Drama Review : Seadanya Aku

Saturday, 22 February 2020


Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi
Pelakon : Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Sharifah Husna, Fadlan Hazim, Ainina Ahmad B, Jasmin Hamid, Chici Bamba
Genre : Cinta/Drama
Jumlah Episod : 28 Episod
Tarikh Tayangan : 15 Januari 2020
Syarikat Produksi : Country & Universal
Penyiaran : TV3 (Slot Akasia)
OST : Seadanya Aku – Ippo Hafiz


Drama Seadanya Aku diadaptasikan dari novel karya Nissa Ahdiya mengisahkan Aufiya (Zara Zya), Wina (Elvina Mohamad) dan Zureen (Dayana Roza) berkawan sejak zaman kolej lagi dan tinggal serumah bila menginjak ke alam pekerjaan. Susah senang bersama. Sementara Wina dah bertunang dengan Zarul (Azlee Khairi), Fiya pula menunggu detik pernikahan bersama Taufiq (Redza Rosli). Zureen pula masih mencari jodoh. 


Pergolakan berlaku bila Taufiq mula dapat mesej tentang Fiya yang sudah ditiduri oleh lelaki lain tapi hakikatnya Fiya dirogol masa final exam. Fiya diamkan dari pengetahuan sesiapa even dari Wina dan Zureen. Umi Taufiq, Pn. Jumah (Jasmin Hamid) mula hasut Taufiq supaya tinggalkan Fiya dan batalkan perkahwinan di saat akhir. 


Ibu bapa Fiya yang malu dengan saudara dan orang kampung sudahnya menerima lamaran Zarul yang sanggup berkahwin dengan Fiya dan terima seadanya Fiya walaupun kisah silam dia yang hitam. Wina tak dapat hadir perkahwinan Fiya disebabkan outstation, Zureen pula rush ke hospital bila Kak Fisya bagitahu mak dia masuk wad. 


Sudahnya tak ada siapa yang tahu siapa suami sebenar Fiya. Nak elakkan dari diketahui oleh Zureen, Wina dan orang lain, ibu bapa Fiya menipu yang anak mereka berkahwin dengan suami orang. Sebab tu lah tak ada sanding. Agak kelakar jugak lah alasan ni sebab scene awal masa Taufiq hantar Fiya balik kampung dah ada dah khemah dipasang siap dengan meja untuk tetamu. For sure la pelamin dah ada sebab pakej la pelamin dengan khemah. Taufiq cancel wedding pagi hari majlis.but skip logic, sebab drama ni pun drama sendu sebabak.


Zarul dah nasihatkan Fiya supaya berterus-terang dengan Zureen dan Wina tapi Fiya pula kesian dengan sahabat baik dia. Zarul bertunang dengan Wina pun sebab mummy dia, Pn. Kartina (Norish Karman) terkejarkan offer untuk business dengan mama Wina. Kesian dekat Zarul stuck dengan sifat tamak dan selfish mama dia. Sepupu dia, Hadi (Fadlan Hazim) pula tak sudah asyik datang rumah minta pinjam duit untuk berjudi kalau isteri dia Eliza (Sharifah Husna) dah kehabisan duit.  


Taufiq yang tak boleh move on lepas tinggalkan Fiya mula datang mengganggu. Lagi masalah bila Wina dah tahu perkahwinan Fiya-Zarul dan buat tawaran untuk team up dengan Taufiq untuk hancurkan rumah tangga mereka berdua. 


Bab Taufiq tu boleh je Fiya elak kalau dia bagitahu awal-awal dia dah berkahwin. Tapi tak, pengarah tetap jugak nak panjangkan cerita dengan simpan status Fiya. Sampai Taufiq dah sasau baru nak bagitahu. Menyampah la bila drama Melayu ni buat karakter heroin lemah kemain. Bukan setakat lemah je, IQ pun tak tinggi mana. 


Kesian dekat Zarul nak kena fikir hal kerja, hal family dengan hal Fiya lagi. Yang Fiya tak sudah menangis lepastu buat drama merajuk sendu sebabak. Padahal dia tahu keadaan Zarul macam mana. Apa benda lah biar Zarul kena marah dengan mak dia, kena cop gatal bila terpaksa kahwin dengan Wina untuk langsaikan hutang mummy.  


