Celebrate Birthday Di Tomyam Udang Galah, Subang Bestari

Wednesday, 1 April 2020

Ni cerita bulan lepas tapi tak sempat nak update. 

Petang tu dapat text untuk datang join makan-makan dekat Kedai Tomyam Udang Galah depan rumah sebab nak celebrate birthday anak boss adik. Sebab last minute dapat invitation so melenggang je lah pergi. Tak ada pun bawak hadiah ke apa. Tak sempat nak beli. 

Sampai agak lambat sebab baru balik dari kerja. Masa sampai tu dah start potong kek dah pun. Ingatkan makan yang tu je rupanya main dish tak sampai lagi. 

Terkejut jugak lah masa main dish datang sebab banyak gila order. Ketam masak lemak, udang galah masak lemak [ni special dish restoran ni sampai masuk JJCM], ikan siakap masak 3 rasa, stim dan sambal pedas, kailan goreng, tomyam, sotong celup tepung dengan telur dadar.


Besar jugak lah ketam dia. Fresh pulak tu bila makan. Memang puas hati kalau makan ketam dekat sini.


Actually siakap ni ada nama lain tapi tak ingat nama apa lagipun tak tengok menu. Lebih kurang je rasa dia dengan masak 3 rasa. Kuah dia sedap campur pulak dengan kuah masak lemak memang bertambah makannya. 


Masuk yang ni, kali kedua dah la makan udang galah masak lemak dekat restoran ni. Memang sedap sebab tu boleh masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan. Puas hati la makan dengan harga yang dia jual.



Sebab banyak sangat makanan atas meja, sampai tak mampu dah masing-masing nak habiskan makan.


Sudahnya makan lauk je pastu habiskan telur dadar sebab sayang la nak buang. Kalau tapau pun bila pulak nak makan. Lepas ni kalau nak makan ketam masak lemak ataupun siakap datang sini lah cerita dia. Dulu jarang nak makan sini sebab menu dia asyik habis je. Sekarang mungkin pekerja dah ramai so dia boleh masak banyak. 

3 comments

  1. Best betul tengok ketam dengan udang galah tu.. Awesome..

    ReplyDelete
  2. kalau di sabah. udang butter paling femes.

    ReplyDelete
  3. Banyak menu seafood. Sesuailah untuk peminat seafood.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.