Blog Performance Mac 2020

Thursday, 2 April 2020

Dah habis stage pertama berkurung dalam rumah. Tak best bila kena kuarantin ni, banyak kerja tak boleh buat. Nak berniaga pun courier charge kemain melonjak naik. Nak makan pun susah sebab tak banyak restoran buka. Makan apa ada je. 

Kuarantin pun tak bermakna boleh blogwalking macam biasa sebab kena work from home. Kadang sampai malam dapat mesej lagi. 

1. PV


Bulan lepas happy lah tengok graf sebab hampir mencecah 2k gara-gara kuarantin. Ramai la yang cari bahan bacaan dan ramai yang rajin blogwalking. Tak perlu nak risau nak blogwalking ataupun tempek dekat group dah, PV all time boleh naik dengan jayanya. Bukan taknak tapi tak sempat. Banyak kerja lain. 

Bulan ni lebih dari target bulan Februari bila cecah sampai 712k. Since dah nak habis kuarantin, so malas nak target tinggi sangat. Hopefully boleh dapat sampai 717k untuk April. 


 2. Posts


Disebabkan ramai yang dikuarantin dekat rumah so post pasal gardening meningkat naik lah dengan jayanya. Kalau tengok dari awal bulan, nampak Movie Review hindustan pun sakan. Rasanya Baaghi 2 ada tayang dekat mana-mana channel kot sebab start kuarantin post tu selalu naik. 


All time posts tak banyak berbeza pun dengan yang lepas punya cuma ada post yang dah berubah tempat dah. Tak lama dah tu yang paling atas nak cecah 20k.

3. Keywords


Tak sangka ada pulak yang cari cara nak guna mesin binding padahal buat tutorial cincai je hahaha okay lah membantu someone. Tadi ada bagitau movie review Baaghi 2 naik kan, tengok dekat keywords tu sampai 2 keywords appear. 

Roti canai terbang tu tak tahu kenapa ramai yang search sampai 900 lebih mencanak naik minggu lepas. 


Ni yang daily keywords. Tak tahu cermin relate dengan entry mana. Makin ramai yang layan telemovie Shiba Shiba Doo yeaayy! Selain bintang hindustan tercantik, ada juga nampak keyword pelakon hindustan tinggal dekat mana. Boleh update entry ni. 


I tak pernah update pasal artis thailand but knowing keywords tu boleh bawa orang datang sini yeayyy! Hopefully my blog boleh jadi reference untuk movie App War. Movie tu best okay. 

4. Audience


Bila tengok certain entry melonjak naik, jadi cuak pula datang dari negara lain tapi tak, memang dari Malaysia yang tengah dikuarantin haha. I mati2 ingatkan selama ni ramai pembaca guna mobile buka blog ni rupanya mostly pembaca guna laptop. So I don't have to worry lah dengan features blog mobile friendly ataupun tak. 

5. Bilangan Entri


Bulan ni walaupun tak menentu, I try jugak siapkan 50 entri sebab nak bilangan tu terus menaik cadangnya. Actually I update last minute so malam terakhir tu I update tajuk entry je lepastu isi update kemudian. Hahaha I nampak je komen tertinggal tapi sebenarnya tu sengaja ditinggalkan hahaha selekeh kan perangai tapi itu lah nak capai target punya pasal. 

Anyway thanks yang singgah dan baca semua tips dan tutorial I letak dekat sini. Yang baca review tu hopefully dapat bantu you guys buat keputusan untuk layan ataupun tak. Okay, stay at home and stay safe. 

11 comments

  1. Wah tahniahh farhana, Om doakan blog awak bulan 7 ni jadi 1 juta PV.

    ReplyDelete
  2. uwahhhhh so happy for you

    ReplyDelete
  3. Tahniah
    Tak lama lagi jadilah jutawan.

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. tak lama lagi jadi jutawan PV.. keep it up

    ReplyDelete
  5. hebatnya, 50 entry. kak pip kena baca entry2 semangat mcm ni, baru semangat nak tulis entry banyak2.

    ReplyDelete
  6. Wow.. Ohsem sangat.. Tahniah Farhana..

    ReplyDelete
  7. 50 entri sebulan? Nice okay..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.