Movie Review : 1917

Tuesday, 26 May 2020


Director : Sam Mendes
Writer : Sam Mendes, Krysty Wilson-Cairns
Cast : George MacKay, Dean-Charles Chapman, Mark Strong, Andrew Scott, Richard Madden, Claire Duburcq, Colin Firth, Benedict Cumberbatch
Production Company : DreamWorks Pictures, Reliance Entertainment, New Republic Pictures, Mogambo, Alibaba Pictures, Neal Street Productions, Amblin Partners
Distributor : Entertainment One (United Kingdom), Universal Pictures (United States), Alibaba Pictures (China)
Genre : War / Adventure
Running Time : 119 minutes
Release Date : 4 December 2019 (London), 25 December 2019 (United States), 10 January 2020 (United Kingdom)
Trailer :


Diinspirasikan dari kisah benar pada World War I, Lans Korporal Blake (Dean-Charles Chapman) dan Lans Korporal Schofield (George MacKay) ditugaskan oleh Jeneral Erinmore (Colin Firth) untuk menghantar mesej kepada Kolonel Mackenzie (Benedict Cumberbatch) di Battalion Kedua Rejimen Devonshire bila talian telefon terputus. Tak ada masa untuk berlengah bila arahan Kolonel Mackenzie untuk serang pada waktu subuh akan mengorbankan nyawa 1,600 askar mereka. 


Tujuan mereka berdua dipilih ialah kerana abang Lans Korporal Blake ada dalam rejimen tersebut jadi lebih mudah untuk pujuk Lieutenant Joseph Blake (Richard Madden) supaya berundur dan batalkan serangan. Untuk sampaikan mesej dalam masa 8 jam, mereka berdua kena berjalan melalui parit pertahanan mereka sepanjang 1 kilometer lebih supaya tahu keadaan kawasan parit askar Jerman.  


Walaupun askar Jerman dah tinggalkan parit tu tapi mereka dah pasang bom supaya letupkan sesiapa yang masuk ke dalam kawasan tu. Malang bagi Lans Korporal Schofield bila tikus besar terpijak wayar tersebut dan hampir korbankan nyawa dia. Dalam perjalanan, mereka berdua rehat sebentar di rumah usang tapi fighter jet askar Jerman terhempas lepas ditembak oleh askar British. 


Silap besar bila mereka berdua bertindak untuk selamatkan askar Jerman yang hampir mati terbakar. Perjalanan untuk sampai ke hutan tempat Battalion Kedua Rejimen Devonshire mencabar sangat sampai tak senang duduk bila sampai ke kawasan baru. Bila diorang bergerak pun dah cuak sebab takut ada peluru ataupun askar Jerman tembak sampai diorang cedera ataupun terbunuh. 


Konsep asal jalan cerita ni simple je bila askar dihantar untuk sampaikan mesej tapi cabaran yang ditempuh tu yang buatkan cerita ni menarik dan hidup dengan elemen saspen dan mendebarkan. Set replika yang dibikin sendiri oleh team production nampak real and even before they actually build it pun, diorang dah buat mini replica dekat studio supaya diorang boleh pastikan cameraman dapat shot cantik. It turns out amazing in movie, seriously one of the best filmmaking experience I’ve ever had when watching 1917. Roger Deakins buat kita rasa macam kita askar ketiga sepanjang movie ni. Memang layak sangat menang Best Pictures dekat Golden Globes. 


Kedua-dua watak utama dilakonkan oleh pelakon baru dan tak banyak pun dialog yang perlu diorang deliver sepanjang movie tapi yang bagusnya bila George MacKay dan Dean-Charles pandai bermain dengan riak wajah dalam setiap scene bila menggambarkan situasi antara kematian dan harapan. 

“Hope is a dangerous thing,” - Kolonel MacKenzie

Scene  Lans Korporal Schofield sampai di hutan dan dengar askar nyanyi lagu The Wayfaring Stranger tu dia dah bayangkan yang dia dah masuk ke alam kematian sebab semua menyanyi dengan tenang and it does feels like hitting home. One of my favorite scene in 1917. Music score hasil kerja Thomas Newman mainkan peranan penting sama ada sunyi yang melampau ataupun bunyi bising dari kawasan medan perang, dua-dua suasana ni menambahkan impak pada penceritaan. 





I think those yang tak suka genre perang pun akan enjoy layan movie ni sebab tak ada scene yang ngeri ataupun sadis macam di zon perang pun. Lepas movie Fury dan Saving Private Ryan, 1917 is definitely my best choice for war genre. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

2 comments

  1. Akak yang baca review Farhana pun tertarik nak menonton walaupun tak minat filem perang..ohsem..

    ReplyDelete
  2. uish tinggi rating macam kena tengok betul ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.