Sejauh mana kita akan pergi untuk protect yang tersayang? Movie yang bertemakan #MeToo di India mengisahkan tentang Nanki Dutta (Kiara Advani), bright student di St. Martin college dan juga penulis lirik kepada Dobydoo band cuba pertahankan kekasih hati dia, Vijay a.k.a VJ Pratap (Gurfateh Singh Pirzada) bila dituduh merogol Tanu Kumar (Akansha Ranjan Kapoor) pada hari Valentine’s Day di Twitter.
Parents VJ hire lawyer terbaik untuk defamation case terhadap Tanu dan Danish Baig (Taher Shabbir) dilantik untuk handle case. Dia cuba dapatkan basic evidence daripada VJ, Nanki, KP (Chayan Chopra), Hardy (Adhish Khanna) dan Tashi (Tenxin Dralha) sebab diorang satu band dan paling rapat dengan VJ.
Malam kejadian Tanu dirogol, Tashi ceritakan yang semua tengah have fun dekat Trascend Fest and most of them dah high dengan weed dan arak. Even Tanu pun sama. Semua orang tahu yang Tanu cuba nak sailang VJ dari Nanki. Sebelum passed out, Tashi nampak VJ, KP dan Tarun (Shray Rai Tiwari) pergi ke bilik VJ dengan Tanu.
From his point of view, nampak yang Tanu sendiri willing to go there and have sex with VJ. Tapi dalam tweet Tanu, dia letak hashtag #NoMeansNo #EvilLaughter #MeToo. Danish syak Nanki dengan VJ berkomplot untuk buang Tanu dari kolej sebab Tanu biadap dan suka cari pasal sampai nama Nanki kena blacklist di kolej.
Tapi Nanki tak ada niat pun untuk buat jahat kepada Tanu sebab dia lebih fokus untuk final dan thesis. Tambah pula bila dia nak pursue study dekat Rhodes. VJ pula cuba yakinkan Nanki untuk stay sebab dia dah messed up gara-gara weed dan alcohol. Lepas tweet Tanu dapat perhatian group aktivis di St Martin, makin menjadi-jadi perangai dia untuk jatuhkan VJ sampai ramai yang syak Tanu sengaja buat cerita supaya VJ tanggung yuran pengajian dia di St Martin.
Masuk movie Guilty ni, dah dua movie I tengok karya Atika Chohan and I’m not impressed with her writing at all. Sama macam Chhapaak, movie Guilty seems confused and lost. Flashback and present scene bersilih ganti sampai hilang mood nak tengok. It is better kalau fokus kepada malam kejadian je rather than mix kisah cinta Nanki dan Vijay.
Bila dah banyak movie bertemakan #MeToo, kita pun jadi bosan plus there is nothing new to the story. Writers cuba build up tensions between characters tapi it quite messed up. Rather than engaging, it became exhausting sebab kita dah tahu the culprit sebab permainan director nampak tak menjadi.
Stay sebab nak tahu apa maksud hashtag Nanki je bila dia yang beria nak tidur dengan VJ tapi berubah kepada kes rogol pula. Watak Danish pun buat kita keliru at first tapi bila dah masuk second half baru tahu yang dia rupanya representative lawyer.
Plot twist dia cantik lah bila writer cuba shift direction untuk nampak Danish ada sesuatu bila dia terlampau tekan Nanki sampai mental health Nanki jadi tak stabil. But the exaggeration is just too much sampai team Guilty lupa nak kembangkan watak utama – VJ. He’s the core story not Danish. Well at least that’s how the team portrays the story in trailer. Danish is the key for us to know what happened that night.
Hujung movie baru nampak menarik bila Nanki slowly mula ingat apa yang jadi malam kejadian tu. Bila warden hostel cerita apa yang jadi dekat Tanu. Bila parents VJ mula masuk campur dan Danish dapat crack kronologi lepas berjumpa dengan Tanu dan lawyer dia.
I’m impressed with visuals but quite disappointed with music score sebab they’re a band tapi kita tak dapat dengar satu pun lagu yang best dari Dobydoo band padahal dah dua kali fest dah dalam movie ni. Not even a soundtrack. Ada la sikit team ni nyanyi tapi sikit je lah.
Though jalan cerita agak confusing tapi not bad lah kalau nak layan secara santai plus I okay je kalau nak layan movie Kiara. Sebelum ni tak dapat screentime banyak tapi dalam movie Guilty dia memang menyerlah dan deliver yang terbaik untuk watak Nanki. Her spunk and attitude. Wardrobe team did great in this movie. Love the social message and spirit dekat hujung movie. Thumbs up.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10
I didn't watch this movie. Moreover, I didn't know about this movie at all. Although, the plot seems to be interesting. Maybe, I will watch it this evening.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
I didn't watch this movie. Moreover, I didn't know about this movie at all. Although, the plot seems to be interesting. Maybe, I will watch it this evening.
ReplyDeleteberat gak cite ni
ReplyDeletebetul jugak ek, kalo ada characters boyband, kena la naikkan juga ciri2 tu dalam filem...
ReplyDeleteHurm.. tema yang menarik.. mesti lagi best kalau diorang buat dengan bersungguh macam Farhana cakap tu..
ReplyDelete