Lunch di Gajah Mada, Citta Mall

Saturday, 29 February 2020

Lunch semalam Kak Nora suggest makan dekat Gajah Mada, Citta Mall sebab restoran ni baru lepastu sedap. Kebetulan masa pergi tu restoran Gajah Mada ni tengah buat opening promo - beli 3 dish dapat 1 free. Nice lah sebab kitorang berlima masa tu. 


Nama Gajah Mada diambil dari nama pemerintah terkemuka Empayar Majapahit yang terletak di Kepulauan Jawa. Restoran Gajah Mada by The Majapahit ni hidang Asian cuisine dari 4 buah negara - Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Sebab la menu dia banyak pilihan. Restoran Gajah Mada dah ada banyak cawangan di Mytown Cheras dengan Nu Sentral. 


Mungkin disebabkan opening promo, memang ramai sangat orang masa tu sampai kitorang kena duduk dekat restoran Wing Stop. Kenapa dekat situ? Sebab Wing Stop under owner yang sama. Best la dapat meja tanpa tunggu lama tapi sedih la tak boleh tengok deco restoran dekat dalam. Nampak je ada seat yang kosong tapi mungkin reserved section kot. Dah la cantik. Ruginya lah sebab konsep restoran ni eksklusif atau fine-dining sebab nak bagi peluang kepada public untuk makan ala diraja tapi dengan harga mampu milik. 


Dah dapat tempat, waiter dia bagi tab untuk buat order. Bila order kena check betul-betul sama tak dengan yang dekat menu sebab kod dia berbeza. Tak semua menu la tapi ada beberapa yang khas dalam opening promo. 


Dah check order, masukkan number table lepastu tekan submit. Tak perlu panggil waiter dia pun sebab bila dah submit automatic kitchen staff dah dapat order kita. Memudahkan la urusan staff, tak payah nak hadap drama customer. Tapi customer la tak boleh nak adjust itu ini. 

Indonesian Spiced Chicken Rice Plate

For lunch semalam order Indonesian Spiced Chicken Rice Plate, Bandung Style Green Chilli Chicken Plate dengan Thai's Green Curry. Untuk dish free ambil Chicken Rice Plate juga sebab dish lagi satu kari ayam biasa. Skip yang tu sebab hari sebelum tu dah makan kari ayam. Nanti jelak jadinya. Since we're 5, yang sorang lagi order Pad Thai. Diet katanya sebab perut dah buncit.  

Bandung Style Green Chilli Chicken Plate
Not bad lah semua menu dia, semuanya sedap. Sesuai lah dengan kepakaran team Gajah Mada ni selama 30 tahun dalam bidang masakan dan kulinari. Paling suka dengan green curry sebab pekat, berlemak dan pedas. Ngam! 

Since bahan dia banyak dalam satu dish, tak larat nak habiskan semua sebab ayam dia bagi bahagian dada, dah kenyang dah kat situ. Lepastu makan pulak cucur jagung dia, lagi lah kenyang sebab tepung. Cucur jagung dia tak sedap sebab dah soaked in oil. 


For drinks, ambil coca-cola zero je sebab murah hahaha lagipun dah tahu dah rasa dia macam mana. Pergi mana pun tetap sama. yang lain order Viatnamese Drip Coffee Ice. First time minum drip coffee. Blur kejap bila dia datang hidang. Rupanya kena tunggu semua air turun ke dalam cawan, nak press ke tak bahagian atas tu terpulang. Serbuk kopi dia bau wangi. Dah habis semua air turun dalam cawan, tambah susu then boleh minum dengan ais. Rasa dia sedap macam gula-gula kopiko. 

Lunch kitorang tengahari tu dah order 3 negara dah, local cuisine je takde tapi macam lah tak pernah makan kan? So lepas ni boleh la lepak makan dekat situ lagi try menu yang lain pulak. No wonder lah restoran ni dapat rating tinggi. Puas hati dengan makanan dan service! 

6 comments

  1. Makanan sedap servis okay memang puas hatilah nak datang lagi kan Farhana.. kopi drip tu nampak best..

    ReplyDelete
  2. menarik jugak menu dia tapi tulah lagi best kalau dapat makan kat situ. mungkin kena try pergi waktu tak busy kot lepas ni kalau nak makan dalam tu. terliur tengok bandung style green chili tu.

    ReplyDelete
  3. tertarik dgn bandung style ayam tu, nampak menyelerakan and something that i will love 🤗🤗🤗

    ReplyDelete

  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.