Berniaga Ikhlas Tak?

Sunday, 31 May 2020

Sejak PKP ni memang nampak ramai yang mula berubah bidang kerja dan cuba berniaga. Awal tu rajin lah nak membeli sebab nak ke kedai susah. Lagipun malas nak masak sendiri tambah kalau bab kuih, kek dengan menu yang tak pandai buat ni memang malas lah nak buat sendiri. 

Daripada mencuba tapi tak menjadi lepastu membazir masa dengan duit, baik kita beli je. Alang-alang boleh tolong orang lain sekali kan? 

Tapi tu lah, sama jugak kejadiannya kalau kita beli tapi dapat hasil yang hmmmm

Ada yang tegur kalau tak puas hati dengan hasil makanan tu bagitahu dekat peniaga tapi kalau bagitahu pun peniaga buat dek je, dah macam mana pulak? Tapi kalau yang kes macam ni takkan la tak tahu yang menu dia ada masalah? 


Ni kes beli roti jala tapi kuah cair sangat tak macam kuah kari pun. Dalam tu ada tengkuk ayam tapi 1/3 je daripada bahagian tu. Ada satu potong kentang. Boleh terima dek akal tak untuk set roti jala harga RM5? Sudahnya masak kari sendiri sebab kuah dia tawar sangat. Roti tawar, kuah pun tawar. 


Second time masa beli laicikang dengan ABC. Kecewa jugak la sebab dia memang peniaga tapi dia guna bahan lama, mungkin nak clearkan peti ais kot so dua-dua air dia rasa pelik yakmat. Kalau guna bahan lama patutnya boleh dapat discount la kan? Sebab dalam gambar kemain letops tau sekali sampai dekat tangan warna pun dah pelik. 

Third time beli kek yang agak famous jugak. Kalau bukak socmed memang bersepah dengan ejen dia je. Kalau kek ni memang kena ikut sukatan yang tepat kan, tapi tu lah rasa dia memang menyedihkan. Rasa kecewa jugak la beli sebab kalau ikutkan keuntungan brand kek ni boleh cecah sampai 3 juta sebulan tapi tak lah sedap mana pun. Kek ni guna sistem ejen dropship so ejen tukang promote je, yang bake dekat induk or top leader something like that lah. 

Lepas dari 3 kes ni dah malas dah nak beli online unless memang tahu dia masak sedap and dah pernah order sebelum ni. Bukan taknak tolong tapi melebur duit bazir dekat peniaga macam ni. Jenis ambil kesempatan. Kita beli guna duit hasil kita pergi kerja bukan beli dengan duit korek dekat tanah. Memang marah la kalau dapat makanan yang indah khabar dari rupa ni. 

1 comment

  1. kalau mahal harga barang sekali pun, kalau sedap takpe. kita customer faham. Tapi kalau tak sedap, memang frust sangat rasa. Kami serik rasanya nak beli. tgk online nampak menyelerakan, bila beli hasilnya tak memuaskan hati. especially kami mahal.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.