Movie Review : Hotel Mumbai

Tuesday, 3 March 2020


Director : Anthony Maras
Writer : John Collee, Anthony Maras
Cast : Dev Patel, Armie Hammer, Nazanin Boniadi, Tilda Cobham-Hervey, Anupam Kher, Jason Isaacs, Suhail Nayyar
Production Company : Thunder Road Pictures
Distributor : Bleecker Street (United States), Icon Film Distribution (Australia), Zee Studios, Purpose Entertainment (India)
Genre : Action/Thriller
Running Time : 125 minutes
Release Date : 7 September 2018 (TIFF)
14 March 2019 (Australia)
22 March 2019 (United States)
29 November 2019 (India)
Trailer :


Diadaptasikan dari tragedi sebenar yang menimpa Hotel Taj Mahal, Mumbai di India pada tahun 2008 bila sekumpulan pengganas Lashkar-e-Taiba masuk dan menembak secara rambang pada malam 26/11. Tragedi berdarah ni antara sejarah hitam yang paling tak mampu dilupakan oleh negara India bila 160 orang ditembak mati.


Cerita bermula dengan plan sekumpulan pengganas yang berinteraksi dengan ‘ketua’ melalui telefon tiba di bandar Mumbai. 6 orang attack bandar Mumbai, 2 orang lagi di jalanraya, 2 lagi di stesen keretapi. Dalam masa yang sama staf Hotel Taj tengah busy buat persiapan untuk sambut tetamu VIP, Zahra (Nazanin Boniadi) dan David (Armie Hammer) bersama anak sulung mereka yang baru sahaja lahir dijaga oleh nanny (Tilda Cobham-Hervey).


Ketua Chef Taj, Hemant Oberoi (Anupam Kher) sibuk di dapur briefing staff dia dan arrange siapa yang akan entertain VIP guest. Arjun (Dev Paatel) yang tiba lambat dan berselipar merayu supaya tak dihalau keluar. Isteri dia tengah sarat mengandung , nak tak nak dia kena juga dapatkan gaji dan tips dari hasil kerja dia pada hari tu. 

Walaupun Hemant nampak tegas tapi dia tahu Arjun tak sengaja since Arjun antara yang terbaik di situ tapi dia terpaksa letak Arjun di bahagian dining hall biasa instead of bilik VIP dari Rusia yang akan bagi tips yang tinggi.

Malam bila serangan berlaku, bila Zahra dan David tengah sakit hati dengan perbualan businessmen, Vassili (Jason Isaacs) di dining hall. Bila Arjun nampak guest kena bunuh dekat lobby, dia arahkan staff lain untuk tutup lampu dan sembunyi di bawah meja.


Keadaan di bahagian lobi dan receptionist jadi huru-hara bila ramai yang ditembak mati tanpa belas. First half movie kita tak didedahkan apa sebenarnya motif pengganas ni menceroboh masuk ke Taj tapi bila dah tengok banyak movie bertemakan terrorism, dah tahu yang kumpulan ni marah dengan pendosa. Masuk second half lepas ramai customer dan staf dibunuh dari bilik ke bilik, ‘ketua’ mereka arahkan untuk cari foreigner kaya sebagai tebusan.


Bila keadaan makin reda, David secara berhati-hati keluar dari dining hall untuk selamatkan baby dia di tingkat 4 dalam bilik bersama nanny. Hemant pula dah advise staff dia untuk keluar guna pintu belakang dengan selamat ataupun stay dengan dia selamatkan customer hotel sebab bagi mereka, ‘Guest is God”.


Movie ni tak sepenuhnya ikut cerita dan pengalaman asal Hemant Oberoi yang sebenar tapi Anthony Maras berjaya hidupkan ketakutan yang amat sangat dari awal movie hingga hujung. Tak ada satu moment pun yang ditayang berunsurkan heroism. It’s real, savage and horrifying! 

Pengganas yang membunuh semuanya budak muda dalam linkungan 20-an, senang diprovok, brain-washed dan termakan dengan konsep jihad yang terpesong. Ada scene director tunjuk salah seorang dari diorang call family tanya duit dah masuk ataupun belum. Most of them yang join sebab nak duit akibat kemiskinan yang melampau.


Bercampur baur emosi dan professionalism dari awal serangan sampai skuad khas datang selamatkan mangsa. Masa kejadian ni, kelemahan kerajaan bila lambat hantar bantuan walaupun dah ramai yang terbunuh. Kedutaan negara lain pun macam tak masuk campur walhal rakyat negara diorang yang jadi target.


