The Roof, One City Mall, Subang

Sunday, 26 January 2020


Lepas pergi Bizmilla Wedding Hall, alang-alang dah datang sini haruslah menyinggah ke The Roof Skypark One City ni. Tempat ni famous sebab glass floor di rooftop. Kalau view dari dalam mall, akan nampak la bahagian atas ni. 



Masa kitorang pergi ni agak ramai jugak lah sebab weekend tambah pulak dekat bangunan sebelah ada 4 majlis kahwin. Lepas pergi majlis kahwin, datang singgah sini. Ada juga yang datang untuk photoshoot. 



 One of spot dekat The Roof ni



 Dekat sebelah tepi bangunan, dihadang dengan glass where you guys boleh nampak kawasan USJ 21 dengan USJ 23, Subang. Nothing much pun pemandangan dari atas ni sebab dekat kawasan ni tak ada apa-apa pemandangan yang cantik ataupun menarik. Just residential area je. 





Masa kitorang sampai dekat sini, cuaca agak mendung as you guys can see in my pictures pun terserlah betapa gelapnya awan tu tapi yang bestnya dapat angin free. Panas pun tak terasa sangat walaupun baju songket. 


Dah puas meronda bahagian tepi, sebelum balik try la berjalan dekat bahagian lantai kaca ni. Kalau yang jenis gayat macam adik memang tak berani lah lama-lama. Kawan kata belah siang tak nampak sangat bahagian bawah tapi kalau belah malam memang nampak jelas sebab ada lampu. 


Dekat bahagian atas ni tak banyak kedai yang buka kecuali pub yang dah start nak berniaga. Banyak kedai dah tutup even dekat dalam mall pun tak banyak kedai. Kalau bukan disebabkan Bizmilla Wedding Hall tu mungkin lagi suram agaknya.

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.