Jarang kita nak disajikan movie dengan genre politik tambah pula ada thriller. Bila kita tengok ada genre thriller, kita expect some shiver and you know thrills tapi dalam movie Daulat penceritaan hanya pada tahap biasa dan more to drama. Jauh lagi untuk jadi naskhah yang terbaik tapi satu permulaan yang berani.
Suri (Vanidah Imran), Timbalan Pengerusi parti MUNA buat plan untuk menang kembali pilihanraya selepas kalah dengan parti Wawasan yang diterajui oleh Malik (Jalaludin Hassan) dan dibantu oleh Ali (Zul Zamir) yang bakal menggantikan Malik sebagai Perdana Menteri seterusnya.
Suri bentangkan 3 langkah kepada Hassan Banna (Tony Eusof) untuk kembali tawan tampuk pemerintahan negara dengan bergabung dengan parti Hizbul Muslimin yang dikepalai oleh Saiful (Amar Asyraf). Kemudian tawan kelompok liberal median dan akhirnya laksanakan langkah pecah dan perintah terhadap Ali.
Jalan cerita Daulat cuma one sided story dari parti gabungan MUNA dan HM tanpa sebarang konflik dari parti Wawasan kecuali individu bermasalah seperti Ali. Kelakar bila satu parti jatuh cuma kerana seorang sedangkan Ali bagitahu Suri, Malik yang bawa Wawasan menang pilihanraya. Watak Ali tak membawa impak dalam strategi politik pun.
Still wonder macam mana hacker boleh pecah masuk rumah politician macam tu je. Rasanya tak pernah lagi ada kes pecah masuk semata untuk install spy cam. Semua video skandal yang tersebar dekat bilik hotel bukan dalam rumah. Plus VIP ada rumah sendiri lah untuk skandal. Buat kerja biar clean sikit.
Draggy and unnecessary scene untuk watak Jasmin (Jasmine Suraya) especially scene dia menggigil takut dengan Suri bila kantoi tidur dengan Idrus (Rashidi Ishak). Writer sengaja lemahkan watak Jasmin untuk highlight watak Suri when it was just nothing. Kenapa beria sangat Idrus nak tidur dengan Jasmin supaya dapat release headline gempak sedangkan dia bos kot. Suruh je la diorang buat, esok confirm siap.
Scene diorang terkejut dengan headline gabungan MUNA dengan HM keluar dari Media Raya lagi kelakar. Idrus tu husband Suri mesti lah Media Raya tahu. Duhhh? Watak Melissa (Sangeeta) yang dikatakan bijak buat kerja juga nampak lemah bila kalah dengan emosi. Tak menambah impak pada cerita dan buang masa.
Lemahnya movie ni bila paksa audience terima yang watak-watak dia strong dan bijak dengan dialog yang padu walhal sembang kosong. Political tension tak lah strong mana pun sampai boleh gulung filem ni dengan credit scene macam tu. Tambah pula bila politik Malaysia dah ke tahap pick lesser evil to rule. Antara diktator dengan 32 kes mahkamah, rakyat nak pilih siapa?
Bila buat movie berdasarkan reality kehidupan politik, ada reference case sepatutnya jalan cerita patut lebih kuat. Jangan nak gebang lah kata movie ni fiksyen tak melibatkan mana-mana parti walhal gambarannya jelas. MUNA, Wawasan dan HM mewakili parti mana.
Tak faham kenapa movie ni perlu berdialog dalam English sedangkan pelakon-pelakon jelas tak selesa terutamanya Shidi nampak kaku dan fokus hafal skrip daripada deliver performance. Dalam scene dia marah Jasmin ‘Eh gila ke’ nampak convincing enough sebab dia selesa.
All in all walaupun movie Daulat tak la sebagus yang dicanangkan, tapi thumbs up untuk visual yang cantik, music score menarik dan lakonan para pelakon especially Vanidah sebagai Suri yang licik dari awal sampai habis. I was expecting more untuk ending tapi sayangnya watak Malik cuma berdiam diri dan watak Hassan nampak lemah. Should I go for Daulat 2? I think nahhhh
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 5.8/10
konsep movie ni dah nampak menarik. rasanya problem dengan cite melayu ni banyak dengan skrip, kadang tak faham juga kenapa diorang nak buat dialog dalam english atau rojak, tak boleh ke naikkan sikit martabat bahasa melayu tu.
dari first time tengok trailer dia memang rasa menarik... tapi lepas banyak review macam ni, terasa down pulak nak tengok hahaha... harapnya ada improvement la dalam industri perfileman malaysia.. anyways, thumbs up for the production team for producing movie yang tak ramai berani labur !
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Sekarang ni ramai yang share tentang filem ni tapi tak sempat tonton lagi.
ReplyDeletekonsep movie ni dah nampak menarik. rasanya problem dengan cite melayu ni banyak dengan skrip, kadang tak faham juga kenapa diorang nak buat dialog dalam english atau rojak, tak boleh ke naikkan sikit martabat bahasa melayu tu.
ReplyDeleteAla...nanti cerita sikit macam mana nak buka akaun iflix la..netflix la... lepas tu kena duit ke nak tgk cerita macam ni kat situ.
ReplyDeletehahaha tak tahu sebab dua2 takde.
Deleteklik di i flix, boleh tengok free tanpa daftar. ni domain khas dorang set http://www.daulatmovie.com/
Deleteni reveal linknya:
Deletehttps://www.iflix.com/title/movie/278732
Nice bila ada percubaan tapi kalau dibuat dengan lebih serius macam point yang Farhana bagi mesti lebih strongkan filem ini..
ReplyDeletesebab film ni jenis film critical thinking..banyak yang tersirat..
ReplyDeletedari first time tengok trailer dia memang rasa menarik... tapi lepas banyak review macam ni, terasa down pulak nak tengok hahaha... harapnya ada improvement la dalam industri perfileman malaysia.. anyways, thumbs up for the production team for producing movie yang tak ramai berani labur !
ReplyDeleteAwesome review Farhana!
ReplyDeleteKeep up the good work and hopefully you'll be constantly writing reviews in the future.
thank you :)
Delete