Movie Review : Suatukala : Timun Mas & Ijo

Saturday, 21 March 2020


Pengarah : Shamyl Othman
Penulis Skrip : Hadi M. Nor
Pelakon : Thalia Ivanka Elizabeth,  Prisia Nasution, Kishok Kumar, Fasha Sandha, Fikry Kiki,
Genre : Fiksyen
Durasi Tayangan : 71 minit
Tarikh Tayangan : 1 Ogos 2019
Syarikat Produksi : Red Communications Sdn Bhd
Pengedar : Astro First
Trailer :


Sequel dari movie Suatukala yang mengisahkan perpecahan dua bangsa dalam sebuah negeri Inderaloka  yakni Indera yang mempunyai kuasa luar biasa dan Loka manusia biasa. Bertemakan cerita rakyat serumpun yang diinspirasikan dari ceritera rakyat Jawa, Indonesia.


Kali ni penceritaan bertempat di daerah Sisir Mawar, Mak Andeh (Fasha Sandha) dan dua orang pembantunya Mat Jenin (Fikry Kiki) dan Ijo (Kishok Kumar) bertemu dengan Mbak Sarini (Prisia Nasution) di sebuah rumah kampung yang terpencil di hutan tu.


Mbak Sarini mengusahakan dusun kecil di keliling rumah sebagai punca rezeki tapi sayangnya tak ada satu pun yang menjadi. Mbak Sarini salahkan tanah yang tak subur tapi Mak Andeh bertegas bukan salah tanah tapi benih yang tak elok. Lalu Mak Andeh berikan benih-benih ajaib yang mampu tumbuh dalam apa jua keadaan kepada Mbak Sarini dengan syarat Mak Andeh akan ambil hasil tuaian yang paling berharga dari benih-benih yang dia bagi.

Mbak Sarini cuma mengangguk bersetuju disebabkan tak faham dan tak sangka yang benih dia akan menghasilkan seorang bayi berkuasa luar biasa. Disebabkan bayi tu datang dari benih timun, Mbak Sarini namakan bayi tu sebagai timun Mas.


Tak lama lepas tu Mak Andeh datang menuntut janji tapi Mbak Sarini merayu untuk besarkan Timun Mas. Disebabkan kebolehan Mbak Sarini menjaga tanaman dengan subur dan mampu jaga Timun Mas, Mak Andeh setuju untuk lanjutkan tempoh perjanjian dan hadiahkan dua kantung sakti. Satu kantung mengandungi duri-duri yang akan mewujudkan dinding dan satu kantung lagi mempunyai garam yang akan melemaskan penyerang.


Sebelum Mak Andeh pergi dia bagi amaran yang Ijo akan merampas Timun atau menyakiti Mbak Sarini kalau dia cuba untuk mungkir janji lagi. Sejak dari hari tu, Mbak Sarini ajar Timun Mas supaya berdikari dan jadi kuat supaya tak dimakan Ijo.


Tapi Mbak Sarini risau dengan Timun Mas bila dia seorang yang manja dan pemalas. Dia lagi suka habiskan masa dengan itik kesayangan dia, Kedek. Timun Mas ada kebolehan bercakap dengan binatang. Mbak Sarini tak hairan sebab dia tahu anak dia luar biasa orangnya. Datang dari kaum Indera bak kata Mak Andeh.


Jalan cerita Timun Mas dan Ijo ni lebih panjang dari movie Suatukala yang dipecahkan kepada 3 kisah pendek. Cuma tak pasti Mak Andeh ni dari golongan Indera yang jahat ataupun bersama Sultan. Tapi bila tengok scene pendek lepas credit, dah boleh agak dia di pihak yang mana.

Visual Suatukala cantik macam yang pertama cuma CGI nampak lemah especially scene dekat gaung bila Timun Mas dan Ijo terperangkap dan cuba untuk keluar bersama. Hey but the poster is lit! Same goes for other visual effects bila watak-watak dalam Suatukala guna magic. 



Wardrobe team did their best with costume zaman dulu kala. Suka tengok wardrobe Mak Andeh sebab dia membawa watak seorang yang anggun dan jelita. Kata Fasha dia ambil inspirasi dari watak Angelina Jolie dalam Maleficient. For me, pertaruhan dia menjadi. Tapi kalau bab lakonan Fasha Sandha memang tak pernah gagal. That’s why I’m a fan for her talent.


Not much for music score since soundtrack Teruskan Mencuba nyanyian Syamel, Masya, Wafiy dan Erisa tak selalu muncul tapi ada satu music sedap dekat hujung movie macam tune dalam Kaho Naa Pyaar Hai, sama macam movie Suatukala dulu.

Overall for a light genre macam Suatukala, I enjoy layan penceritaan Timun Mas dan Ijo. Tak sabar nak tunggu next step Mak Andeh dan pencarian bangsa Indera yang menyembunyikan diri.


1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.7/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.