Movie Review : I Saw The Devil

Saturday, 11 April 2020


Director : Kim Jee-woon
Writer : Park Hoon-jung
Cast : Lee Byung-hun, Choi Min-sik, Jeon Gook-hwan, Kim Yoon-seo, Choi Moo-sung, Oh San-ha
Production Company : Peppermint & Company
Distributor : Softbank Ventures Korea, Showbox/Mediaplex (South Korea), Magnet Releasing (US & Canada)
Genre : Dark Crime / Thriller / Horror
Running Time : 141 minutes
Release Date : 12 August 2010 (South Korea), 21 January 2011 (Sundance), 4 March 2011 (US & Canada)
Trailer :


After so long finally I can watch this psycho thriller movie yang agak famous di Twitter dan Korea. Movie ni dah banyak menang award di pelbagai film festival dan award events di Korea. Mengisahkan tentang pembunuh psiko, Kyung-chul (Choi Min-sik) yang bekerja sebagai pemandu van sekolah dan bunuh mangsa dia dengan kejam. 


Joo-yun (Oh San-ha) call tunang dia, Kim Soo-hyun (Lee Byung-hun) bagitahu yang kereta dia problem tersangkut dalam salji. Soo-hyun yang bekerja di National Intelligence Service (NIS)tengah on duty so tak dapat bantu Joo-yun dan advice supaya tunggu tow truck datang instead of biarkan stranger yang tolong. Tapi malangnya stranger tersebut pembunuh psiko dan serang Joo-yun sehingga pengsan lepas dihentak beberapa kali. 


Joo-yun dalam keadaan separa sedar merayu supaya dilepaskan sebab dia tengah mengandung tapi dia ditetak tanpa belas. Badan dia dilapah dan dibuang merata tempat. Keesokannya bila budak yang bermain di kawasan lalang terjumpa telinga Joo-yun, pihak polis mulakan pencarian. 


Squad Chief Jang (Jeon Gook-hwan), ayah kepada Joo-yun bagi 3 suspek yang membunuh anak dia pada Soo-hyun sebab dia tahu Soo-hyun takkan tenang selagi tak balas dendam. Satu persatu Soo-hyun jejak dan berjumpa dengan Kyung-chul yang memang ada dalam list suspek. Dia terjumpa cincin Joo-yun dalam saliran air di rumah Kyung-chul dan plan untuk attack Kyung-chul. 


Lepas serang, dia akan bebaskan Kyung-chul sepertimana pemburu lepaskan buruan dia kemudian tangkap lagi dan serang lagi. Kyung-chul pula tak ada tanda nak insaf ataupun takut, dengan sakit yang dia dapat pun dia tetap membunuh dan merogol lagi. Orang macam ni elok mati je lah. 

Adik Joo-yun (Kim Yoon-seo) call Soo-hyun suruh dia stop bahayakan diri balas dendam atas kematian kakak dia. Tapi Soo-hyun tetap dengan pendirian dia untuk serang-lepas Kyung-chul. Pihak polis pun dah tahu tindakan Soo-hyun tapi tetap jugak lambat buat kerja. 


To be honest I’m not really a fan of I Saw The Devil sebab ada beberapa sexual scene yang sengaja director letak entah untuk apa sebab tak menambah impak kepada jalan cerita pun. And it’s painfully long to watch. 

Plus plot kejar-mengejar antara dua watak utama agak penat untuk ditonton tambah pula bila tindakan Soo-hyun sudahnya tak membuahkan hasil apa-apa pun. Dekat ending dia tak achieve apa pun dengan misi balas dendam dia. 


Jadi geram sangat sebab kita expect Soo-hyun akan selamatkan watak-watak lain daripada dibunuh tapi tak, dia buat kita hadap beberapa scene yang kejam. Untuk first half memang fun nak tengok tapi bila masuk second half dah mula hilang minat and I tak puas hati dengan cara Soo-hyun. Alang-alang dah jadi kejam tu seksa la teruk lagi. 


Walaupun I tak suka dengan plot movie ni tapi action stunt Soo-hyun kemas dan cantik. Brutal and gore scene memang puas la tengok untuk fans movie genre dark crime macam ni. Visual dengan music score memang on point. Scene Kyung-chul bunuh mangsa-mangsa dia dan scene Soo-hyun koyak mulut psycho lain (Choi Moo-sung) agak menggerunkan. Lepas layan movie ni memang bertambah rasa takut dengan stranger. Who knows we might bump into psycho killers?


Tak recommend sangat lah movie ni untuk yang bukan peminat dark crime or thriller dan tak recommend sebab ending dia tak memuaskan. But if you guys want to experience the gore and horror yourself, feels free to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 7.4/10

2 comments

  1. Nak tengok lah. Kak pun suka thriller 😁

    ReplyDelete
  2. Sampai sekarang tak berapa berani nak tengok.. Baca review Farhana nie lagilah tak nak tengok.. Kang kemurungan pula.. hahaha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.