Pihak polis tinggal beberapa orang untuk kawal selia keadaan bila menteri dan VIP dah book untuk jaga keselamatan masing-masing di rumah. Skuad khas dari Delhi pula ambil masa yang lama untuk sampai. Tak faham kenapa kerajaan tak minta bantuan askar sebab polis biasa tak mampu nak handle kumpulan pengganas.


Tapi pujian kepada staf Hotel Taj yang tak panik dan utamakan keselamatan customer. Nampak masing-masing dah tahu SOP waktu kecemasan walaupun badan dah menggigil, mata dah berair. Dalam movie ni taka da music score langsung tapi digantikan dengan bunyi tembakan, orang awam merayu supaya tak dibunuh, tangisan dan doa supaya selamat.



Impressed jugak dengan struktur binaan Hotel Taj even lepas beberapa letupan besar pun tetap kukuh. Elektrik pun still on walaupun bergegar kuat. Chamber's Lounge tempat paling selamat di Hotel Taj. One of the reason kenapa ramai yang boleh selamat. Second half boleh nampak visual team masukkan footage sebenar pada hari kejadian bersilih ganti dengan situasi dalam movie.


Hotel Mumbai movie terbaik untuk gambarkan sifat kemanusiaan dalam saat cemas. antara nyawa dan kemanusiaan, staf hotel Taj korbankan nyawa sendiri untuk selamatkan nyawa yang lainnya. Walaupun tragik tapi tetap berjaya deliver message tambah pula bila movie ni diadaptasi dari kejadian sebenar, some scenes and emotions melekat dalam kepala. Recommended.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

18 comments

  1. Menariknya kalau cerita macam ini.. berkaitan dengan kemanusiaan..

    ReplyDelete
  2. kisah benar.
    aida sgt suka tonton movie berkisar dari kisah benar.
    thrill nyer berbeza bila kita menontonnya.
    tq fana for recommending.

    ReplyDelete
  3. This movie has interesting storyline. I would also like to watch it. Natasha Liu Bordizzo ada blakon movie nie kan? Huhuhu.

    ReplyDelete
  4. Thank you for the review. Saya memang suka baca review dulu sebelum tengok movie.

    ReplyDelete
  5. Macam best je. Suka tengok action movie. Kalau Hindustan berlakon memang menusuk kalbu.

    ReplyDelete
  6. tengok trailer kat youtube macam best je jalan cerita. bila dah baca review, senang sikit nak faham jalan cerita kan

    ReplyDelete
  7. Menarik sinopsis n jalan cerita.. tingginya markah yg diberikan.. AM pun tertarik rasa nak menonton

    ReplyDelete
  8. Ic dr kisah benar rupanya. Awak memang kali movie sungguh ye. Jeles kita sb tak sempat nak tonton movie walaupun hanya di layar lappy. Nice, sis suka awak review. Kalau sis mcm buat sinopsis movie je. Nanti sis tonton ya.

    ReplyDelete
  9. Nampak menarik jalan cerita movie Hotel Mumbai ni. Tak tahu pula cerita ni berkisarkan kisah benar. Nanti nak cari movie ni dan tengoklah

    ReplyDelete
  10. Okay kena letak dalam list night movie date dengan husband ni macam ni sebab baca pon dah best apa lagi tengok nanti kan

    ReplyDelete
  11. Sis dah tgok dah cite ni, memang best, true story. Boleh tgok lagi ni

    ReplyDelete
  12. Alaa tak tengok lagi cerita ni. Kena tunggu free baru feel nak tengok. Tq review this movie

    ReplyDelete
  13. Uish macam menarik cerita ni. Tragis betul. Iza suka jugak tengok cerita yang berkisarkan cerita sebenar. Boleh masuk list nak tengok ni.

    ReplyDelete
  14. Fuh.. hotel mumbai.. cam best je.. harap ada kat netflixxx nanti. Boleh layan.

    ReplyDelete
  15. menarik sangat..boleh cuba cari nanti..atau tunggu masuk netflix, serius akan tengok...ingatkan tau!

    ReplyDelete

  16. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D

    ReplyDelete
  17. Ingat-ingat lupa, rasanya saya da pernah tengok movie ni. Memang best ! Musim skg ni kita tgk movie terus heheh

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.