Mak Fiya (Ainina Ahmad B) boleh tahan lah suka marah melulu. Lepas dah tampar, dah jerkah, dah sembur macam-macam baru dia nak tanya kenapa benda jadi begini begitu. What nonsense.

Masa awal drama tu boleh la tabah melayan perangai memasing tapi bila team Seadanya Aku ni dah stretch drama panjang kemain haa mula lah nak skip je scene selain Zarul dengan Fiya sebab dialog masing-masing sama je sampai habis. 


Zarul-Fiya : ‘U bahagia tak dengan I?’ Lepastu takut pasangan hilang
Wina : I nak kahwin dengan Zarul!
Taufiq : Taufiq nak Fiya, tak mungkin dia lupa segala apa yang kitorang go through bersama 
Mummy Zarul : Zarul kahwin la dengan Wina, selamatkan business mummy
Hadi : scene cari duit, scene dapat duit, scene judi

Dekat hujung drama ni scene Zureen bercinta dengan Rashid la yang best nak tengok sebab kelakar. Tak la lemau tengok drama sendu sebabak Fiya cakap hak Wina sebagai tunang lagi tinggi dari hak dia sebagai isteri. Aje gila siapa ajar dia sistem hierarki ni. 


I still tak faham kenapa team Seadanya Aku ni buat watak Zureen berkawan lagi dengan Wina kalau dah tahu perangai dia buruk dari zaman kolej dengan alasan taknak Fiya bergaduh dengan Wina. Bab duit tu, kalau dah rasa tak mampu jangan la belanja sakan. I mean, come onnnn! 

Chemistry Azlee dengan Zara memang nampak cantik tapi ada beberapa scene nampak lemau juga sebab Zara terlampau sendu. Drama genre romantic tapi Zara dengan Azlee tak nampak macam married couple pun. Lagi penat nak tengok bila dialog yang sama je dok ulang. 


Salah satu sebab tengok drama ni sampai habis sebab wardrobe pelakon cantik dan stylish especially Fiya dengan Wina. Thanks to Poplook, Yumna, Jasmina Collection, Sola Couture, Sacoor Brothers dan lain-lain. Tapi hairstyle Fiya dengan Wina macam tak dapat payment banyak je untuk drama ni sebab tak kena langsung dengan muka. Hairstyle Wina masa hujung drama tu mengerbang kemain.


OST Seadanya Aku sesuai la dengan tema drama ni. Suara Ippo Hafiz pula sesuai dengan genre soul ballad. OST lain pun best antaranya Berdua - Ippo Hafiz, Setiap Mahumu - Azura Aziz, Picisan - Adzrin, Yang Terakhir - Heedan Mohammad dan single lain.

  

Suka tengok pelakon baru dalam drama Seadanya Aku yang berlakon watak Halina (Chici Bamba), adik Zarul. Muka sama dengan muka Azlee dengan Norish Karman. Dah Google baru tahu dia anak NK, no wonder lah muka sama cantik. Lakonan dia bersahaja dan nampak natural. Hope to see her more after this. 


1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5.7/10

7 comments

  1. Agak dah anak tu anak dia. Haha Okay, Aien tunggu Pana buat review Bukan Kahwin Paksa pulak. Haha

    ReplyDelete
  2. Last tengok drama TV3 is kampung people

    ReplyDelete
  3. Kita pon baru tau dia anak NK tengok komen kat youtube.

    ReplyDelete
  4. Best drama ni tapi banyak dah skip episode huhu. Nanti nak tengok balik kat youtube

    ReplyDelete
  5. hahahah.. kelako, bosan tapi nak jugak tengok sampai habis

    ReplyDelete
  6. Baru cadang nak tengok.. tapi tak jadilah lepas baca review Farhana nie.. hahaha.. sendu snagat nie..

    ReplyDelete
  7. sendu sangat watak zara ni pastu make up bukan main tebal. dah sampai tengah tu memang dah malas nak tengok drama ni terus tengok ending je..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.