Director : Lee Jeong-hyo
Writer : Park Ji-eun
Cast : Hyun Bin, Son Ye-jin, Kim Jung-hyun, Seo Ji-hye, Ha Seok-Jin, Yang Kyung-won, Yoo Su-bin
Genre : Romantic / Comedy
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : December 14, 2019 – February 16, 2020
Production Company : Studio Dragon, Culture Depot
Distributor : tvN, Netflix
Trailer :
Drama genre romantic di bawah produksi Studio Dragon dan Culture Depot ni mengisahkan tentang cinta antara dua negara - Korea Selatan dan Korea Utara. Yoon Se-ri (Son Ye-jin) tanpa sengaja terjatuh di hutan Korea Utara gara-gara tornado muncul semasa paragliding dan dijumpai oleh Ri Jeong Hyeok (Hyun Bin), kapten askar yang bertugas pada hari akhir di hutan tersebut.
Jeong Hyeok bagitahu Se-ri supaya lari sebelum anak buah dia yang lain sampai dan dia akan dibawa masuk ke bilik siasatan which is bad for her sebab kebanyakan rakyat Korea Selatan yang masuk akan dilabel sebagai spy. Tapi sebab tak percaya dengan Jeong Hyeok, Se-ri salah pilih jalan dan balik ke hutan yang sama.
Anak buah Jeong Hyeok, Pyo Chi-su (Yang Kyung-won) taknak dijatuhkan hukuman dan hilang peluang keemasan dia untuk naik pangkat bila kecuaian dia minum arak pada malam sebelumnya akibatkan mereka semua tertidur. Kim Ju-muk (Yoo Su-bin) yang berjaga di menara pula tengah asyik layan drama Korea sampai tak dengar Jeong Hyeok alarm dia untuk emergency dan tangkap Se-ri.
Nak tak nak, Jeong Hyeok terpaksa sorok Se-ri di rumah dia bila tanpa sengaja Se-ri sampai ke perkampungan askar jauh dari bandar Pyeonyang. Cho Cheol-gang (Oh Man-seok) yang jaki dengan Jeong Hyeok selalu cari salah supaya dia dapat singkirkan Jeong Hyeok dari military. Dia arahkan untuk buat spot check semua rumah. Masa tu kantoi Jeong Hyeok sorok Se-ri tapi dia cover dengan bagitahu yang Se-ri tunang dia dan datang dari Division 11 di mana identiti semua penduduk dia adalah rahsia.
Drama kalau hero dia askar ni memang susah nak tolak sebab handsome teruk. Tambah pula bila genre romantic comedy dan pelakonnya Hyun Bin. Hyun Bin looks perfect sebagai kapten askar yang tegas tapi sebenarnya dalam hati ada taman. Bak kata mak dia, Jeong Hyeok baik budaknya, selalu senyum dan pandai main piano. Tapi lepas kematian ngeri abang dia, Ri Mu-Hyeok (Ha Seok-Jin) dan terpaksa buang impian sebagai pianist, dia mula jadi pendiam.
Walaupun banyak scene unrealistic untuk hidupkan kisah cinta yang teragung antara Se-ri dan Jeong Hyeok tapi tutup mata je lah sebab sweet. Lagipun konsep drama ni pun dah tak realistik dah. Set perkampungan military tu pun tak wujud dan dihidupkan di Taean. Tak pasti kalau memang penduduk Korea Utara sampai begitu sekali daifnya. Tapi fun la tengok sebab back to basic. Sweet sangat tengok Se-ri naik basikal dengan Jeong Hyeok. Awww
Sinematografi memang terbaik lah sebab ada scene dekat Switzerland yang memang dah terkenal dengan keindahan alam semulajadi. Another one bila director ambil shot di kawasan hutan ‘Korea Utara’ masa Jeong Hyeok dengan Se-ri paraglide bersama. Entah macam mana parachute tu boleh elok padahal dah mengharung tornado kot. Bila masa Se-ri ambik bawak balik pun tak tahu. Masa bila dia kutip jump suit pink pun tak tahu. Elok pulak tu padahal dah koyak dah masa dia buang.
Sayangnya drama Crash Landing On You ni tak ada music album yang memorable dan menambahkan elemen romantik untuk kisah cinta mereka berdua unlike Goblin, Hotel De Luna etc
Drama ni bukan sahaja pada kekuatan chemistry Hyun Bin dan Son Ye-jin sejak dalam movie The Negotiation sebagai lead pairing tapi scene komedi dari anak-anak buah Jeong Hyeok dengan pelbagai ragam. Tak lupa juga dengan persatuan bini-bini askar dekat perkampungan military tu.
Sama macam drama Secret Garden, drama romantic ni pun sakit dada tahan sebak bila kisah cinta mereka terhalang. Lagi perit bila kisah cinta Seo Dan (Seo Ji-Hye) dan Gu Seung-Jung (Kim Jung-Hyun) berakhir macam tu. Bagi la peluang untuk diorang berdua jugak kalau dah mampu buat unrealistic moment untuk Jeong Hyeok dengan Se-ri sampai mampu lawan kematian bagai. Unfair!
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 7.5/10
Dah ada tengah cari masa je nak tengok.. Ramai yang bagi review best drama nie..
ReplyDeleteiyer..terjebak teruk. best, sweet..tutup mata scene yg x logik tu. ha ha ha...
ReplyDeletescene diorang naik paragliding berdua paling tak real. tapi itulah sebab cerita dia best, cinematograhy cantik memukau, tutup mata je la dengan scene yg unrealistic tu plus hyunbin hensem giler dalam drama ni..hahaha
ReplyDeleteramai yang review best cita ni. kite je yang tak tengok lagi.
ReplyDeletebila Pana highlight part yang tak masuk akal tu, Aien pun tak mampu nak ulang lagi walaupun dia best. Tak macam Goblin. Hehe
ReplyDeletesdg bfikir mau tngk atau x 😂😂😂 sbb skrg sdg layan Hotel de Luna
ReplyDeletemana nak cari Captain Ri dalam dunia reality ni hahaha..
ReplyDeletein our dreams jela eh..
Dan so cute !! i like Dan..