Movie Review | Yeh Salli Aashiqui (2019)

Tuesday, 31 March 2020


Director : Cherag Ruparel
Writer : Vardhan-Cherag
Cast : Vardhan Puri, Shivaleeka Oberoi, Pulkit Bangia, Jessey Lever, Ruslaan Mumtaz 
Production Company : Amrish Puri Films, Pen India Limited
Genre : Romantic / Thriller
Running Time : 137 minutes
Release Date : 29 November 2019
Trailer :


Sahil Mehra (Vardhan Puri) jatuh cinta pandang pertama dengan si cantik Mittee Deora (Shivaleeka Oberoi) bila Mittee masuk ke kelas sebagai pelajar baru. sama-sama belajar dalam bidang hospitality di Bristol Institute College Shimla.

Awalnya Sahil macam malu-malu untuk mulakan langkah sebab dia tahu Mittee anak orang berada dari bandar besar, tak mungkin la nak syok dekat dia. Tapi nasib dia bertuah bila Mittee sndiri yang mulakan perbualan dan ajak dia spend time ambil angin dekat luar kelab sementara kawan-kawan yang lain have fun.


Makin lama makin banyak persamaan dan Sahil dengan Mittee mula jatuh cinta. Masa birthday Sahil Mittee cadangkan untuk menderma dalam satu pertubuhan NGO yang bantu ramai anak-anak yatim, Muskaan NGO. Disebabkan Sahil terharu dengan Mittee yang pemurah, dia derma jumlah yang agak besar dekat Muskaan NGO.


Tapi bila dah lama kenal ni mula la perangai sebenar terserlah. Sahil mula nampak yang Mittee menipu bila dia sakit kepala dan skip lecture. Kebetulan Sahil pergi bilik musuh dia, Jehan (Pulkit Bangia) untuk settlekan bil pizza tapi tak sangka dia nampak Mittee tengah merokok dalam bilik Jehan. Puas Mittee pujuk bagitahu yang dia tengah down bila dapat tahu nenek dia sakit. 


Sahil maafkan tapi bila masuk kali kedua dia nampak Mittee bermesra dengan Jehan, Sahil jadi baran sampai ignore Mittee tambah pula bila alasan dia tak masuk akal. Masa exam Sahil bagitahu Venu (Jessey Lever) yang Mittee meniru. Venu buat aduan dengan lecturer sampai Mittee dipanggil ke bilik pengetua. Pihak kolej cuma akan beri 35% markah final dan selebihnya terletak pada usaha Mittee.


Bila Mittee dapat tahu Sahil punca dia hampir dibuang dari kolej, Mittee plan untuk kenakan Sahil sampai dihantar ke hospital sakit mental Shimla. Sahil dibuang keluarga, kawan-kawan dan hilang masa depan walaupun dia salah seorang bright student di kolej tu.


Masa decide untuk tengok movie ni tak tengok pun trailer dia. Just pick random je tapi tak sangka pulak movie ni ada twist yang whoaaa! First half nampak cerita cinta klise antara Sahil dengan Mittee tapi bila masuk second half dok tunggu apa plan Sahil untuk balas dendam dengan Mittee. Keadaan mental Sahil pula dah banyak terjejas dek peristiwa hitam ditipu Mittee.


Movie ni disandang oleh pelakon baru – Vardhan dan Shivaleeka tapi dua-dua bagus dengan watak masing-masing, chemistry pun cantik. Thumbs up untuk Vardhan sebab bawa dua watak berbeza pada second half. Walaupun baru tapi dia mampu portray dua watak walaupun ada scene dia nak kita nampak yang Sahil adalah Sahil walaupun dia cuba jadi Surya yang ganas dan biadap. Shivaleeka kalau dapat peluang macam Ananya, we can bid goodbye for Annie Pie forever. Serious talk.


Brownie points untuk Vardhan sebab penulisan skrip ni fresh dan menarik.Plot disusun cantik dari kisah percintaan kepada psychotic breakdown, rahsia lama Sahil yang membunuh parents dia dan bertukar ke episod balas dendam terhadap Mittee. Scene majlis pertunangan Mittee dengan Anuj (Ruslaan Mumtaz) the best lah. Padan muka Mittee!


Visual agak average untuk movie Yeh Salli Aashiqui sebab pembikinan dengan bajet rendah tapi tak mengganggu penceritaan pun. Vardhan pay tribute kepada atok dia, Amrish Puri dalam movie DDLJ bila dia bagi makan burung merpati.


Music score best dan sesuai dengan jalan penceritaan sama ada first half ataupun bila bertukar thriller mode. Suka lagu romantic Hawaa Banke nyanyian Armaan Malik.


All in all I really loved this movie. Yang mana suka tengok cerita cinta thriller boleh tengok movie Yeh Salli Aashiqui. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.