Day 15 Quarantine : Stage 2 Begins

Friday, 3 April 2020

Nothing much for stage 2, masih benda yang sama cuma polis makin strict sekarang ni. Nak keluar kena ada dokumen sebab boleh keluar dalam radius 10km je. Bil air yang dicadangkan sebagai bukti alamat rumah. 

Hari kedua masuk office untuk minggu ni sebab urusan gaji tak settle lagi. Tak boleh nak lama pun dekat office, siapkan mana yang penting lepas tu balik terus. Nak lepak lama-lama dekat office pun boleh mati kutu. 

Sekarang ni kemain panas belah pagi sebab nak hujan belah petangnya. Bila dah biasa duduk office tiap hari ada air-cond memang menggelupur la bila rumah panas. Ada 3 kipas full speed pun tak cukup. 

Selalunya kalau dah masuk musim panas, yang bestnya dapat enjoy makan durian tapi sekarang melangut je lah buah apa pun semua tak dapat. Kalau dekat dengan kawasan ladang boleh la dapat stok buah. Ni duduk tengah pekan celah mana nak dapat. Mampu tengok dekat Twitter je lah ramai yang tengah memborong dekat petani. Untunglahhhh

Btw, kes positif covid-19 dah cecah 2,908 orang dengan 45 kematian. 

Image

KKM keluarkan graf penurunan kes covid-19 sejak RMO so tindakan kerajaan untuk laksanakan perintah kawal pergerakan berkesan walaupun ramai lagi yang belum disaring. 

4 comments

  1. assalamuaikum haiii, saffaa singgah sini!!

    yang penting kita jangan stop doa, insha-Allah keadaan akan jadi baik semula

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang PKP. Aamiin

    ReplyDelete
  3. dah masuk fasa dua.. harapnya makin berkuranglah kes jangkitan dan kematian..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.