Lirik Lagu Tak Dapat Raya Lagi - Floor 88 ft Baby Shima

Saturday, 30 May 2020

I might be late to this party tapi nak bagitau yang lagu raya Floor 88 tahun ni gempaknya! Floor 88 ni tak pernah lah tak kreatif. Berseni betul boleh buat lirik lagu raya sesuai dengan virus covid-19 ni. MV pun comel sangat haha


Dalam lagu Tak Dapat Raya tahun lepas, girlfriend Amir hantu pontianak, tahun ni dia bawak virus pulak haha memang Amir sejenis suka cari awek pelik-pelik ke? Yang penting dia comel goreng gitar dengan mini love dia. Siapa tak tengok lagi boleh tengok dekat sini. Ada surprise comel tau dekat hujung video. Btw kalau perasan semua repeat baju raya tahun lepas haha betul betul tak raya diorang ni




LIRIK LAGU TAK DAPAT RAYA LAGI

Penyanyi : Floor 88 & Baby Shima
Lirik : FTiut, Romeo Manja & Floor 88
Muzik/Lagu : Zai Hamzah
Label : Rusa Music


Mari semua kita
Raya di rumah saja
(Hiya hiya hey)


Kita semua tak boleh keluar
Nanti kena saman padan muka
Tunggu dulu Akram bagi tahu


Pakai saja baju tahun dulu
Walau raya dekat rumah
Masih boleh cantik lawa lepas itu
Post dekat insta


Apa kata kita
Raya rumah di sebelah
(Hiya hiya hey)


Aku dengar anak dia lawa
Puthi gebu bibirnya merah
Tunggu dulu Achoi bagi tahu


Mana boleh keluar macam itu
Kau tak ingat virus melekat
Nanti tak pasal beraya dalam wad


Jadi kita nak beraya di mana
Takkan raya pertama
Duduk lepak di rumah


Redha jelah tahun ini macam biasa
Macam tahun lepas juga
Tak dapat raya


Aku ada masalah
Berat hati rasa nak luah
Baju raya aku tahun sudah
Sudah sendat perut terkeluar


Tunggu dulu aku bagi tahu
Nenek kita ada tinggal baju
Ish tak adalah baju itu
Apa kisah kau nak malu
Sekarang trend baju kelawar biniku
(Eh alamak, bukan haram ke?)


Aku dah tak ada idea
Nak buat apa masa raya
Jom video call awek ku


Dia pun tak ada hala tuju
Apa kata kita cuba
Call je awek dia
Kita cuci mata


Kenapa telefon sayangku
Bawa sekali teman mu
(Hiya hiya hey)


Niat nak pergi rumah mu
Hati tak tahan rasa rindu
Tunggu dulu kami mahu tahu
Tak bahaya ke kalau macam itu


Kalau kamu mahu tahu
Ku cabut topeng mulutku
(VIRUS!)


Jadi kita nak beraya di mana
Takkan raya pertama
Duduk lepak di rumah


Redha jelah tahun ini macam biasa
Macam tahun lepas juga
Tak dapat raya

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.