Bollywood Stars Yang Refused Buat Cameo Dalam Lagu Deewangi Deewangi
Tuesday, 14 April 2020
Entri kali ni nak sembang pasal Bollywood’s greatest crossover – lagu Deewangi Deewangi dalam movie Om Shanti Om.
Seramai 31 orang pelakon industry Bollywood berkumpul and have fun dalam satu lagu berdurasi 8 minit lebih. Mostly top stars yang datang menari iconic dance dari movie masing-masing.
Lagu Deewangi Deewangi ni adalah tribute kepada lagu John Jani Janardan dalam movie Naseeb bila ramai top stars buat cameo dalam lagu tu.
Lagu DD ambil masa selama 6 hari untuk siapkan. Sepatutnya semua top stars terbahagi dalam 6 kumpulan. Satu kumpulan, satu hari untuk shoot tapi masing-masing stay sampai habis shoot sebab nak have fun. Rekha punya part special sikit sampai kena shoot 2 hari.
Salman Khan pula sanggup tunggu 3 jam lepas habis turn dia shoot semata-mata untuk menari dengan Dharmendra. Saif pun join sekali menari. Dapat la 3 Khans walaupun Khan lain yang masuk haha. Fun fact, Dharmendra sorang je yang pernah buat cameo dalam lagu JJJ dan DD.
Director movie OSO, Farah Khan kata dalam interview yang Manish Malhotra antara punca utama dia mampu invite ramai top stars sebab Manish bagi free je outfit yang diorang pilih untuk MV tu. Siapa je taknak baju under label Manish Malhotra kan..
Selain dari tu top stars ni dapat hamper pelbagai hadiah yang direka khas dari SRK yang bernilai Rs100,00. Antaranya jam Tag Heuer dan phone Blackberry. Happy la memasing walhal cameo untuk berapa minit je kot.
Tapi tahu tak ada ramai jugak yang refuse dan terpaksa tolak pelawaan Farah untuk join lagu ni.
1. Aamir Khan
Tak pernah lagi dalam sejarah Bollywood, #TheKhans muncul dalam satu movie bersama even cameos. Salman-SRK atau Salman-Aamir pernah lah. So Farah nak realisasikan impian semua orang masa tu dengan jemput Aamir untuk lagu DD. 10 hari Farah resah tunggu jawapan Aamir.
Tapi Aamir reject sebab dia busy dengan movie Taare Zameen Par. 4 tahun lepastu Aamir bagitahu yang dia tak suka buat cameo dan tak suka pun dengan movie tu.
Katanya kalau dia bagi masa 4 minit pun untuk shoot lagu DD, movie TZP akan menderita sampai 4 bulan. Walhal semua pun sedia maklum yang dia tak suka SRK. Tambah pula bila baru lepas sakit hati bila SRK perli dia dekat Filmfare Awards 2006.
2. Dev Anand
Masa Farah invite Dev Anand untuk buat cameo, dia refuse dengan statement:
"I am Dev Anand. I never do special appearances. I never did, and will never do in the future."
3. Anil Kapoor
Since movie Om Shanti Om release tarikh yang sama dengan movie Saawariya, movie debut Sonam Kapoor so Anil straightforward declined invitation Farah untuk have fun dalam lagu DD. Tahun lepas masa HT Summit, Anil Kapoor menari lagu DD dengan Catherine Zeta Jones.
Farah upload video tu dekat IG dia & puji Anil dengan caption 'Got my cast for OSO 2, Epic!!'
4. SriDevi
Farah Khan personally invite SriDevi untuk buat cameo dan menari dengan Jeetendra sebab diorang berlakon bersama dalam 16 movie Bollywood. Tapi SriDevi refused sebab dia nak husband dia, Boney Kapoor yang menari dengan dia. Farah pula tak setuju.
