Movie Review | Chhapaak

Saturday, 14 March 2020


Director : Meghna Gulzar
Writer : Atika Chohan, Meghna Gulzar
Cast : Deepika Padukone, Vikrant Massey, Madhurjeet Sarghi, Vishal Dahiya
Production Company : Fox Star Studios, Ka Productions, Mriga Films
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Drama
Running Time : 120 minutes
Release Date : 10 January 2020
Trailer :

'I want to see him. I want to know why he did it. There's evil in each of us, that is certain...But how does one succumb to evil so completely that they totally lose control?'

Movie yang bertemakan acid attack survivor, diadaptasikan dari tragedi hitam yang menimpa Laxmi Aggarwal pada tahun 2005, di depan pasar semasa menunggu bas untuk pulang ke rumah selepas bekerja di kedai buku. Alasan si lelaki? Laxmi tolak cinta dia walhal umur Laxmi baru 15 tahun.

Image

Movie bermula dengan Malti (Deepika Padukone) meraung kesakitan selepas disimbah asid dan dibawa ke hospital untuk dapatkan rawatan. Polis dalam masa yang sama cuba untuk cari suspek. Disebabkan keadaan kulit muka Malti yang mencair, tak banyak yang dia dapat cakap kecuali lelaki naik motor dan selendang biru. 


Lepas beberapa sesi soal siasat, pihak polis tahan jiran Malti, Bashir Khan (Vishal Dahiya) atau mesra dikenali oleh Malti sebagai Babbu Bhaiya. Bersubahat sekali dengan dia ialah adik perempuan dia sebab tu ada selendang biru. Tapi sayangnya walaupun dengan bukti kukuh dari polis dan statement dari Malti, Bashir tetap diberi ikat jamin oleh mahkamah. 


Bashir boleh bekerja macam biasa, berkahwin dan bahagia dengan anak dia tapi Malti hilang semangat untuk hidup bila muka rosak, malu nak berjumpa dengan orang, tak dapat sambung belajar apatah lagi bekerja. Lawyer Malti, Acharna Bajaj (Madhurjeet Sarghi) pujuk untuk fight balik. Dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi ke supreme court sampai keadilan berpihak pada Malti. 


Malti buat plea untuk ban penjualan acid tapi agak mustahil untuk mahkamah luluskan bila acid adalah keperluan asas untuk kerja-kerja mencuci. Lawyer attacker pun pandai spin untuk defend client dia walhal ada bukti kukuh. Malti join Amol (Vikrant Massey) tubuhkan Chaaya Foundation, NGO untuk bantu acid attack survivors. Media pun tak kisah sangat dengan kes acid attack tak macam kes rogol. Ada je kes acid attack sampai korbankan nyawa.


Though the real story of Laxmi quite emotional and heart-drenching tapi dalam movie tak lah sarat dengan emosi sangat. Lakonan Deepika agak plain, failed to emote as always. Scene kembar dan Hardeep kena simbah acid lagi convincing and terrifying compared to Deepika's scenes.


Movie ni agak slow, bila main character tak mampu deliver rasa lemau jugak lah tunggu bila nak habis. Scene dalam court nampak menarik cuma tak strong sangat especially scene dekat hujung movie sebab Deepika tak deliver any dialogues pun just buat flashback sebelum kejadian.


At some point rasa lost jugak mana movie ni nak pergi sebab judging from the trailer, #Chhapaak ceritakan tentang kesakitan Malti tapi kita tak dapat nak rasa sangat pun. Konflik keluarga pun tak berapa ditekankan sangat padahal tu antara faktor Malti lemah semangat. Movie genre drama tapi tak ada drama. 


Watak Amol pun tak digarap elok and just like Shahid in Padmavaat, his character looks weak. Bakat tersia macamtu je walaupun watak utama. Unnecessary sangat letak kissing scene, should be better with any inspiring quotes sebab lepas Laxmi jatuh cinta, confidence level dia bertambah.


Quite disappointed dengan Meghna sebab movie Talvar pun guna konsep naratif cerita flashback & current bersilih ganti tapi penceritaan dan emosi tak terganggu. Meanwhile this one failed miserably, movie tak rasa hidup even Malti happy sangat bila menang kes ataupun masa plea dia ada perkembangan positif. 


