Cast : Kim Hee-ae, Park Hae-joon, Han So-hee, Park Sun-young, Kim Young-min, Chae Gook-hee, Lee Geung-young, Kim Sun-kyung, Jeon Jin-seo, Shim Eun-woo
Genre : Family / Drama
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : March 27 – May 16, 2020
Production Company : Drama House (JTBC Studios)
Distributor : JTBC Studios
Trailer :
Diadaptasikan dari drama Doctor Foster arahan Mike Bartlett yang diterbitkan pada tahun 2015 dengan tema kecurangan dalam perkahwinan. Di saat Dr. Ji Sun-Woo (Kim Hee-Ae) merasakan kehidupan dia sempurna, dia dapat tahu kecurangan suami dia, Lee Tae-Oh (Park Hae-Joon) dengan perempuan muda Yeo Da-Kyung (Han So-Hee), anak kepada investor China untuk projek pembikinan filem Lee Tae Oh.
Makin sakit hati bila semua kawan-kawan dia tahu tentang hal ni malah pergi bercuti bersama-sama tanpa pengetahuan Dr. Sun Woo. Marah dengan tindakan suami dia, Sun Woo nak failkan penceraian dan ambil hak penjagaan anak sepenuhnya ke atas Lee Joon-young (Jeon Jin-seo). Tapi peguam dia advise untuk berpura-pura seperti biasa sampai mereka dapat alibi kukuh untuk dibawa ke mahkamah.
Awalnya dia cuba untuk maafkan perbuatan Tae Oh dan bagi peluang supaya Tae Oh berterus-terang tapi Tae oh tetap berdalih dan menipu. Bertambah tekad untuk bercerai bila dia dapat tahu dari Son Je Hyuk (Kim Young-min) yang duit dalam tabung pendidikan Joon-young dah habis digunakan oleh Tae Oh.
Jalan cerita drama The World Of The Married Couple nampak cantik untuk 6 episod pertama kemudian hilang momentum bila plot masa beranjak kepada 2 tahun selepas Sun Woo ambil keputusan untuk dedahkan cerita kecurangan Tae Oh dengan Da-Kyung depan Chairman Yeo (Lee Kyoung-Young). I tak tengok drama Doctor Foster tapi episod 6 adalah remake manakala episod 7 sehingga 16 diubah mengikut kesesuaian culture Asia. So I can safely say tiru kerja orang lebih cantik dari hasilkan karya sendiri.
Bila masuk episod 7 dengan cliffhanger Tae Oh datang ke Gosan untuk show off movie dia berjaya dan hidup lebih bahagia dengan Da Kyung, so I assume akan ada perspektif perkahwinan dari sudut Tae Oh. Ataupun dia akan bagi sebab yang jelas kenapa dia curang tapi tak, watak Tae Oh dan Da Kyung nampak makin merepek dan sengaja cari masalah supaya dapat tambah tension yang ada. Mungkin ada yang suka dengan ketegangan dalam plot drama ni but for me, it’s unnecessary and draggy. Macam makan pedas sampai lidah kebas tapi nikmat sedap tu tiada.
Paling kesian dengan watak Joon-young sebab diketepikan macam tu je oleh parents dia. Apa hak Sun Woo untuk minta hak penjagaan penuh sedangkan Tae Oh yang jaga anak dan lebih rapat dengan anak bila dia keluar bekerja? Kenapa Sun Woo suka diamkan Joon-young sedangkan dia boleh bincang dan explain situasi sebenar. Tapi itu lah realiti kehidupan parents Asia, tak pernah kisah dengan pandangan anak-anak dan sedar bila kehilangan atau perkara buruk terjadi.
Lakonan semua pelakon baik yang utama ataupun sampingan semuanya bagus sebab drama ni pun bukan ditawarkan kepada pelakon menarik paras rupa semata tapi kerana bakat mereka. Cuma sayang jalan cerita tak kemas dan meleret ditambah pula dengan ending yang tak meninggalkan impak pada konsep asal drama ni. Scene Park In Kyu (Lee Hak-joo) dibunuh atau terbunuh tak patut ada. Scene Dr Kim Yoon-ki (Lee Moo-saeng) pun tak patut dikembangkan dengan emosi dia yang suka ataupun tak suka pada Sun Woo.
Dari cerita balas dendam kecurangan suami kepada pembunuhan then politik di tempat kerja and it gets messed up. Though I don’t like the plot but the message got me hooked. Dekat hujung episod suka tengok watak Ye Rim (Park Sun-young) cuba untuk selamatkan marriage dia tapi dia sedar yang dia deserve yang jauh lebih bagus dari Je Hyuk. Arranged marriage atau kahwin atas dasar cinta bukan ukuran kebahagiaan atau jaminan perkahwinan kekal lama.
In the end of the day cheaters will only cheat, tak kisah lah di peringkat mana pun dia. Kaya atau miskin, dapat isteri bagus ataupun yang patuh pada kehendak dia, kalau dia nak curang dia tetap nak curang. And this also implies to women. Semoga drama The World Of The Married Couple ni dapat buka mata yang perkahwinan tu messy dan penuh dengan tanggungjawab bukan pleasure semata.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.9/10
Atleast mesej mengenai tanggungjawab dalam perkahwinan tu berjaya disampaikan.. Kak Sha tak tengok drama ini just tengok sneak peak yang disiarkab di FB je..
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Baru tengok sampai episod 3 je. So, bila baca review ni dah dapat sikit gambaran flow untuk the next episodes.
ReplyDeleteAtleast mesej mengenai tanggungjawab dalam perkahwinan tu berjaya disampaikan.. Kak Sha tak tengok drama ini just tengok sneak peak yang disiarkab di FB je..
ReplyDeletebelum nak tengok drama ni lagi sebab genre dia tak berapa kena dengan taste
ReplyDelete