Wedding Alisa & Anas 010220

Saturday, 15 February 2020

Kenduri kahwin paling jauh pernah pergi sampai ke Asahan, Melaka. First time jugak menjejak ke Asahan ni sebab selalunya kalau pergi Melaka memang menyinggah ke Bandar Hilir, Klebang ataupun Bemban je sebab saudara kat sana. 

 

Kali ni dapat jemputan ke wedding ex-officemate, Alisa pulak. Pergi pun sebab kebetulan jiran nak pergi so boleh la tumpang kereta. Kalau nak drive sendiri memang tak larat sebab jauh. Bila dah pekena nasi minyak faham-faham je lah level layu mata macam mana. 


Kitorang sampai agak lambat lah sebab gerak pun lambat tambah pulak bila ada budak kecik ikut sekali memang banyak ragamnya. Sampai je ke majlis terus bergambar dengan semua kawan dkat office lama. Lisa dengan Anas nampak sama cantik sama padan. Pelamin simple je tapi cantik sangat. Suka tengok gambar akad nikah. Cantik!


Habis bergambar baru pergi makan. Untung kalau kenduri dekat kawasan kampung ni, makanan lambat sikit nak habis walaupun sampai agak lambat. Kalau kata jam 4 majlis habis, belum tentu putus makanan jam 3. Kalau dekat KL, memang menangis la kalau datang lambat. Pukul 1 pun dah banyak yang habis walhal majlis sampai jam 4.


Dah habis makan memang bergegas jugak lah nak balik sebab dah start hujan. Takut jugak basah kuyup dekat situ. Sebelum balik ambil gambar lagi sekali. Lepas dah habis bergambar dah bagi duit salam dekat family pengantin, hujan pun dah seriyat. 


Alang-alang dah sampai ke kampung orang, bergambar lah sekeping dua haha



Anyway thanks to Lisa & family sebab jemput ke wedding. Semoga perkahwinan Lisa & Anas diberkati dan dilimpahi rahmat. Semoga kekal bahagia through thick and thin and sweet sampai ke Jannah! 

3 comments

  1. akak first time dengar nama tempat Asahan ni..

    ReplyDelete
  2. Kak Sha pun tak sampai Asahan nie..

    ReplyDelete

  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.