Bermalam Di Padang Jawa, Shah Alam

Sunday, 16 February 2020


Minggu lepas spend satu malam di Homestay Arissa, Suria Jaya, Shah Alam. Suria Jaya terletak di antara Padang Jawa dan I-City. Sangat mudah nak ke Suria Jaya ni sebab terletak di sebelah jalan berhampiran KTM Padang Jawa. 5 minit jalan kaki dari KTM Padang Jawa dah boleh sampai. 

Apartmen Suria Jaya setinggi 22 tingkat ni sentiasa penuh dengan orang sebab bahagian bawah ada supermarket Mydin, Mr. DIY, kedai kasut XES, Cool Blog, kedai dobi 24 jam, 7 Eleven dan lain-lain lagi. Berdekatan dengan apartmen Suria Jaya ada banyak kedai makan dan kedai-kedai biasa yang lain. 

Malam tu sampai dalam jam 8.30 malam, agak lambat untuk check in sebab sangkut dalam jam bila ada accident. Lepas dapat kunci, dah park dekat reserved park di tingkat 2, terus letak luggage dalam bilik. 


Tak susah pun nak cari Homestay Arissa ni sebab terletak dekat je dengan lif. Di bahagian pintu pun dah ada tertampal nama homestay. Homestay Arissa ni merupakan studio apartment yang mempunyai ruang tamu, dapur dan dua bilik air. Suka dengan deco Homestay Arissa ni nampak minimal and stylish. 


Walaupun dekat tingkat 21, tak ada masalah langsung dengan air slow. Kalau dua bilik air digunakan serentak pun air still laju. 


Dalam bilik air dah disediakan shower gel dan towel. Di bahagian luar ada disediakan alat mencuci in case ada tertumpah something dekat lantai. I tak risau masa stay dekat sini sebab dekat Homestay Arissa dah disediakan fire extinguisher in case anything bad happen. 


Dekat pantry pun penuh dengan makanan dan minuman instant. Nak masak maggi tak ada masalah, semua dah ada. Microwave, heater, stove dengan peti sejuk pun disediakan. Dekat sinki ada penapis air so tak ada masalah air kotor.


But my mood not for maggi lah malam tu sebab I nampak something better dekat bawah sana. 

Pasar Malam Padang Jawa!


Tak jauh pun dari Suria Jaya ni, malam tu berjalan kaki je pergi ke pasar malam. Dekat pasar malam ni tak perlu risau bab nak melintas jalan sebab ada volunteer yang akan tolong jaga. Pasar malam ni dibuka dari jam 5 petang sampai jam 10, sesuai lah masa dengan jarak pasar yang agak panjang ke dalam. 



Cendol dekat pasar malam ni sedap, must try! Lepas dah habis pusing, dah beli buah bidara terus patah balik sebab dah nak pukul 10 malam dah. 


Kemudahan dekat homestay Arissa ni dah disediakan wifi percuma dan Netflix! Instruction untuk guna Netflix semuanya dah ditampal di belakang pintu. 


Kalau ada event ataupun majlis kenduri kahwin tak ada masalah datang ke homestay ni sebab dah disediakan iron dan board. Even datang ramai pun no worries sebab dah disediakan toto extra untuk guest ramai. 


Paling best dekat Homestay Arissa ni bila katil betul-betul di sebelah tingkap.  Boleh nampak view kawasan sekitar dan bangunan besar penuh dengan lampu. Sayangnya tak boleh nak stargaze malam tu sebab tak ada bintang mungkin sebab nak hujan. 


Ni pula view bila masuk waktu Subuh. Bangun pagi tak perlukan alarm pun untuk solat sebab masjid besar Padang Jawa betul-betul terletak depan Suria Jaya. Katil selesa sangat tidur dengan angin malam memang bahagia bila bangun pagi. Mana nak dapat experience macam ni? Priceless!


Since kemudahan swimming pool di tingkat 7 dibuka bermula jam 9 pagi, we had breakfast dekat restoran sebelah Suria Jaya di Kedai Makan Dek Na. Awal pagi pun dah ramai orang sebab makanan dia sedap. Untuk breakfast pun dah banyak pilihan dengan kuih-muih, nasi lemak, nasi dagang, makanan bergoreng dan lain-lain. 



Lepas kenyang makan baru enjoy sunbathing dekat swimming pool. Pool ni terbahagi dengan pool dewasa dan kanak-kanak. Musim influenza ni memang elok berjemur lama sikit untuk tambah vitamin D dan naikkan imun badan. Tapi tak lama lah mandi sebab dah ramai mula datang. Customer Homestay Arissa kalau bawa budak kecil boleh guna pelampung free yang disediakan khas. 





Getting my Vitamin D!!!

Sebelah pool ada disediakan gym dengan beberapa machine dan yoga mat. Gym pun sama dibuka dari jam 9 pagi. 


Dah settle mandi, it’s time untuk checkout sebab dah menginjak jam 12 tengahari. Ada masa nak datang lagi ke Padang Jawa ni sebab dekat dengan i-City. Port makan dekat sini pun macam menarik.

16 comments

  1. paling tergoda dengan swminng pool tu..
    dala x de orang sangat memang bahagiaaa mandi =D

    ReplyDelete
  2. Wow~ ini heaven dapat pegi homestay cenggini. ^^

    ReplyDelete
  3. Bestlah homestay dia.. Sangat menarik dan best..

    ReplyDelete
  4. Waaa homestay dia nampak biasa tapi swimming pool dia wowww gilerr...Sis selalu ke Shah Alam, next time bolelah cuba sini..

    ReplyDelete
  5. Thanks for the info. Menarik sebab lokasi dia agak strategik, dekat dengan pasar malam pulak tu. Boleh dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  6. Best jugak homestay ni. Kalau di kawasan sekeliling ada kedai makan lokal dan pasar malam memang seronok lah. Haritu masa stay area KL, jauh nak makan kena drive, dgn jem lagi. 7E pun jauh. Okla nanti nak try kat sini.

    ReplyDelete
  7. Yeah, looks like a good accommodation for vacation and staycation. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  8. Jika bercuti ke Shah Alam dan mempunyai keluarga ramai bagus juga ada homestay macam ni... luaa dan selesa rasa macam kat rumah kan?

    ReplyDelete
  9. Cantik homestay dia.. Selesa tengoknya... Siap dket dengn pasar lagi.. Best2

    ReplyDelete
  10. Homestay ni dekat dengan beberapa tempat best, Icity n shah alam. Lepas seronok2 di icity, shopping di shah alam pastu tido di Homestay yg selesa ni.. Oh.. Bestnya.. Tq for your sharing..

    ReplyDelete
  11. wah dekat tmpat ni dgn tmpat makan kegemaran saya, pecal lele padang jawa. bolehlah stay sini nnti.

    ReplyDelete
  12. wah menarik ni, nanti kalau ke area sana boleh la sewa kat sini. kalau x silap pernah ke sini dulu.

    ReplyDelete
  13. Sy jarang tau pasal homestay area shah alam. Bagus juga baca artikel ni so kalo sedare mara datang ramai2 tak muat rumah boleh la ajak diaorang tido sini

    ReplyDelete

  14. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  15. sis kalau gi bercuti memang lebih gemar amik homestay sbbnya anak ramai kan.. so lebih selesa la dengan homestay. dan homestay yg di tunjuk ni pun. ok kot!! nice.. simple tapi cozy

    ReplyDelete
  16. Thanks for picking out the time to discuss this, I feel great about it and love studying more on this topic. It is extremely helpful for me. Thanks for such a valuable help again. homestay melaka with swimming pool

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.