Production Company : Miraj Film Creations, NNM Films
Distributor : PVR Pictures
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 118 minutes
Release Date : 8 November 201
Trailer :
Movie drama thriller arahan dan skrip dari adik-beradik
Nitin Mukesh mengisahkan tentang Vikram Kapoor (Neil Nitin Mukesh), pereka
fesyen yang terkenal di Alibaug, Mumbai yang terlibat dalam satu kemalangan
tragis tapi disebabkan luck, dia berjaya sembuh dari koma. Cuma kaki dia belum
pulih sepenuhnya dan terpaksa bergantung dengan kerusi roda.
Malam yang sama, model company dia, Sarah Briganza (Shama
Sikander) bunuh diri dengan tembak kepala di ruang tamu rumah. Tapi Inspektor
Roy (Manish Chaudhary) syak Sara dibunuh bila pistol yang ada merupakan
kepunyaan pakcik Vikram, Pratap Kapoor (Rajit Kapur). Tambah pula bila guard
apartment tu nampak tunang Sara, Jimmy (Taher Shabbir) berdiri sebelah mayat
Sara.
Sementara polis buru Jimmy, Vikram pula seperti diintip
lelaki misteri. Banyak kejadian pelik yang berlaku di rumah dia sendiri lepas
keluar dari hospital. Urusan di pejabat dia serahkan semuanya pada Radhika Nair
(Adah Sharma). Vikram syak makcik dia, Romila (Gul Panag) yang plan untuk bunuh
supaya dapat kaut semua harta.
Makin kuat sangkaan dia bila terjumpa nota dari ex staff, Narang
(Sudhanshu Pandey) kepada Romila dalam laci. Vikram dengan Romila tak pernah
berbaik tapi cuba untuk tak bergaduh depan Nandini (Pahal Mange), anak Pratap
dan Romila yang Vikram anggap seperti adik sendiri.
Beberapa minggu lepas Vikram keluar dari hospital, Pratap
sekeluarga pergi kenduri kahwin saudara dan biarkan Vikram di rumah ditemani
orang gaji, Kaka (Mukesh Bhatt). Malam tu Kaka dibunuh dengan kejam dan
pembunuh bertopeng datang untuk langsaikan hutang dia dengan Vikram.
Walaupun kaya teruk, diorang ada seorang je pembantu rumah
untuk buat semua kerja. Ada satu scene masa Romila sengaja pecahkan frame
gambar, banyak betul instruction Pratap bagi dekat Kaka. Kesian orang tua tu
nak kena buat semua kerja padahal dah umur 80 kot. Have some sympathy boleh
tak? Nak minum air teh pun terpekik suruh Kaka hidangkan.
Anyway, rumah diorang cantik sangat. Paling suka bahagian
dapur sebab ada decoration pokok pisang hiasan dekat bahagian tengah. Tapi tak
selamat lah sebab dekat dapur lah pembunuh tu masuk. Tak faham kenapa Kaka tak
lock semua pintu. Tapi kalau lock pun boleh masuk jugak sebab rumah ni kelakar.
Banyak duit tapi labur sikit je untuk security walaupun baru lepas ada kes
cubaan untuk membunuh.
Visual average je dalam movie ni, nothing much to see. Sama
jugak dengan music score. Music album dia tak best. Nasib baik lagu So Gaya Yeh Jahan nyanyian Nitin Mukesh sendiri, Jubin Nautiyal dan Saloni Thakkar.
Patutnya lagu cinta Vikram
dengan Radhika tak perlu ada pun takpe. Lakonan Neil Nitin sebagai Vikram quite
good tapi watak Radhika tu tak payah ada pun takpe sebab tak function sangat
pun. Instead of bazirkan duit bayar dia, baik kembangkan lagi watak Sarah.
Rajit sebagai Pratap nampak tak meyakinkan, same goes to Gul Panag.
Mungkin sebab B-grade movie so tak ditekankan sangat lakonan
tu tapi kalau jalan cerita tak kuat sangat sepatutnya topup dekat bahagian
lakonan lah tapi kalau dua-dua pun gagal, apa lagi yang movie ni nak deliver
kan?
Should you guys watch this movie? Better don’t.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4.
Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5,
9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 4.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
wah menarik ni cerita bollywood moden seram. Nak tengoklah. Tq share :)
ReplyDelete