain lakonan Manoj Bajpayee sebab visual editing dia cantik dengan grading tone untuk hidupkan tema thriller dan mystery tu, transition flashback dan cinematography cantik. Music score dia build up the thriller tapi jalan cerita movie tu dah hancur, letak music score bagus pun dia tetap sampah.
Tak faham kenapa Manoj setuju untuk buat movie ni. Mungkin dalam skrip nampak cantik tapi lepas kena edit dia jadi sampah. Movie ni tak payah masuk competition dah sebab cukup kriteria untuk jadi movie paling teruk tahun 2020.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 4.1/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
semata-mata nak tolong suami sanggup jadi pembunuh pula. psiko juga cite dia.
ReplyDeleteOk..boleh tgk nnt
ReplyDeleteso... sebenarnya laki dia pembunuh tapi dia nak argue sedangkan dia pun pembunuh ? wow ?
ReplyDelete