Production Company : Funtime Entertainment, Indian Film Studios
Distributor : Zee5
Genre : Mystery / Horror
Running Time : 122 minutes
Release Date : 21 April 2020 (India)
Trailer :
Ateet Rana (Rajeev Khandelwal) dah lama menghilangkan diri lepas jatuh dalam sungai semasa perang di sempadan. Vishwa Karma (Sanjay Suri), kawan baik dia sendiri nampak dia jatuh lepas kena tembak. Lepas beberapa bulan Ateet tak dijumpai, pihak atasan declared Ateet meninggal dunia tinggalkan balu, Janhvi (Priyamani) dan anak perempuan, Sanah (Deshna Dugad).
Vishwa yang memang dah lama simpan perasaan dengan Janhvi, jaga mereka berdua dan berkahwin. Bila Sanah dah besar menginjak ke usia 10 tahun, Vishwa dinaikkan pangkat sebagai Colonel dan berpindah ke rumah baru. Tapi Sanah selalu nampak sesuatu di kawasan rumah tu. Vishwa pun mula diganggu.
Tak lama kemudian Vishwa dapat call yang Ateet ada di hospital tentera. Ateet cuma diam taknak makan dan selalu sebut nama Janhvi. Dr. Masood (Vipin Sharma) datang rumah Vishwa untuk minta bantuan Janhvi jumpa Ateet sebab mereka semua nak tahu apa yang jadi masa hari tersebut sampai habis satu pasukan Ateet terkorban kecuali Vishwa dan seorang lagi askar.
Tak tahu la kenapa pihak atasan tak rasa benda ni kelakar sebab mudah betul nak teka siapa punca satu pasukan mati dekat hutan tu. Vishwa yang atur koordinat masa tu meanwhile Ateet lead pasukan di hutan bergantung koordinat yang Vishwa bagi. Tak payah buat siasatan pun, wild guess pun dah boleh tahu siapa punya angkara. Takkan lah tak ada yang syak langsung?
Kalau ikutkan seorang askar mati pun dah kena soal siasat, inikan pula satu pasukan under lead kapten yang terbaik pulak tu. Watak Janhvi pun annoying dalam movie ni sebab dia beria taknak Sanah tahu siapa ayah sebenar siap merajuk beria lagi bila Vishwa suruh cerita perkara sebenar dekat Sanah. Masa second half pun dia tak kesian langsung dengan Ateet walaupun dah tahu cerita sebenar.
Kenapa nak buang terus masa silam sedangkan Ateet bukannya mati sebagai pembelot tapi terkorban di medan perang. Patutnya sebagai anak dan isteri askar, dia kena rasa bangga. Kalau sebab dia nak jaga hati Vishwa then kenapa kahwin dengan Vishwa? Sebab masa second half movie dia tegaskan depan Ateet dengan Vishwa yang dia seorang pun mampu jaga Sanah. Tak perlukan diorang berdua dalam hidup dia pun.
Tak payah tunggu second half ataupun plot twist pun kita dah tahu siapa sebenarnya Ateet dan kawan dia, Nayab (Shakeel Khan)bila diorang datang balik sebab gangguan tu bukan kena dekat Vishwa yang dikatakan berhalusinasi sebab dos ubat yang tinggi tapi Dr. Aunty – pengetua dan isteri Dr. Masood pun kena ganggu jugak.
Well at first I thought Nayab dengan Ateet jumpa bomoh minta tolong kacau Vishwa sampai dia confess kejahatan dia tapi tak. Huru-hara plot cerita ni sebab masa first half Nayab kata Vishwa akan confess tapi masuk second half Janhvi dah tahu Vishwa jahat padahal Vishwa tak sempat bagitahu apa-apa pun.
Bila plot twist dah keluar lagi merepek sebab kalau Ateet tu macam tu, kenapa semua orang boleh accept muka dia? Bila Janhvi tahu yang muka dia sebenarnya hodoh tak macam Ateet pun? Apa maksud Ateet dia nak Sanah ingat happy moments pasal dia sedangkan Ateet muncul dengan muka creepy sampai Sanah takut? My brain hurts.
Visual quite okayish lah sebab ada beberapa scene yang nampak sangat guna tali dengan shot yang tak diambil dari angle yang cantik. Tapi shooting location dekat Coonor memang cantik dengan kawasan ladang the, bukit bukau dan kawasan rumah Vishwa-Janhvi paling cantik. Either way, you guys can totally skip this movie sebab jalan cerita tak menarik dengan dialog merepek.
1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.6/10
Ala baru nak layan movie ni tapi bila baca plot twistnya yang entah apa apa terus cancel. Kalau cerita macam ni memang cancel nak tengok sebab mesti bosan
Tengok trailer dia pun macam belum mampu menarik tontonan ramai...saya peminat filem horror...btw, terima kasih perkongsian...nanti nak tengok juga bagaimana plot cerita filem ni.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Ala baru nak layan movie ni tapi bila baca plot twistnya yang entah apa apa terus cancel. Kalau cerita macam ni memang cancel nak tengok sebab mesti bosan
ReplyDeleteray skrg dah tak minat sgt tgk cite tamil but kdg2 best jugak tgk
ReplyDeleteWah poster dia gempak lah! hehe thank you for your honest review kak FJ :)
ReplyDelete.
Selamat berpuasa!
Predictable ye cite Ni tapi jlnncite dia menarik gak
ReplyDeletemcm best je cerita nii^^..
ReplyDeletebtw, sy singgah dan follow ye^^
Tengok trailer dia pun macam belum mampu menarik tontonan ramai...saya peminat filem horror...btw, terima kasih perkongsian...nanti nak tengok juga bagaimana plot cerita filem ni.
ReplyDeleteSuka baca novel thriller, tapi tak suka tengok cerita thriller dan suspen. Nnt jantungnya dag dig dug laju sgt.
ReplyDeleteLama tak tengok movie hindustan.... lepas baca sampai habis entri ni skip la movie ni.. haha
ReplyDeletemain poker dengan banyak penghasilan
ReplyDeleteayo segera hubungi kami
WA : +855969190856