No wonder rating IMDB rendah walaupun Deepika claim sebab tangan jahat yang sengaja nak rosakkan movie dia tapi tanpa tangan jahat pun movie dia tak boleh pergi jauh. Tambah pula bila dia sebagai producer tak bagi credit kepada lawyer Laxmi sampai court ban movie ni ditayangkan.


Visual quite okayish sebab ada scene yang perlukan camera memainkan peranan tapi tak digunakan peluang sebaiknya. Music score pun tak menambahkan emosi, average even ada single track dari Arijit Singh. 


Thank God team production dah berjaya recover dari digital distribution. For Deepika's fans, movie ni a must watch lah sebab Deepika keluar dari zon selesa dia. Yang suka genre drama pun boleh tengok movie ni cuma jangan letak expectation tinggi

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.5/10

17 comments

  1. Great review Pana, kesian jugak Laxmi sebab dia muda sangat, kira umur 15 tu nak happy-happy tup tup jadi mangsa simbah asid sebab jantan kebaret yang jenis hati tisu tak boleh kena reject.

    Sepatutnya movie ni kena usaha lagi sebab ye lah, nak penonton tahu diorang punya derita and nak bagi semangat untuk semua mangsa simbahan asid untuk fight for their life, even if nak tambah segala lovey dovey scene pun jangan melebih-lebih.

    ReplyDelete
  2. sure nangis kalau tgk citer ni huhu

    ReplyDelete
  3. kisah benar tu mesti lagi menyayat hati dari drama ni kan...huhu

    ReplyDelete
  4. Ya Allah nengok pun seram laa...nanti nak try lee tengok..tapi tu le, Sis paling tak suka ada filem ke cerita yang ada mahkamah ni, errrr

    ReplyDelete
  5. Macam menarik je cerita ni. Suka tengok cerita based on true story. Kesian Laxmi.

    ReplyDelete
  6. Alang-alang cuti ni boleh masuk dalam movie list lah untuk ditengok.. Suka tengok cerita yang genre macam ni even tak suka sangat cerita bahasa Tamil ni hehe

    ReplyDelete
  7. cerita kalau berbasedkan pada cerita benar, sy suka tengok. thank you for review. ada masa kita layan

    ReplyDelete
  8. kesian kat laxmi but she truly is a strong survivor..best la cite base on true story ni... nak tgk la nnt ... thanks for the review sis...

    ReplyDelete
  9. Wah bagusnya review dia.Nampak menarik cerita ni bila awak cerita :D

    ReplyDelete
  10. Jalan cerita berat..dan sebenarnya best sebab boleh pergi jauh..

    ReplyDelete
  11. Eh nak tengok la movie ni. Kak min suka movie yg based on true story. Tapi serious laa..kesian mangsa sebenar tunkan? Huhu hidup dia musnah sebab kebodohan dan kejahatan org huhu..cinta mana boleh dipaksa lagi pun budak lagi. Umur 15 thn dulu2 apa la sgt yg tau huhu

    ReplyDelete
  12. sedihnya tengok keadaan rupa dia. teringin pula nak tengok. bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  13. Wahhh nampak best jalan cerita dia. Kat India bab2 simbah acid nie sangat biasa. Xfaham knp kalau kecewa mesti kena buat mcm nie. Plus, mudahnya nak dapatkan acid kat sana

    ReplyDelete
  14. Betul kan, kes simbah asid ni sebenarnya satu kes yang berat tapi mungkin kurang liputan berbanding kes rogol. Moga nasib mangsa terbela dengan adanya filem-filem sebegini

    ReplyDelete
  15. Kejam sangat tindakan tu.. Just ditolak cinta sampai nak simbah asid.. Kesian mangsanya..

    ReplyDelete
  16. Takut nak tengok cerita ni..huhu. overall nice review yang details dan share pendapat

    ReplyDelete
  17. Mcm best je cite ni base on true story...sis suka le tgok cite2 mcm ni..byk pengajaran boleh dpt.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.