Day 2 Quarantine : Sakit Kepala

Friday, 20 March 2020

Siapa je tak sakit kepala kalau ada kucing macam Puteh ni? 


Dah susun elok, dia sepahkan sebab geram dengan feathers. Well yang tripod tu I baling sebab stress dengan client haha


Tabung tu elok la jugak Puteh pecahkan sebab dah putus kan, motif sangat nak simpan lagipun dah lama sangat dah. 9 tahun dah tabung tu bertahan simpan duit syiling yang entah berapa kali je penuh. 

Bila buat kerja dari pagi sampai ke petang tak berjalan sangat macam dekat office, mula la badan lemau lepastu sakit kepala. Cuaca panas lagi bertambah sakit kepala. 

Second day kita brunch je nak jimat, so masak kari ayam tanpa santan sebab lupa beli santan. Lagipun boleh tahan lama kalau tak ada santan. Lunch dengan dinner makan menu yang sama. 

Lepas makan tetap tak hilang sakit kepala even dah tidur sekejap so workout sekejap bagi badan okay sikit lepastu mandi. Baru lega sakit kepala.


So for day 2, boleh kata tak buat banyak benda pun. Tidur awal sebab panas sangat. Dah bukak kipas laju, siap bukak tingkap pun panas lagi. Nak layan socmed pun macam malas sebab ramai lagi yang tak ikut arahan, melepak dekat luar, buat ceramah dan mass gathering, travel duhh guys kes covid-19 dah naik sampai 900. 

Ex-housemate dekat KUIS contact bagitau yang husband kawan dia dah get ready nak berkawal sebab polis tak menang tangan handle manusia yang degil ni. Hmmmm why so selfish?

6 comments

  1. Geram betul dengan manusia-manusia yang selfish ini.. Hari ni dah naik seribu jumlah pesakit.. gilalah diorang ini.. pentinkan diri sendiri..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya byk benda boleh dibuat d umah semasa tempoh berkurung ni. semoga polis menangkap je org2 yg degil masih beriadah kat tmn2 n sebagainya ni. Geram weh!

    ReplyDelete
  3. Wak tetap keluar rumah hari2
    pagi pegi kebun
    petang pegi padang ragut

    ReplyDelete
  4. kurang education betul lah manusia2 degil ni.. now dah cecah 1k, hmmm btw saya tengah mencari bloglist 2020, kalau sudi join la^^

    http://duniamisskepeng.blogspot.com/2020/03/pencarian-bloglist-2020-by-mk.html

    ReplyDelete
  5. kan.. degil betul.. geram

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.