Sebuah drama siri terbaharu Korea berjudul The World Of The Married telah mencipta sejarah JTBC apabila berjaya merekodkan rating tertinggi sewaktu episod pertama bersiaran. Beberapa sumber media tempatan juga menyatakan rating drama ini semakin meningkat dan trending di laman sosial setiap kali tayangan.
Turut mencatatkan rekod tersendiri,pada episod keenam, drama siri The World of The Married berjaya mendapat purata rating yang memberangsangkan iaitu sebanyak 18.8 peratus diseluruh negara dan 21.4 peratus bagi kawasan metropolitan Seoul.
Secara tidak langsung, drama ini berjaya mengalahkan rating terbaik drama Korea popular Itaewon Class yang hanya mencatatkan 16.5 peratus di seluruh negara pada episod akhirnya. Secara keseluruhannya,The World Of The Married kini berada di tempat kedua dalam sejarah saluran JTBC dengan rating tertinggi.
Turut menarik perhatian drama ini, bukan sahaja para peminat baharu drama Korea malah penggemar drama-drama siri Melayu dan Nusantara juga. Ternyata, drama siri Korea ‘The World Of The Married’ mempunyai kualiti dan tarikan tersendiri dengan jalan cerita yang penuh emosi, sehingga dapat membuka ruang yang lebih besar untuk menarik lagi ramai peminat drama.
Selain menayangkan drama Korea yang mempunyai banyak permintaan di saluran K-flix pada 28 April, filem Pengabdi Setan juga merupakan salah satu judul filem kegemaran ramai yang akan ditayangkan di iflix secara PERCUMA bermula 7 Mei nanti. Setia bersama iflix untuk menyaksikan pelbagai judul menarik yang akan ditayangkan secara percuma setiap minggu!
THE WORLD OF THE MARRIED
Genre : Drama
Pelakon : Kim Hee-ae, Park Hae Jun, Park Sun-young
Pengarah : Mo Wan-il
Percuma di iflix : 28 April 2020
SINOPSIS :
Drama ini bercerita tentang pasangan suami isteri yang mengalami masalah dalam kehidupan rumah tangganya kerana sebuah pengkhianatan, yang akhirnya membawa kebencian. Pelakon veteran Kim Hee Ae memegang watak sebagai Ji Sun Woo memainkan watak seorang anak Doktor. Jin Sun Woo bernikah dengan Lee Tae Oh (Park Hae Joon) dan mereka mempunyai seorang anak lelaki.
Ji Sun Woo menjalani kehidupan yang sangat sempurna dan dikelilingi dengan ahli-ahli keluarga yang sangat positif. Kehidupannya yang harmoni, membuatkan perasaan cinta dan kesetiaan terhadap suaminya memang tidak pernah berubah. Ketika beliau hidup dalam keadaan penuh bahagia, satu fasa dugaan yang dihadapinya telah mengubah segala persepsi mengenai suaminya. Meskipun Lee Tae Oh mencintai isterinya, tetapi dia telah hanyut dalam sebuah perhubungan yang sangat berbahaya dan membuatkan hubungan mereka tidak lagi bahagia.
Jalan cerita menarik dalam drama ini juga, tidak hanya menjelaskan kisah kecurangan seorang suami malah turut mengangkat kisah seorang isteri yang membalas dendam terhadap perbuatan suaminya yang berselingkuh...Memang cukup emosi!
‘Pengabdi Setan’ Mungkin Tersenarai Dalam ‘Checklist' Cerita Seram Anda.. Saksikan Pengabdi Setan Pada 7 Mei Nanti Percuma Di Iflix
|
Klik gambar untuk baca review |
Genre : Seram
Pelakon : Pelakon : Tara Basro, Dimas Aditya, Bront Palarae, Endy Arfian, Ayu Laksmi, Elly D. Luthan
Pengarah: Joko Anwar
Percuma di iflix : 7 Mei 2020
SINOPSIS
Rini bersama ibu bapa dan tiga adik lelakinya terpaksa tinggal di rumah neneknya di luar bandar selepas rumah mereka dijual untuk rawatan ibunya. Ibunya sakit selama tiga tahun setengah tanpa diketahui sebabnya. Selepas mak Rini meninggal dunia, ketakutan bermula apabila hantu wanita yang serupa dengan mak Rini menjelma.
ramai yg cakap drama korea tu best tapi rasa macam sakit hati pula bila tengok nanti kena skip dulu..haha
ReplyDeleteakak baru je berjaya ada akaun netflix sehari dua ni.... iflix pulak dahhh.... nak kena google dulu ni ...hahaha
ReplyDeleteTerjebak tengok cerita Korea tu sebab ramai sangat yang bercerita😂. Tertanya-tanya juga best ke ceritanya.
ReplyDeletedrama gini tak berapa minat, tapi sebab rating tinggi, maybe try kot...soon?
ReplyDelete