Mengejar Barakah 10 Hari Terakhir Ramadhan Bersama Malaysian Relief Agency (MRA)

Sunday, 17 May 2020


"Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang punya ihsan" ( al-A’raf : 56).

Bersempena bulan Ramadhan al Mubarak ini, Malaysian Relief Agency (MRA) telah melancarkan kempen #RAKYATBANTURAKYAT dan "#FoodPack4THEM". Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyantuni golongan asnaf dalam dan luar negara.


Sesungguhnya di sana sangat ramai yang berada di dalam kesempitan sedangkan sasaran bantuan untuk dicapai masih tidak mencukupi. Pada krisis global pandemik wabak Covid-19 ini, ramai yang terjejas pendapatan harian yang mana kebanyakannya terdiri dari golongan asnaf.


Bukan hanya rakyat di Malaysia terkesan, ianya juga turut sama dirasai oleh saudara-saudara kita di Syria, Palestin, Yaman, Somalia, Selatan Thailand, Arakan, Myanmar dan Filipina yang mana sebelum ini ada yang memang berada dalam kegawatan untuk mendapatkan sesuap makanan. Negara-negara yg masih berada dalam konflik dan kebuluran menjadi lebih parah dengan kewujudan masalah wabak Covid-19 ini.

Betapa sayu dan sedih bila mendapat perkhabaran berita menyatakan semakin ramai yang berada dalam kesukaran mendapat makanan ekoran krisis Covid19 ini. Kesannya, ramai antara mereka menghadapi kekangan untuk mendapat bantuan bekalan makanan dari penyumbang yang semakin berkurangan.


Sebagai contoh MRA Kedah telah mengedarkan 100 pek untuk agihan keluarga masyarakat nelayan di Kuala Kedah. Namun, kami telah disambut oleh 1000 keluarga yang mengharapkan bantuan. Alangkah sedihnya kerana MRA tidak mampu memenuhi semua permintaan mereka. Ini adalah kisah benar dari roda-roda kehidupan yang MRA sendiri lalui. Dana yang ada masih jauh dari mencukupi.

Meletakkan kita di situasi mereka, tentu kita juga tidak mampu. Oleh itu, kami memohon agar semua rakyat Malaysia menyumbanglah walau hanya RM 10 untuk mengejar barakah 10 hari terakhir Ramadhan. Sasaran MRA sebanyak RM50,000 lagi diperlukan sehingga tamatnya Ramadhan.


Moga bantuan yang kita berikan mampu mengukir senyuman pada wajah mereka. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. “Hiduplah untuk memberi yang sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima yang sebanyak-banyaknya”.

"Terdapat pintu surga yang khusus untuk hambanya yang rajin bersedekah, terutama di bulan Ramadhan”.


MENGENAI MRA

Malaysian Relief Agency (MRA) adalah organisasi kemanusiaan yang didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 (PPAB 20/2010). Dengan objektif utama untuk membantu mereka yang terkesan dengan bencana alam atau konflik bersenjata, baik di dalam dan luar negara. 

Sebagai organisasi bukan keuntungan, semua aktiviti ditaja dan disokong oleh individu dan syarikat yang berkenaan. Pada tahun 2014, MRA mendapat status perundingan khas dari United Nation - Economic and Social Council (UN - ECOSOC) yang membolehkan MRA mengambil bahagian dalam perbincangan PBB. Pada tahun 2017, MRA diterima sebagai Anggota Bersekutu Persekutuan Persatuan Perubatan Islam (FIMA).


Berbekalkan objektif untuk menjadi organisasi kemanusiaan yang efektif dan efisien dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Antara misi MRA adalah :

1. Untuk memastikan pengurusan bantuan yang cekap dengan menerapkan nilai-nilai baik seperti komitmen, kerja berpasukan, tidak mementingkan diri sendiri dan menjaga anggota dan Sahabat (rakan) MRA
2. Kembangkan kemahiran dan latih dalam aspek kerja kemanusiaan, termasuk kemahiran teknikal, jaringan, mengenal pasti pelaksanaan projek, pengumpulan dana dan pengurusan.
3. Membangunkan rangkaian di peringkat nasional dan antarabangsa.
4. Naikkan nama Malaysia ke persada dunia


Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan boleh menderma dengan semudah klik sahaja pada gambar di bawah👇👇


(atau)


Marilah kita semua nyatakan keperihatinan kita dengan menyumbang ke Tabung Bantuan Infak Ramadhan Covid19 MRA. Ayuh! #RakyatBantuRakyat! #seikhlasnyaUntukUmmah Stay at home! 

16 comments

  1. Di kala Covid-19 dan juga Ramadan, didoakan moga dipermudahkan urusan semua. InsyaAllah, rakyat Malaysia akan membantu.

    ReplyDelete
  2. Satu cara yang bagus jika korang berhajat untuk sedekah pada akhir akhir bulan Ramadan ini. Mana tahu sedekah itu pula selari dengan malam Lailatul Qadar.

    ReplyDelete
  3. sama-sama membantu mereka yang memerlukan mengikut kemampuan kita. kesian tengok anak-anak yang masih kecil yang memerlukan khasiat makanan secukupnya. insha allah kita pun patut membantu

    ReplyDelete
  4. sempat lagi kita nak ganda amal ibadah dengan bersedekah. moga anak2 kecil tu di pelihara Allah selalu

    ReplyDelete
  5. Semoga apa yang kita laksanakan pada malam terakhir 10 Ramadan ini mendapat manfaat.

    ReplyDelete
  6. Sekarang dah banyak bentuk bantuan yang sedang berlangsung. Semoga berterusan sepanjang masa. Dapat lipat gandakan pahala di bulan ramadan ni.

    ReplyDelete
  7. Betum 10 ramadhan terakhir byk yg kita kena kejar..salah satunya bersedekahlah sebanyak mungkin

    ReplyDelete
  8. insyaAllah boleh, nanti saya share. semoga banyak pahala buat orang yang bersedekah

    ReplyDelete
  9. Tiap tahun memang tak pernah miss Sis duk tengok amal yang ni, saham akhirat kita...moga ramai lagi datang membantu...alhamdulilah...

    ReplyDelete
  10. It's always good to donate to other people. Let's support this Ramadhan pack by Malaysian Relief Agency (MRA) together and create a better society

    ReplyDelete
  11. Inisiatif yang bagus.semoga banyak pahala buat orang yang bersedekah.

    ReplyDelete
  12. Bagus langkah yang diadakan oleh MRA ni dengan menyalurkan bantuan lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir ni. Mari kita beri sokongan bersama-sama

    ReplyDelete
  13. bagus inisiatif dari MRA ni, semoga segala amalan Ramadan tahun ni diterima Allah..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. teruskan usaha murni dalam melaksanakan hal-hal kebaikan sebegini.

    ReplyDelete
  15. A very good initiative and continue to help the needy whenever we can tak kira bangsa or kaum.

    ReplyDelete
  16. Berterusan mengejar pahala walaupun Ramadan sudah berlalu.. post yang bagus Farhana..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.