5. Amitabh Bachchan & Jaya Bachchan
Apa lah maknanya tribute kalau tak invite star dalam lagu asal. Since wedding Abhishek dengan Aishwarya diadakan pada minggu yang sama dengan minggu shooting lagu DD, terpaksa la dia tolak invitation Farah. Jaya pun busy sekali lah. Imagine both of them pergi, tak memasal wujud Silsila 2.0
6. Abhishek & Aish
Well, of course the reason is they have a wedding on that week. Abhishek sempat shoot untuk cameo selama 1 1/2 minit dalam scene dekat Filmfare Award untuk movie Dhoom 5 itupun shoot dari pukul 10 malam sampai 2 pagi.
7. Fardeen Khan
Fardeen Khan dah janji nak join lagu DD tapi Farah dapat berita Fardeen kena tangkap dekat Dubai airport otw nak balik India sebab kes dadah. Hshshs
8. Sushmita Sen
Farah nak sangat whole cast Main Hoon Na datang buat cameo sebab MHN movie first dia sebagai director. SRK personally invite Sush untuk buat cameo tapi Sush declined dengan alasan dia busy shooting. SRK & Farah sakit hati sangat sebab cameo tak lama pun.
Sush nak item song dia sorang, kalau setakat cameo kena kongsi screentime dengan top stars lain dia taknak. Dia takut dia tenggelam bila dah ramai yang datang buat cameo.
9. Amrita Rao
Amrita pula terpaksa tolak sebab dia ada outdoor shoot untuk movie lain. Dia menyesal tak dapat join. Both actress dalam movie arahan Farah, Main Hoon Na tak dapat datang. Nasib baik ada Zayed Khan.
10. Dilip Kumar & Saira Banu
SRK personally invite both of them. Bila Farah tanya bila dua stars ni nak datang, SRK kata nanti datang la tu. Sampai ke sudah diorang berdua tak datang. Tak tahu la SRK gebang Farah ataupun both memang kebetulan tak boleh datang.
11. Hema Malini
Walaupun Dharmendra datang memeriahkan suasana, tapi isteri kesayangan dia terpaksa tolak permintaan Farah sebab Hema ada di luar negara masa tu.
12. Bebo
Kalau tengok dalam lagu Deewangi Deewangi tu ada Karishma, Malaika dan Amrita Arora, semua bff Bebo tapi dia tak dapat join sebab busy dengan movie Jab We Met
13. Shahid Kapoor
Shahid antara fav actor-dancer Farah tapi tak dapat datang sebab busy dengan Jab We Met
14. Tom Cruise
"I definitely want to make Tom Cruise dance. That's been a dream"
Tak tahu kenapa tak dapat datang tapi Tom antara dalam senarai Farah.
Ramai lagi sebenarnya yang Farah invite tapi tak datang macam Sharmila Tagore, Rajesh Khanna dan lain-lain. Tapi bak kata Farah kalau semua dia nak jemput, sampai sekarang pun tak siap lagi lagu Deewangi Deewangi tu.
Anyway, everyone have fun masa shooting dan tu kenangan terindah buat dia sebab tu kali terakhir semua berkumpul dalam satu lagu sama-sama tanpa gaduh.
Bonus : Sepatutnya dalam lagu Dard-E-Disco penyanyi Shakira buat cameo menari dengan SRK. Farah pernah choreograph lagu Shakira tahun 2006 untuk persembahan dekat VMA. Tapi Shakira terpaksa tolak invitation Farah sebab dia busy dengan tour concert dia.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
suka dgn filem Om Shanti Om ni. juhi chaula comel, kajol pun ok time menari DD
ReplyDeletedone baca.
ReplyDeletewalaupun tak minat bollywood sangat, tapi seronok baca entry Pana ni.
SRK dihatiku satu ketika dulu. hehe.
Bestnya Kalau semua dpt join tapi yg krna tahan Kat airport tu mmg Sadis hihii
ReplyDeletemeriah tu, terus gi tgk kat youtube...
ReplyDeletewah... ni antara movie fav saya
ReplyDelete