Cast : Kim So-hyun, Jung Ga-ram, Song Kang, Shin Seung-ho, Go Min-si, Lee Jae-eung, Song Sun-mi
Genre : Romance / Teen
Running Episodes : 8 episodes
Release Date : 22 August, 2019
Production Company : Netflix, Hidden Sequence, Studio Dragon
Distributor : Netflix
Trailer :
Drama yang diadaptasikan dari webtoon karya Chon Kye-young yang diterbitkan pada tahun 2014 mengisahkan tentang teknologi apps Love Alarm yang boleh bagi alert kepada tuan empunya siapa yang suka dengan kita dalam radius 10 meter.
Teknologi ni memudahkan kerja lah sebab tak perlu nak berteka-teki siapa yang syok dalam diam dan mudahkan juga untuk kita breakup bila relationship kita sebenarnya bukan atas cinta tapi sebab dah terbiasa bersama macam watak Kim Jo-jo (Kim So-hyun) dan Il-sik (Shin Seung-ho).
Bertemakan kisah cinta tiga segi, Hwang Sun-oh (Song Kang) yang baru balik dari US jatuh cinta pandang pertama dengan Kim Jo-jo. Tapi dia cuba minta kepastian dari Lee Hye-yeong (Jung Ga-ram) sama ada kawan baik dia tu suka ataupun tak dengan Jo-jo.
Tak tahu kenapa Hye-yeong menipu Sun-oh walaupun ketara sangat dia suka dengan Jo-jo dari dulu bila kerja part-time di restoran bbq yang sama dengan Jo-jo. Sudahnya Sun-oh mulakan langkah dengan pikat hati Jo-jo. Of course lah Jo-jo jatuh cinta dengan Sun-oh sebab selalu ada dengan dia.
Dari apps Love Alarm baru dia tahu yang Hye-yeong rupanya ada hati dengan dia tapi hati dia kepunyaan Sun-oh. Sejak gambar Jo-jo dengan Sun-oh tersebar dan Il-sik mengamuk, Jo-jo hilang kawan rapat sebab Kim Jang-go (Z.Hera) ada hati dengan Il-sik. Dia sakit hati bila Jo-jo curang. Gara-gara perbuatan Jang-go, Il-sik makin menjauh sebab merumitkan keadaan.
Percintaan Jo-jo dengan Sun-oh tak bertahan lama pun bila status hidup masing-masing berbeza. Tambah pula bila Jo-jo taknak dianggap sebagai pisau cukur yang datang dalam hidup Sun-oh untuk hidup senang.
Kesian dengan watak Sun-oh sebab dia tak ada buat salah apa pun dalam hidup dia tapi Hye-yeong dan Jo-jo selalu terasa bila dia cuba bantu. Bukan salah dia kalau dia dilahirkan dalam keluarga kaya. Dia taknak orang yang dia sayang hidup susah. Dengan Hye-Yeong dan Jo-jo je dia boleh jadi diri dia dan rasa kasih sayang sebab parents dia lebih pentingkan kerjaya. Ayah dengan parti politik, mak (Song Sun-mi) pula dengan populariti.
Since drama ni berkisar tentang teknologi so I’m quite amazed lah dengan visuals effect dalam beberapa scene macam scene Jo-jo sync hati dia dengan Love Alarm for the first time. Scene awan berbentuk Love Alarm bila developer Cheong Duk Gu (Lee Jae-eung) nak bagitahu cinta dia dekat sepupu Jo-jo, Park Gul-mi (Go Min-si). Shot and cinematography pun cantik!
Genre drama ni ringan je sebab genre cinta tapi not bad lah sebab lakonan masing-masing bagus. Chemistry antara Jo-jo dengan Sun-Oh pun cantik onscreen. Hujung drama kemain menangis sebab kesian dengan Sun-Oh kena tinggal macam tu je dengan Jo-jo. Tambah pulak dengan soundtrack syahdu, lagi la emosi tengok scene Sun-oh.
Ada juga unsur-unsur Black Mirror dalam drama Love Alarm ni bila teknologi mengambil alih personal life manusia sampai ada yang bunuh diri bila kesunyian, tak ada yang suka dengan diorang. Hopefully director dan writer kembangkan sisi tu juga nanti dalam Season 2.
Drama ni ending dia tergantung ye sebab drama keluaran Netflix kan mesti la ada season 2 so kalau tak nak frust tengok ending macam I, elok la jangan layan lagi. Hopefully yang kedua nanti cinta Jo-jo berpihak pada Sun-oh dan bukannya Hye-yeong walaupun Hye-yeong baik tapi apa dosa Sun-oh? Haa gittew.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
suka giler cite ni. Haha Lawa sangat. ^^
ReplyDeletepenat nak tunggu season 2 ni :(
ReplyDeleteAYOO DONG SEASON 2 NYA TAYANGGðŸ˜
ReplyDelete