Resipi Kueytiaw Ladna

Saturday, 4 April 2020

Masa RMO ni teringin pulak nak makan kueytiaw ladna sebab senang je nak buat. Bahan pulak semuanya dah ada tapi yang tak bestnya terpaksa replace udang dengan ayam sebab tak boleh pergi NSK. Within 10km je kan. Resipi dia mudah sangat even memasak pun sekejap dalam setengah jam macam tu. 



Bahan-bahan : 


Bahan A : 
- Kuey tiaw
- Kicap [ikut sukatan masing-masing]

Bahan B
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Cili padi [ikut level pedas korang]
- Halia
- Ayam
- Air 3 cawan [depends nak kuah banyak mana]
- Minyak [1 sudu besar]

Bahan C
- 2 sudu tepung jagung dibancuh [nak pekat tambah lagi ikut suka]
- Telur
- 1 Kiub pati ayam 
- Mixed Herbs [optional]
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa

Bahan D
- Sayur sawi
- Bunga kobis
- Tomato

*Bahan D ni terpulang nak letak sayur apa. Ada yang letak cendawan, ada letak carrot. 

Cara-cara penyediaan :

1. Tumiskan Bahan B sampai ayam masak dan naik bau kemudian masukkan air. 

2. Kemudian masukkan Bahan B dan biarkan kuah direneh sebentar sampai telur masak. 

3. Sementara menunggu Bahan B, boleh panaskan kuali dan gaulkan Bahan A hingga sebati. Bahan A ni tak perlukan minyak sebab kueytiaw dah ada minyak dia sendiri. 

4. Balik kepada kuah tadi, masukkan Bahan D kemudian tutup api. Dah siap, boleh hidang untuk dimakan!


Bila buat kueytiaw ladna sengan ayam ni tak sesedap kueytiaw ladna seafood la but still happy makan dapat hilangkan craving. Makan pula dengan air lemon asam boi, memang bertambah la cerita dia. Happy cooking! 

9 comments

  1. Nyummm terus rasa lapaq tengah malam ni. Haha

    ReplyDelete
  2. Sampai sekarang saya tak pernah try lagi kueytiaw ladna ni.

    ReplyDelete
  3. aida pernah buat ni. lama plak x buat, fana.
    aida akan buat skit kicap cili padi. kasik pedas skit time makan :)
    tq ekk for sharing ni.
    tau dah sok nak beli pe kat Mydin.

    ReplyDelete
  4. wah.. rajin farhana masak.. Sia ada lemon asam boi.. memang bestlah makan..

    ReplyDelete
  5. ayo daftar di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  6. Waduh sedapnya kuey teow ladna.. APA beza dgn kumgfu yek.. mcm.sama...boleh Cuba buat nanti. Kalau mama.buat pun mesti letak ayam sebab mama Ni jenis alah seafood

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak ayam pun sedap. beza pada mee dia kak adda. kueytiaw kungfu, mee dia salut telur pastu goreng

      Delete
  7. sedapnya babe. I macam nak cuba!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.