Day 4 Quarantine : The Weekend

Sunday, 22 March 2020

Awal pagi dah start keluar sebab kena pergi office ambil barang sekejap. Jam 7.40 pagi pun polis dah buat roadblock dekat Skypark tapi dia tahan kereta yang ramai passenger lah. Mungkin dia syak kereta tu nak balik kampung kot. 

Nama je RMO tapi ada je yang berjogging tanpa jaga jarak. This is Oasis now.... sunyi sepi walhal hari biasa sesak dengan kereta. Double park sampai bergaduh. 


Apa lah namanya weekend kalau tak layan drama or movie so this week kitorang marathon Psycopath Diary. 

Cari genre yang comedy je sebab stress so kena gelak supaya blood pressure back to normal. Masa tengah syok layan boleh pulak internet hilang. Kucar-kacir call Maxis bagitau apa masalah. Nasib baik lah sekejap je dalam setengah jam macam tu. Kalau tak memang mati kutu lah duduk rumah. 


Sambil layan drama sambil main Bankroll dekat Plato. Ni je la game yang buat rasa kaya pun walaupun hakikatnya tunggu masa nak merayu dekat KWSP bagi permission keluarkan duit dekat Akaun 2. 

Maybank dah benarkan buat penangguhan loan sempena Covid-19 tapi dia punya renyah nak isi borang tu ya ampunnnn 

Meanwhile everyone dah jadi Master Chef sejak RMO, I still gagal buat cucoq yang sedap walaupun guna cucoq instant T.T


Esok tentera dah start berkawal, dekat socmed dah banyak trak askar atas jalan menuju destinasi masing-masing. Buka FB penuh dengan status abang askar hot. While people took it as joke, I tak sampai hati nak join the bandwagon sebab kawan-kawan ramai yang berkahwin dengan askar. Kita anak askar kita tahu la cemana sedih ayah kena keluar operasi. 

Orang lain dok bergalak sakan dekat rumah, kita doa ayah balik dengan selamat. Orang yang tak pernah merasa dapat call dari orang atasan bagitahu condition ayah sampai mak duduk menangis pegang telefon pastu kena hantar balik kampung memang la boleh anggap benda ni gurauan. It's totally a nightmare. Dari kecik membawak ke besar ingat benda tu. 

Nak pulak sekarang ni ayah tiri kena kuarantin sebab positif covid-19 gara-gara tabligh datang ambil anak dekat tahfiz so tak rasa nak bergurau sangat lah sekarang ni. Dengan keadaan kesihatan sekarang, dengan keadaan ekonomi sekarang ada orang boleh bergurau, ada orang sedapkan hati semua ni akan okay walaupun kita tahu the worst yet to come. 

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.