Breakfast di Kedai Makan Dekna, Padang Jawa

Sunday, 1 March 2020


Dah lama dah makan sini baru nak update. alkisahnya masa pergi ke Homestay Arissa Suria Jaya, Shah Alam, turun breakfast dekat kedai ni sebab ni yang paling dekat. Tak daya nak pergi jauh-jauh sebab malas nak drive satu hal, nak rush mandi pool satu hal. 


Dekat sini tak la berapa ramai orang tapi panjang jugak lah barisan sebab ramai yang bungkus makan dekat rumah dengan family. 


Walaupun belah pagi, menu dia dah banyak dah. Kalau rasa tak nak makan nasi lemak, banyak lagi makanan lain. Nasi goreng, mee goreng, lontong, nasi dagang, mee jawa, kuih-muih, kek batik, pau etc. 


Rasa menyesal pulak haritu tak order mee jawa dia sebab dah lama tak makan. Lagipun dah datang Padang Jawa kan, kena la makan makanan terbaik dia. 


What I chose that day, nasi lemak dengan daging gulai kawah. Trust me, it is good. Daging dia empuk, rasa kari pekat, makan panas-panas dengan teh tarik fuhhhh asyuk!


Lepas ni kalau datang Padang Jawa boleh singgah sini nak breakfast sebab kedai ni buka awal pagi. Kedai lain baru nak menggeliat buka grill haha. Untuk harga, for me murah lah nak dibandingkan dengan Subang hshshs

6 comments

  1. aduh nasi lemak . tak pernah tak menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Rindunya makan nasi campur.. Lama dah tak makan.,

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Farhana.. Meriah betul menu-menu yang ada..

    ReplyDelete
  5. T.kasih atas review d pengalaman makan di Kedai Makan Dekna.
    Sya sendiri pernah cuba nasi berlauk kepala ikan. Mmg sedap dan asli masakan kelantan.
    Sya sarankan kalau berpeluang, cuba nasi dagang, nasi kerabu dan laksam.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.