Lirik Lagu Chikadun - Floor 88

Saturday, 22 February 2020

Belum habis lagi demam Yang Benar, Floor 88 dah keluar single baru genre forte diorang, pop rock dengan music arrangement yang fresh dan bait lirik yang kreatif dan kelakar karya Achoi.




Single Chikadun ni berkisahkan tentang aktiviti mat dadah bersempena Floor 88 dilantik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan sebagai ikon/duta. Setakat ni ada live video performance Floor 88 di majlis Pelancaran Bulan Anti Dadah Kebangsaan 2020 dekat Putrajaya 18 Feb lepas.

Eric kata tak lama lagi MV Chikadun akan keluar. Hopefully minggu depan. Mungkin gambar Floor 88 dengan Nabil tu adalah hint kepada MV Chikadun? Confirm kelakar!

Update : Floor 88 being creative with the MV. Super love!!





LIRIK LAGU CHIKADUN
Penyanyi : Floor 88
Lirik : Achoi Floor 88
Komposer : Achoi Floor 88
Studio : Rusa Music

Anak pak pandir
dia pulang balik rumah,
Dia sangat rajin
Cita-cita jadi professor

Duduk belakang rumah
dengan kawan2 dia
Pergi ke bulan
Bukan pakai roket NASA

Lain di ajar
Lain pulak yang dia bawa
Salah sendiri
Cikgu pula yang ditampar

Dulu mata satu
Kini jadi mata tiga
Kau yang jadi hantu
Lain pula yang te te tu la la la lar

Zaman aku
Getah paip tali pinggang
Zaman kamu
Surat layang duit terbang

Ada kata ikut kawan
Itu confirm perangai syaitan
Pilih bukan bukan
Duduk tanjung rambutan

Tan tan tun
Eh keladi we we
Kau dah tersedut
'Confirm' melayang kepala

Hisap rokok
Eh tembakau cine
Salah kome
Orang yg lain pun kena

Ikan kekek
Eh mak iloi iloi
Baru kau terpekik
Padan muke kau terkantoi

Jentik-jentik
Mandi dalam kolam
Ingat adik-adik
Jangan buat macam-macam

Kap kun kap
Masuk pintu
Keluar tingkap

Zaman aku
Getah paip tali pinggang
Zaman kamu
Surat layang duit terbang

Ada kata ikut kawan
Itu confirm perangai syaitan
Pilih bukan bukan
Duduk tanjung rambutan

Tan tan tun
Eh keladi we we
Kau dah tersedut
Confirm melayang kepala

Hisap rokok
Eh tembakau cine
Salah kome
Orang yg lain pun kena

Ikan kekek
Eh mak iloi iloi
Baru kau terpekik
Padan muke kau terkantoi

Jentik-jentik
Mandi dalam kolam
Ingat adik-adik
Jangan buat macam-macam

Kap kun kap
Masuk pintu
Keluar tingkap

1 comment

  1. suka lagu ini.. lirik dan muzik dia ohsem.. tak sabar nak tunggu video klip dia..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.