Cast : Ting-hu Zhang, Sing Hom, He-Hsuan Lin, Mimi Chu, Kar-Ying Law
Production Company : Third Man Entertainment, Huace Pictures, Arrow Cinematic Group, Fox Networks Group, Ocean Deep Films, MacGuffin Film Production
Distributor : Warner Bros
Genre : Comedy / Horror
Running Time : 120 minutes
Release Date : 12 July 2018 (Taiwan), 2 August 2018 (Malaysia)
Trailer :
Movie genre komedi seram ni mengisahkan tentang Xiao Jin (Zhang Ting Hu) yang dah 20 tahun tapi gagal untuk lulus exam sekolah menengah walaupun makin menginjak usia dan kawan-kawan dia yang lain dah masuk kolej. Satu hari Xiao Jin dapat call dari nenek dia, Mao Xihua (Mimi Chu) untuk balik ke hot spring resort, business keluarga dia sebab atok dia, Qie Gao (Kar-Ying Law) dah sakit teruk.
Dah tiba masanya untuk dia ambil alih hot spring resort tu tapi dia dah lama hilang minat sejak parents dia meninggal dunia. Xiao Jin balik ditemani Little Princess (Sing Hom) dan Lu Qun (He-Hsuan Lin) secara terpaksa bila Xiao Jin yang selamatkan diorang berdua dari dibuli di sekolah.
Dalam internet hot spring resort OO nampak mewah tapi hakikatnya usang benar dan banyak facilities yang rosak sebab grandparents Xiao Jin tak ada duit untuk repair dan maintain resort tu. Little Princess dengan Lu Qun enjoy sangat hot spring dekat situ tapi malangnya mereka berdua diganggu hantu.
Banyak kali diorang bagitahu Xiao Jin tapi dia tak endah langsung sebab dia tak pernah nampak pun hantu yang kacau tu. Lagipun bagus untuk dia sebab dia ada alasan untuk taknak ambik alih resort tu. Taknak balik sebab taknak kena buli punya pasal, Lu Qun dengan Little Princess tidur sebilik dengan Xiao Jin.
Bila Xiao Jin nampak sendiri dan kerapkali terima panggilan suara perempuan menangis, diorang syak grandparents Xiao Jin sebenarnya dah lama mati. Ataupun grandparents Xiao Jin buat benda terlarang dengan seru balik roh parents Xiao Jin sebab rindu sangat. Mana satu teori yang betul, kena tengok sendiri lah movie Taiwan ni.
Walaupun movie ni genre seram tapi dari awal sampai habis asyik berdekah je tengok gelagat diorang bertiga. Watak Xiao Jin tough tapi kena layan perangai Little Princess yang lemah lembut dan manja. Lu Qun pula jenis annoying tapi blend well lah dengan dua orang lagi watak ni. Chemistry diorang bertiga terbaik lah. Atok dengan nenek Xiao Jin pun sama naik je perangai diorang. Fun fact, He-Hsuan Lin sampai menang award untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Plot movie ni cliché tau, ada jugak some scenes yang draggy tapi boleh dimaafkan lah sebab enjoy tengok. Plot twist pun banyak sampai hujung movie. Ada juga part yang sedih bila Xiao Jin terkenang balik masa parents dia meninggal dulu. Bagi dia, both of them selfish sebab cinta melampau sampai abaikan perasaan dia. For a debutant director-writer, he did great for an entertaining piece!
I’m glad movie ni walaupun banyak scene waktu malam tapi tak la gelap teruk sangat sampai tak nampak apa watak-watak cuba buat. Mungkin jugak sebab team production tak beratkan part horror kot. Kudos to costume and makeup team sebab tercalon dan menang award di Taipei Film Festival 2019!
Movie ni ada tayang dekat Netflix so boleh lah korang pilih movie ni kalau nak tengok genre seram tapi kelakar. Watak utama dalam movie ni bukan pelajar bijak tau so jangan expect level kelakar diorang tinggi sangat. Kalau jenis susah terhibur dengan lawak sengal ubi, jangan tengok.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
macam menarik... masuk list dulu lehhh
ReplyDeleteDrama taiwan ni biasa byk bermain emosi. Kalau sedih tu menangis betul2 macam nk banjir
ReplyDeletealaa kalo comedy je ingin gak tengok.. ada horror pulak..
ReplyDeleteserammm akak surrender..
eh eh macam best pulak sebab ade selit komedi jugak walopun seram ha...
ReplyDeletelawak sengal ubi eh.. Macam menarik.. Nak cuba tengoklah.. hehehe..
ReplyDeleteMana tahu boleh habis..