Day 22 Quarantine : Dumb and Dumber - TikTok

Thursday, 9 April 2020

Semalam kecoh bila Menteri Pengajian Tinggi buat peraduan TikTok dengan guna Noreen dengan Iskandar siapa entah sebagai duta contest ni. Kalau video TikTok yang diorang buat tu berkaitan dengan education boleh terima lah. Tapi kalau setakat bagi Noreen buat muka hodoh lepastu shuffle dengan lagu rap kesana kesini elok tak perlu la nak jatuhkan air muka Kementerian. Buat malu je. 

Image

Di saat ramai pelajar univeristi tengah risau dengan sistem pembelajaran online semasa tempoh PKP sebab ada yang tak ada access internet. Kalau ada pun slow. Ye jangan buka kitab telco dah bagi internet free sebab sejak bulan April ni kemain slow line internet! 

Ada yang resah tak dapat nak catch up dan mungkin kena extend bila tak boleh nak join sistem belajar online. Yang dapat follow tu okay lah, boleh grad on time. Yang tertinggal tu haaaa bak kata diorang pandai-pandai la nak hidup, siapa suruh miskin. 

Dengan harapan yang peraduan ni disambut baik, kesemua parti yang terlibat post video TikTok dekat socmed memasing. Tapi malangnya kena bash teruk sampai semua delete. Yang bestnya Noreen salahkan Menteri. Haaaa begitulah mudahnya 'influencer' lari dari tanggungjawab dan salah. Instead of minta maaf, dia sembang kencang dia palatao. 

Image

Dalam masa yang sama jugak, Glenn Fredly meninggal dunia semalam dan meninggalkan isteri dan seorang anak yang baru je berusia sebulan lebih.

Image

Belum move on dengan pemergian Ashraf, sekarang ni Glenn. Masing-masing pergi pada usia yang agak muda dan tinggalkan anak yang kecil. Rest in peace Glenn.

Image

Semalam KKM dah kenalpasti satu lagi kluster besar sampai Rembau kena lockdown dan dilabel sebagai zone merah. 

1. Perhimpunan di Seri Petaling (1,682)
2. Persidangan keagamaan di Kuching (110)
3. Majlis perkahwinan di BB Bangi (94)
4. Individu sejarah perjalanan ke Itali (41)
5.  Subkluster Seri Petaling di Daerah Rembau (27)

Disebabkan ramai sangat yang menipu masa pergi jumpa doktor perihal sejarah perjalanan masing-masing, KKM dah sediakan satu borang untuk diisi pesakit. Consequences bila kantoi menipu tu tak pasti lagi. One word - selfish!

18 comments

  1. semoga negara kita cepat-cepat bebas covid19.

    ReplyDelete
  2. semoga negara kita cepat-cepat bebas covid19

    ReplyDelete
  3. Tu la kan, sepatutnya fikir macam mana nak selesaikan masalah student U yg terkandas kat Uni masing2 tu

    ReplyDelete
  4. dia mungkin cuba nak hiburkan hati student yang tengah risau, end up kena kecam oleh orang memang tengah risau. Haha lawak...

    ReplyDelete
  5. kena fikir kebajikan mahasiswa semasa PKP ini daripada peraduan tik tok tu

    ReplyDelete
  6. kenapalah diorang nak menipu ek.. Jujur je kan senang.. tak adalah nak menyusahkan banyak pihak.. Kalau bagus kerajaan ambil tindakan pada yang menipu ini baru tak ada lagi yang berani menipu..

    ReplyDelete
  7. Tahun 2020 ni unpredictable sangat, tak sangka kita boleh berada dalam tahun ni tapi semua yang kita harapkan masa kecil jadi tahun ni, rupanya tak jadi pun. Tapi banyak perkara lain yang menyedihkan berlaku, semoga kita semua kuat..

    ReplyDelete
  8. resah teringat anak murid yg xda sistem on9, sbb anak murid sy kbnykn nya bukan org senang. sesetengah dr dorg (ibu bapa) ja yg ada fon canggih. risau ketinggalan pdpc on9

    ReplyDelete
  9. ahahaha tiktok tiktok tah apa2 laaa banyak benda berfaedah lagi nak fikir.
    akak pun mula da nampak video anak2 murid terkinja2 dok buat sahut cabaran katanya..

    geleng kepala..

    ReplyDelete
  10. Screen throws are incredible for specialized introductions Facebook video downloader or for those that are "camera modest" and don't need their face to be in the video.

    ReplyDelete
  11. The use of promotions on TikTok remains moderately new and just started in January 2019. get tiktok likes

    ReplyDelete
  12. Influencers must be comfier with your items.tiktok followers

    ReplyDelete
  13. If you're a newcomer to TikTok, buy titktok views then you have to understand it has undergone considerable expansion in a previous couple of decades.

    ReplyDelete
  14. You might even offer you a prize or reward to the ideal movie or find another web method to inspire users to post articles. If you're able to provide something distinctive to TikTok founders, that is a terrific way to encourage users to make content.

    ReplyDelete
  15. The Ideal influencers can adjust productively supported substance inside an Authentic message which addresses clients.https://boherald.com/spotting-a-blogging-opportunity-in-an-over-saturated-field/

    ReplyDelete
  16. Becoming active with TikTok is about forcing involvement. There's nothing wrong with TikTok online utilizing hashtags from trending themes on the stage so long as the movie relates to it.

    ReplyDelete
  17. Thanks for picking out the time to discuss this, I feel great about it and love studying more on this topic. It is extremely helpful for me. Thanks for such a valuable help again. youtube views reseller panel

    ReplyDelete
  18. i am for the first time here. I found this board and I in finding It truly helpful & it helped me out a lot. I hope to present something back and help others such as you helped me. smm panel india

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.