Movie Review | Commando 3 (2019)

Saturday, 29 February 2020


Director : Aditya Datt
Writer: Darius Yarmil, Junaid Wasi
Cast : Vidyut Jammwal, Adah Sharma, Angira Dhar, Gulshan Devaiah, Atharva Vishwakarma
Production Company : Reliance Entertainment, Motion Picture Capital, Sunshine Pictures Private Limited
Distributor : Reliance Entertainment
Genre : Action/Thriller
Running Time : 134 minutes
Release Date : 29 November 2019
Trailer :


Vidyut Jamwal jarang berlakon dekat Bollywood so bila movie dia nak keluar memang excited sebab dia antara yang terbaik dalam genre action walaupun jalan cerita movie tak bagus sangat. Franchise Commando antara yang terbaik dia ada dalam career dia di Bollywood. 

Sambungan dari movie-movie sebelum ni, kali ni Commando Karanveer Singh Dogra (Vidyut Jammwal) terpaksa pergi ke London bersama ejen khas Bhavana Reddy (Adah Sharma) untuk tangkap dalang terrorist di sebalik misi letupan di India. 


Dari sesi interview dengan 3 penjenayah yang ditangkap di India, masing-masing kena brainwashed mengenai pendosa dan bumi ni milik Islam sahaja melalui VHS tape yang dihantar dari London. Mengikut perkiraan Karan, akan ada satu letupan besar pada Diwali bila tarikh 9/11 sama dengan tarikh letupan di WTC.


Menyamar sebagai pasangan yang baru berkahwin dan honeymoon di London, Karan dan Bhavna disambut oleh Mallika Sood (Angira Dhar) dan Armaan Akhtar (Sumeet Thakur), ejen British Intelligence yang ditugaskan untuk bantu mereka berdua bongkar identiti sebenar messenger VHS tape tu dalam masa 30 hari.


Dalam masa yang sama, seorang terrorist di British dibunuh oleh Buraq Ansari (Gulshan Devaiah) bila misi mereka terganggu gara-gara 3 terrorist ditangkap oleh polis. Buraq paksa anak dia, Abeer (Atharva Vishwakarma) untuk tengok pembunuhan tu sebab dia nak Abeer tahu yang setiap pendosa perlu mati tanpa belas.


Bekas isteri Buraq, Zahira (Feryna Wazheir) bawa Abeer keluar dari rumah bila anak dia takut dengan perbuatan ayah dia. Kebetulan Karan yang tengah tunggu suspek di hadapan restoran masakan Arab, Bukhara, dia ternampak Zahira dan Abeer di kedai bunga. Berjaya tak Karan dan team dia menjejak Buraq, kena tengok movie Commando 3.


Plot Commando 3 mungkin agak sensitive bila ketengahkan tentang kekejaman terrorist tapi digarap dengan baik bila ada beberapa scene yang menguatkan bahawa ajaran yang dibawa Buraq tu salah sama sekali dan bertentangan dengan ajaran agama Islam yang sebenar. 

Action stunt Commando 3 of course lah best tambah pula bila dapat shot cantik tak macam Commando 2 dulu bila director ambil keputusan untuk guna shot dekat dan self-camera. Dalam commando franchise ni boleh tengok Vidyut deliver hand combat, back flip, smooth kicks because that satisfies me in action genre bukan setakat letup sana sini ataupun main dengan senjata.


Adah dengan Angira pun dapat screentime untuk show off stunts diorang against bad guy walaupun memasing tengah bergaduh berebutkan Karan which is unnecessary for me.  Screentime Adah dah la tak banyak dalam movie ni sebab dalam Commando 2 dia menyerlah sebagai watak yang kelakar. Bila muncul pula watak dia tak membantu pun menghidupkan suasana.


Visual Commando kali ni makin improve dari 2 movie sebelumnya bila dah mula ada bajet hasil keuntungan sebelum ni so I boleh letak expectation lebih lah untuk Commando 4 since movie ni dapat kutipan paling tinggi. 

Music score pun best dengan lagu Tera Baap Aaya, Main Who Raat Hoon dengan Akhiyaan Milavanga tapi sakit hati jugak lah bila director buang lagu Aakhiyaan Milavanga dari movie padahal lagu Tera Baap Aaya sampai dua kali – dalam movie dengan credit scene. Patutnya letak lagu Akhiyaan Milavanga ni sebab nampak la convincing sikit diorang menyamar. Plus, Vidyutt handsome teruk kot dalam MV tu. 


Overall Commando 3 best untuk ditonton untuk peminat franchise Commando bila Vidyutt conquer screentime dengan aksi yang mantap setiap kali kemunculan dia. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.1/10

2 comments

  1. Best movie action gini banyak adegan kejor2 haha

    ReplyDelete
  2. Kalau aksi dan shot cantik memang menariklah nak tonton kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.