Movie yang diinspirasikan dari movie Miracle tahun 2004 dengan tema sukan yang sama, hoki mengisahkan tentang perjalanan Kabir Khan (Shah Rukh Khan) sebagai coach kepada pasukan hoki wanita India di World Championship. Movie Chakde India menang Anugerah Filem Kebangsaan dalam kategori Best Popular Film Providing Wholesome Entertainment.
Watak Kabir Khan diadaptasikan dari kisah sebenar pemain hoki India, Mir Ranjan Negi yang dituduh pengkhianat semasa perlawanan menentang Pakistan dan kembali ke arena hoki sebagai jurulatih pasukan wanita dan menang di Sukan Komanwel tahun 2002. Dengan guidance dan bantuan dari Negi sendiri dan juga Robi Miller, scene SRK buat penalty tu retake sampai 20 kali supaya tampak real.
SRK did justice for his role without over the top performance dan keluar dari kepompong romance hero. Sesuai dengan karakter dia sebagai pemain hoki, tak ambil masa yang lama pun untuk SRK prep role sebab dia ada pengalaman bermain hoki masa di university dulu. Pelakon pemain hoki wanita dalam movie ni kena training dan diet selama 4 bulan supaya tak nampak kekok depan kamera. Yang memang pemain hoki negara kena berlatih untuk improve acting skills.
Nak bentuk satu team negara bukan mudah bila ada belasan pemain hebat yang mewakili daerah masing-masing ditambah pula dengan perangai seniority yang tak boleh terima arahan dan bergerak dalam satu pasukan. Situasi ni sama dalam movie GOLD yang mengisahkan tentang pasukan hoki lelaki India yang menang di Sukan Olimpik.
Bukan setakat semangat kerjasama sahaja yang dipertontonkan sebagai mesej dalam movie ni tapi pandangan sexist pihak atasan dalam Persatuan Hoki dan juga masyarakat, feminism, racist, religious bigotry and ethnic and regional prejudice.
First half movie Chakde India tak banyak yang boleh kita invest selain lakonan masing-masing bila jalan cerita cuma build up characters dan perjalanan Kabir cuba untuk train satu team. Melodrama terlebih juga bila tengok scene Kabir pindah rumah dan hilangkan diri bila dituduh pengkhianat walhal cuma satu kesilapan and it’s not cricket.
Bila masuk second half dah mula bermain dengan emosi dan beberapa scene intense sebab pertarungan dah bermula. Scene team hoki wanita lawan dengan team hoki lelaki India jadi sedih bila result keluar sebab diorang dah all out. Predictable plot twist tapi director dan writer stick to reality yang buatkan scene tu precious.
Scene Preeti (Sagarika Ghatge) dengan Komal (Chitrashi Rawat) agak intense setiap kali muncul sebab kita tahu dua watak ni yang boleh buatkan team hoki wanita ni menang ataupun kalah dengan teruk. Tertunggu-tunggu bila Kabir nak take action. Kita nampak dia tak puas hati walaupun team India menang tambah bila Kabir ignore Preeti dan Komal tanpa puji diorang bermain dengan bagus bila game habis.
Tapi bila Preeti dan Komal finally decide untuk stop being selfish, scene tu menyentuh hati dan merinding. It touched us in different way. Watak Bindiya Naik (Shilpa Shukla) pun antara ancaman disebabkan ego tak terpilih sebagai kapten walhal lebih senior dan berpengalaman dari Vidya (Vidya Malvade).
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Movie dah lama yer..tapi belum tengok lagi.
ReplyDeleteSRK ni bagi watak apa pun menjadi ea
ReplyDelete