Day 1 Quarantine : Hey Tesco!

Friday, 20 March 2020

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dah keluar ni memang ramai yang panic dan pening macam mana nak work from home tambah muka ni haa sebab admin dan backup account. Kalau dah client tutup office, apa je kerja nak buat? 

Nasib baik lah ada Team Viewer software, boleh la arrange soft copy documents yang berterabur dekat PC office tu haaa. Barang dapur dekat rumah dah habis sebab dah lama tak beli sejak adik dah kerja balik ni. Bangun pagi rajin pulak nak dance workout sekejap hshshs

So petang tu menapak la ke Tesco sebab pagi tengah ramai lagi yang membeli [tengok ramai yang update dekat socmed]. Taknak la bersesak dengan orang, nak menunggu lagi satu hal. Nak pergi NSK mesti ramai so kita pergi Tesco Ara Damansara. Cuba nasib je lah sebab 17hb tu kosong Tesco gara-gara panic buying. 

Masa pergi ni pekerja Tesco dah restock barang dah tapi sikit je la. Yang penting meggi lol


Hari tu ambik mana yang ada dan betul-betul perlu je sebab duit pun tak berapa nak ada untuk spend  bab makanan. Tak best dekat Tesco ni barang basah dia tak banyak, mahal pulak tu. Ikan keli lah sesuai nak beli sekarang ni sebab tahan lama, susah nak medak atau berbau. Murah pulak tu sekilo. 


Beli banyak macam ni je pun dah habis RM71 haihh Dekat NSK lagi murah but what can I do lah not really the time you can choose here and there. Punya lah ramai yang panic sampai barang clearance pun habis. Damn. 

Sebab tak banyak barang dapat beli, makan pun kena berjimat so breakfast makan buah belimbing sebiji, lunch maggi then dinner makan sandwich. Tak tahu kenapa tak ada selera sangat. Ralat tak boleh balik Sabak kot. Risau jugak sebab kes covid-19 dah mencecah 790 orang mostly dari kes tabligh, belum masuk kira yang dari panic buying, balik kampung dan perhimpunan lain. 

2 comments

  1. Memang tak ada selera pun bila kena kurung dalam rumah ini.. Dekat sini pun kemain ramai manusia duk panic buying.. Tapi Alhamdulillah, barang makanan dan basah sentiasa ada je diorang restock.. Cuma bab harga tu memang tak dinafikanlah.. Agak mahal sedikit.. sardin tin kecik pun boleh berubah dari 3.50 kepada 3.90 hanya dalam masa 4 hari sahaja..

    ReplyDelete
  2. huish, berasa jugak shopping kat Tesco gini.. bila orang dah panik, semua huru hara.. ^^

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.