Movie Review : Bhoot – Part One: The Haunted Ship

Friday, 24 April 2020


Director : Bhanu Pratap Singh
Writer : Bhanu Pratap Singh
Cast : Vicky Kaushal, Bhumi Pednekar, Akash Dhar, Ashutosh Rana, Sara Gesawat
Production Company : Dharma Productions, Zee Studios
Distributor : Zee Studios
Genre : Horror
Running Time : 114 minutes
Release Date : 21 February 2020
Trailer :


Lepas kegagalan movie Kaal tahun 2005, Dharma Production dah stop produce movie genre seram tapi lepas beberapa tahun, Karan Johar untuk cuba sekali lagi hasilkan movie seram dengan percubaan pada filem pendek dalam Ghost Stories dan kemudiannya movie Bhoot Part One : The Haunted Ship diadaptasikan dari kisah benar kapal besar bernama SS Vaitarna yang tersadai secara misteri di perairan Mumbai selepas 1,000 nyawa hilang tanpa jejak.


Prithvi (Vicky Kaushal), survey officer di pelabuhan kapal hidup dalam depression dan belum moved on lepas kematian Sapna (Bhumi Pednekar) dan anak perempuan mereka, Megha. Prithvi skip makan ubat depression bila malam sebab dia nak hidup dalam khayalan yang isteri dan anak dia masih hidup.


Kecoh di media bila dua orang remaja terjumpa kapal besar – Sea Bird di perairan Mumbai so boss Prithvi dan Riaz (Akash Dhar), nak diorang buang kapal tu dari pantai supaya tak membahayakan orang lain. Riaz cuba contact owner metal scrapper tapi dia bagitahu yang kapal tu berhantu. Riaz tak percaya dengan hantu meanwhile Prithvi mula siasat kenapa Sea Bird end up kosong tanpa tahu apa yang jadi pada semua anak kapal. Tambah pula bila dia diganggu di kapal dan juga rumah.


Prithvi jumpa tape lama dengan beberapa video yang masih elok. Dia syak hantu tu mungkin roh Meera (Sara Gesawat) yang hilang dalam kapal sebab Meera tak ada dalam video semua anak kapal terjun dalam laut beramai-ramai untuk bunuh diri. Prithvi jumpa Prof. Joshi (Ashutosh Rana)yang pakar dalam hal psikologi dan mistik dan minta bantuan dia selesaikan misteri ni.


Prithvi buat andaian yang kemungkinan besar Meera sebenarnya hidup lagi sebab tak ada anak kapal berjantina perempuan dengan umur belasan tahun macam hantu yang selalu kacau dia. Part ni kena bijak sikit lah nak faham kenapa Prithvi cakap macam tu sebab dia tak makan ubat so yang kacau dia dekat rumah tu bukan Meera tapi dia berhalusinasi je sama macam bila dia main hello hello dengan anak dia, Megha.


So dalam movie ni ada part yang hantu tu kacau dan ada part jugak yang Prithvi berhalusinasi but both buat I terkejut sebab jumpscare technique walaupun dah boleh agak haha. Masa first half quite mystery macam mana Sapna dan Megha meninggal sampai Prithvi depressed macam tu sebab nak masuk second half baru director Bhanu bagitahu. Bila second half baru kita boleh explore mystery kapal Sea Bird sedikit demi sedikit. Movie ni banyak plot twist menarik.


Visual masih lagi lemah untuk movie seram walaupun under big banner macam Dharma Productions sebab visual effects untuk hantu tak touch up dengan baik. Masa Meera merayap dekat dinding tu nampak macam cicak je. Bila dia merangkak nak attack Prithvi pun kelakar sebab visual effects over sangat.


Music score quite okayish dan tak lah over sangat. Lagu Channa Ve nyanyian Akhil Sachdeva  dan Mansheel Gujral hidupkan suasana romantic masa awal perkahwinan Prithvi dan Sapna.


Vicky Kaushal prnah bagitahu yang dia rasa genre seram paling susah dalam karier lakonan dia sebab tak boleh berinteraksi dengan apa-apa sebab kena berlakon sorang-sorang. But for me he did well lah untuk movie ni. Masa shooting movie ni pun sampai injured kena jahit 13 jahitan dekat pipi sebab pintu jatuh kena muka. I think masa scene hujung bila hantu tu campak dia.


Since movie ni pulang balik modal, boleh la tunggu Part Two pulak tapi tak pasti Vicky jugak ataupun orang lain yang berlakon. Mungkin Vicky tapi dengan watak dan plot lain macam franchise Raaz. 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 7.4/10

3 comments

  1. argh!! Memang tak tengoklah.. mahu terkejut terkejut je nanti.. Tapi kalau ada geng syok nie.. hahaha.. teringin je sebenarnya nak tengok..

    ReplyDelete
  2. Adooo,, seramnya kalau asyik terkejut je. Haha

    ReplyDelete
  3. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.