Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Pelakon : Faizal Hussein, Lisa Surihani, Natasha Elyzza, Lash Mokhtar, Anna Melissa, Oza
Genre : Seram / Misteri
Durasi Tayangan : 94 minit
Tarikh Tayangan : 26 Oktober 2019
Syarikat Produksi : Kl Motion Picture
Pengedar : Citra Exclusive / Astro Citra
Trailer :
Mengisahkan Dr Dina (Lisa Surihani) dan Dr Malik (Faizal Hussein) yang bertugas di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur. Dr Dina masih baru manakala Dr Malik sudah lama bertugas disitu dan berpengalaman. Mereka berdua sering bergaduh kerana berbeza pendapat tambah pula bila perangai Dr Malik yang tegas dan ego.
Suatu hari mereka menerima satu mayat (Natasha Elyzza) yang sangat cantik ditemui mati di kawasan paya lumpur. Dalam proses bedah siasat yang sedang dilakukan satu-persatu susuk emas mayat itu dijumpai Dr Dina. Dr Dina dan Dr Malik kembali bergaduh apabila mereka berbeza pendapat mengenai susuk berkenaan.
Dr Dina bagitahu yang mereka perlu buang semua susuk emas sebelum bersihkan mayat tapi Dr Malik malas dan buat kesimpulan yang mayat tu mati lemas. Dr Dina tetap dengan pendirian dia yang kemungkinan susuk emas tu punca kematian disebabkan chemical yang ada pada emas tersebut. Dr Malik pula anggap semua tu melecehkan dan buang masa. Bagi dia jarum emas yang dipakai sesetengah orang cuma beauty agent dan trend kegilaan orang untuk cantik sahaja.
Dalam masa yang sama nurse yang bantu Dr Dina, Suzie (Anna Melissa) ambil kesempatan dengan curi beberapa jarum emas. Sangkanya dapat bantu dia bayar hutang lepas dipajak tapi malang berlaku bila hantu si cantik mahukan susuk dia kembali. Pak Karjo (Oza), guard di situ yang bertugas untuk shif malam kenal dengan mayat tersebut bila mayat yang dijumpai Tuan Rashid (Lash Mokhtar) tu di Paya Kubur.
Dr Dina bagitahu yang jarum emas di dalam muka dan kepala mayat dah dibuang tapi jarum emas tu tetap ada seolah dia tak usik langsung pada awalnya. Setelah susuk itu dicabut bermulalah gangguan untuk mereka berdua bila roh pemilik susuk itu mahukan semua susuk di badannya di keluarkan supaya dia dapat mati dengan tenang.
Namun hantu di susuk berkenaan tidak mahu susuk berkenaan dikeluarkan. Pak Karjo mula diganggu kerana mereka mempunyai kisah silam bersama manakala Suzie pula mati dibunuh lepas diganggu hantu tersebut.
Jalan cerita Dah Mati Pun Cantik agak berbeza dengan kisah hantu yang lain bila bertemakan susuk emas. Tapi tak lah seseram movie Ida Nerina yang mengangkat kesaktian susuk berlian dan garapannya lebih cantik. Untuk telemovie tayangan umum, telemovie Dah Mati Pun Cantik lebih santai dan tak mendalam penceritaannya.
But still I do enjoy the craft bila skrip dibikin cantik dengan panduan dari beberapa orang doktor dari Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur sendiri. Hasilnya perbalahan Dr Dina dan Dr Malik nampak berilmiah dan bukan sembang kosong semata. Cara mereka berdua buat kerja semasa proses autopsi pun nampak berpengalaman.
Impressed dengan lakonan Lisa sebagai Dr Dina sebab dia dah makin pandai berlakon dan deliver watak dengan baik. Tapi tak faham kenapa dia perlu hiburkan diri dia masa bersihkan mayat dengan lagu Suriram. Cari lah lagu lain yang rancak. Meremang bulu roma bila dia nyanyi lagu Suriram dengan background music which quite creepy.
For a telemovie visual quite okay and bearable, music score pun kena dengan genre telemovie ni. Scene seram pun menjadi especially time Dr Malik terperangkap dalam bilik mayat dan scene Suzie diganggu hantu. For a family entertainer and fans of horror story, this one is a must watch.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10
sape tu?? untungnya lahai mati pun cantikk..
ReplyDeletemacam menarik.. tapi tak ada geng nak tengok.. hahaha..
ReplyDeleteBagi aku, skrip lemah sangat.. berapa orang staf yang kerja.. tak ada pula usaha nak hidupkan lampu.. aduiiii.. pengarah syok sendiri.. jimat kos..
ReplyDeletehahahaha Idk berapa ramai orang untuk syif malam so I just go with the movie. Pasal lampu tu anggap je lah hantu dah tutup lampu hahaha telemovie so malas nak layan heavy sangat.
Delete