Movie Review : Ratsasan

Saturday, 4 April 2020


Director : Ram Kumar
Writer : Ram Kumar
Cast : Vishnu Vishal, Amala Paul, Saravanan, Kaali Venkat,  Abhirami, Ramdoss, Vinod Sagar, Pasupathi 
Production Company : Axess Film Factory
Distributor : Trident Arts, Skylark Entertainment
Genre : Thriller
Running Time : 148 minutes
Release Date : 5 October 2018
Trailer :


Arun Kumar (Vishnu Vishal) bercita-cita untuk jadi pengarah filem psycho thriller tapi disebabkan jalan cerita yang terlampau dark, banyak kali cerita dia ditolak sampai dia give up. Arun minta bantuan abang ipar dia, Doss (Ramdoss) untuk jadi sub-inspektor. 


Hari pertama dia dah buat hal bila dia tiru tandatangan abang ipar dia untuk benarkan kes digugurkan bila dia kesian dengan si isteri yang bunuh suami dia untuk protect anak dia dari dirogol. Arun bagitau Pasupathi (Pasupathi) ni cuma self-defense. 


Membebel Doss bila tahu Arun buat hal di rumah dia malam tu. Tapi curi-curi anak buah dia, Ammu (Abhirami) minta tolong dia tiru sign ayah dia untuk report card bila Ammu fail dua subjek. Esoknya dia menyamar sebagai Doss bila pihak sekolah panggil disebabkan cikgu Viji (Amala Paul) syak Ammu tiru signature ayah dia. Arun mula jatuh cinta pandang pertama dengan Viji dan minta Ammu cari details cikgu Viji.


Kes pertama Arun melibatkan kes pembunuhan remaja perempuan berumur 15 tahun. Mangsa dibunuh agak ngeri bila mata dia dikorek, tikaman di bahagian muka terutamanya hidung, telinga dan bahagian anggota lain, kaki diikat dengan dawai besi dan kemudian dibungkus dalam bag plastik polythene. Mayat dijumpai di tepi pantai di kawasan kejiranan.


Arun syak kes penculikan Amuradha sama dengan kes pertama dia bila pembunuh tinggalkan hadiah berisi kepala anak patung yang dikorek matanya dan ditikam di bahagian hidung. Sebagaimana kes pembunuhan bersiri oleh psychopath yang lain, mereka akan tinggalkan signature yang sama untuk setiap pembunuhan. 


Tapi teori dia disangkal oleh ACP Lakshmi (Suzane George) dengan alasan Arun terlampau layan kes psiko untuk movie dia sampai terbawa-bawa dalam hal kerja. Kalau teori Arun tepat, dah lama Arun diambil bekerja sebagai pengarah. Tak lama kemudian ACP Lakshmi dapat call mayat Amudha dijumpai sama seperti kes pembunuhan sebelumnya. Tepat teori Arun! 

Tapi sayangnya semua orang tak tahu macam mana nak cari hint atau klu siapa pembunuh psiko bila tak ada langsung hint yang relate antara kedua –dua pembunuhan ni melainkan kotak hadiah yang berisi kepala anak patung. Dapat tak Arun dan team dia selesaikan kes misteri ni, kena layan Ratsasan lah.


Jalan cerita Ratsasan ni agak bagus bila kita tak mampu nak teka siapa pembunuh sebenar dan plot twist agak mengejutkan sebab tak sangka langsung pembunuhnya. Director tunjuk hint merujuk kepada Cikgu Inbaraj (Vinod Sagar) which for us memang sesuai lah dia kenal dengan remaja ni tapi malangnya bukan! Visual cinematography dan gabungan music score yang bagus untuk menghidupkan elemen saspen.


Excited nak crack mystery di sebalik pembunuhan ni sebab tak ada klu bila pembunuh psiko ni memang bijak tak tinggalkan kesan langsung walaupun dia pernah ada rekod sebelum ni. TAPI I still tak puas hati dengan beberapa scene dan plot cerita yang sengaja dipanjangkan untuk buat audience saspen. 

Contoh macam scene Arun tembak Cikgu Inbaraj, perlu ke sampai over macam tu bila dia sendiri tak pasti yang cikgu tu pembunuh sebenar. Scene birthday Ammu nampak Arun tak puas hati dengan kes tapi kita tak tahu apa yang buat dia sangsi dengan keputusan dia. 


Body gesture Arun nampak jelas which is quite common bila kita selalu nampak dalam movie lain so we can guess something is not right tapi kita tak tahu apa benda sebab tak ada monolog dari Arun. 

Ada scene yang menyakitkan hati dari Venkat (Kaali Venkat) bila dia decide untuk kejar van pembunuh dengan berlari padahal awalnya dia guna motor. Satu team buat kesilapan besar bila stop agak jauh dari rumah target tambah pula bila ada intersection. Venkat yang bermotor sepatutnya duduk 100 meter di hadapan supaya ada backup in case terlepas. Kalau tengok gambar dekat bawah nampak ramai bertenggek kat depan tu so tak ada masalah operasi terbongkar pun.


Lagi satu scene bila Venkat berdepan dengan pembunuh sebenar tapi dia teragak-agak untuk tembak dan biarkan pembunuh dapat peluang untuk serang. No point untuk dia teragak-agak sedangkan Arun dari awal suruh tembak je. 


Director sengaja nak panjangkan cerita and for me that is so unnecessary sebab dia jadi draggy dan dah penat nak tengok. Siapa yang solve case tu tak kisah la kan as long pembunuh mati tapi tak, director tetap dengan resam movie yang hero kena bunuh villain. I do enjoy this movie siap menangis lagi tapi second half nampak tak cantik lah dengan scene-scene ni.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5= 8.3/10

1 comment

  1. Antara movie yang nak sangat tengok.. Sebab ramai yang review best.. Thanks farhana untuk review nie.. nak try cari..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.