Movie Review : Dora And The Lost City Of Gold

Wednesday, 12 February 2020


Director : James Bobin
Writer : Tom Wheeler, Nicholas Stoller
Cast : Isabela Moner, Eugenio Derbez, Jeff Wahlberg, Madeleine Madden, Nicholas Coombe, Michael Peña, Eva Longoria, Danny Trejo, Frank Welker
Production Company : Paramount Players, Nickelodeon Movies, Walden Media, Media Rights Capital, Burr! Productions
Distributor : Paramount Pictures
Genre : Adventure/Comedy
Running Time : 102 minutes
Release Date :  9 August, 2019 
Trailer :



I'm not a fan of Dora The Explorer cartoon series tapi bila adik datang rumah, saja layan movie ni. For adventure genre, agak best lah movie Dora ni. Berlatarbelakangkan kehidupan di hutan Peruvian, Dora Márquez (Isabela Moner), anak kepada dua orang pengkaji sejarah, Cole (Michael Peña) dan Elena (Eva Longoria), luangkan masa dengan monyet kesayangan dia, Bots (Danny Trejo/Frank Welker).



Kehidupan Dora selalunya bermain dalam hutan dan explore sesuatu yang baru baik makhluk binatang ataupun tumbuhan. Dora suka nyanyi sebab bagi dia dengan menyanyi akan naikkan semangat dan tenangkan dia. Dari kecil lagi Dora tanam impian untuk jejak kota yang tersembunyi, Parapata.


Sesiapa yang pergi ke kota tu takkan pulang kembali. Kenapa ramai yang pergi sana? Disebabkan emas yang ada di Parapata. Cole dengan Elena cuma nak sahihkan kewujudan Parapata bukan disebabkan tamak. Bila Dora menginjak usia 16 tahun, Cole dengan Elena jumpa klu baru untuk pergi ke Parapata.


Mereka berdua buat keputusan untuk hantar Dora ke rumah Diego (Jeff Wahlberg) di Los Angeles sebab nak Dora belajar hidup secara normal, berkawan dengan manusia lain and have fun.Walaupun Dora kecewa tak dapat ikut ke Parapata tapi dia tetap patuh dengan arahan parents dia.


Susah untuk Dora adapt kehidupan dekat sana tambah pula bila Diego malu nak mengaku Dora sebagai cousin. Dengan perangai pelik dan bermacam peralatan yang Dora bawa ke sekolah, makin Diego jauhkan diri dan dibuli oleh budak-budak sekolah yang lain.


Dalam satu lawatan ke muzium, Dora diculik oleh sekumpulan pemburu. Tanpa sengaja, Diego, Randy Warren (Nicholas Coombe) dan Sammy Moore (Madeleine Madden) ditangkap sekali dan dibawa ke Parapata. Dekat sana diorang berjumpa dengan Professor Alejandro Gutierrez (Eugenio Derbez) yang claim diri dia sebagai kawan baik parents Dora walaupun Dora tak kenal siapa.


Dekat Parapata banyak benda yang terjadi dan banyak juga pengalaman baru yang Sammy, Diego dan Randy belajar. Sama macam Dora dan Diego bayangkan masa kecil dulu yang kota Parapata ni sangat cantik dan berseni. Sebab tu la agaknya terlindung dari pandangan manusia biasa.


Jalan cerita Dora and The Lost City of Gold ni agak fun and entertaining bila banyak scene komedi Dora untuk adapt dengan dunia luar dan juga kawan-kawan Dora untuk adapt dunia hutan. Big surprise for me lah sebab tak sangka team production did it better than I thought. Even pelakon pun sama macam dalam cartoon series lebih kepada masyarakat Latin.


Bila target audience movie untuk family for sure banyak yang kanak-kanak boleh belajar macam teamwork, being nice and kind, unity, love and friendship as such. Tak ada yang perlu dirisaukan sebab bahasa memang dijaga.


Music score is great cuma visual untuk watak Boots dan Swiper memang ketara sangatlah CGI dia. Kalau guna monyet dan musang biasa mungkin tak berapa hidup macam dalam cartoon so I'm fine with it. Cinematography movie ni terbaik lah sebab banyak keindahan Parapata dihidupkan onscreen which most likely keindahan hutan di Peru.


Safe to say I enjoy watching Dora movie cuma harapnya yang kedua team production lebih berani untuk tambah some adventure and thriller rather than focusing on Diego crushing on Sammy. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8.3/10

4 comments

  1. Baru tau Dora tu bukan kartun dari Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Wah, cam best je. Dulu anak sulung Kak Vit suka naw tenguk kartun Dora The Explorer ni. Hari-hari tenguk. Now dia dah 12 tahun. Kena bawak tenguk movie Dora pulak nampak gayanya. Hehe.

    ReplyDelete
  3. dulu Iris ada layan gak katun Dora ni masa kecik2..nak gi tgk wayang but x pegi2..emm, leh layan ni

    ReplyDelete
  4. dulu kecik2 selalu tengok dora..minat sungguh...sekrg dora dah dewasa..haish kita pon makin tua..hahaha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.