Movie Review : How To Train Your Dragon 3

Wednesday, 1 April 2020


Director : Dean DeBlois
Writer : Dean DeBlois
Cast : Jay Baruchel, America Ferrera, Cate Blanchett, Craig Ferguson, F. Murray Abraham, Gerard Butler
Production Company : DreamWorks Animation Dentsu, Fuji Television
Distributor : Universal Pictures
Genre : Sci-Fi/Adventure/Action
Running Time : minutes
Release Date : January 3, 2019 (Australia)
February 22, 2019 (United States)
Trailer :



Setahun selepas Hiccup (Jay Baruchel), Toothless dan naga-naga lain dibimbing oleh ibu Hiccup, Valka (Cate Blanchett) kota Berk makin dipenuhi dengan naga-naga yang diselamatkan dari pemburu. Hiccup cuba yakinkan Astrid (America Ferrera) untuk join dia cari negara naga yang tersebunyi dari pandangan manusia lain. Dia percaya negara tu wujud sebab mendiang ayah dia, Stoick (Gerard Butler) sendiri yang tunjuk peta masa dia kecil dulu.


Kota Berk pun dah tak mampu nak tampung jumlah naga yang makin bertambah setiap kali mereka selamatkan naga dari pemburu.  Dalam masa yang sama, seekor Fury betina berwarna putih ditangkap oleh pemburu yang diketuai Grimmel the Grisly (F. Murray Abraham) lalu menggunakan Fury untuk umpan si Fury jantan – Toothless si alpha semua naga. 


Toothless jatuh cinta pandang pertama dengan White Fury bila terjumpa di hutan sampailah Hiccup muncul menyebabkan Light Fury lari dari situ. Tak lama kemudian Grimmel muncul dan serang Hiccup di rumahnya sampai musnah terbakar. Grimmel bangga dengan tindakan dia bunuh semua naga baka Fury dan tak ada belas kasihan dengan naga-naga yang wujud. Though I really wondered why he needs to kill all of them? For fun and self-pleasure? Revenge? Appraisal? 


Hiccup ambil keputusan untuk bawa semua keluar dari kota Berk. Sangkanya dia buat keputusan tepat dan itu masa yang sesuai untuk cari tempat baru bila pemburu dah tahu tempat mereka kumpulkan naga. Tapi bagi Grimmel plan dia dah berjaya untuk umpan mereka keluar dari tempat dan mudah untuk dia serang dan culik naga-naga lain. 


Franchise yang diadaptasikan dari novel bersiri karya Cressida Cowell ni antara franchise yang best untuk ditonton tak kira usia. Even as adult, I do enjoyed this movie from the first until the last installment. Team production How to Train Your Dragon wujudkan scene emotional dengan dialog yang heart-hitting  di antara Toothless and Hiccup. 


Of course emotional bila Hiccup kena lepaskan Toothless bila dia dah jumpa pasangan hidup. Emosi bila tengok Toothless dah ready nak terbang dengan kepak buatan Hiccup bila jatuh cinta dengan White Fury. Awal movie Hiccup dah highlight yang dia tak mampu menang tanpa bantuan Toothless. Ada scene Hiccup tanya ‘Am I not enough’ dekat Toothless tapi Toothless terlampau immerse dengan keindahan hidup berpasangan.


Dalam movie ni juga Hiccup belajar untuk jadi berani dan kuat tanpa Toothless. Sebagai ketua lambat laun dia kena buktikan pada Kota Berk yang dia layak sebagai ketua Viking. Unlike previous installment, kali ni Valka ada screentime lebih dan kemunculan dia nampak lebih bermakna untuk Hiccup. Dia ada prinsip yang sama dengan Astrid bila dia tekankan anak dia perlu yakin dengan diri sendiri dan perlu berdikari tanpa Toothless. 


Visual movie of course top notch. Paling suka bila tengok keindahan visuals dan sinematografi masa scene Hiccup, Astrid dan Toothless di Hidden World. Certain scenes nampak macam real dan terlupa sekejap yang tengah tengok anime. Mating rituals naga nampak comel sangat. 




Last installment nampak sarat dengan mesej friendship, leadership dan juga kekeluargaan for kids but nothing much in storyline sebab kita dah familiar dengan konsep ni bila karya Dreamworks yang lain guna konsep yang sama. Terlampau ringkas dan basic. Nevertheless visuals are stunning!  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8.9/10

4 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.