Hai guys! Hari ni I nak share something yang mungkin ramai lagi tak tahu tentang travel apps buddy, Traveloka. My company dah buat undian masa AGM 2018 lepas untuk bercuti di Desaru, Kota Tinggi, Johor. Since I in charge untuk transportation and accommodation, since last week I dah start survey hotel di sana.
Masa tengah survey tu, ternampak la iklan KLIA Express dari Traveloka. Jadi disebabkan boss request ke Desaru menggunakan flight, I pun try survey train ke airport tu. Lepas tengok harga boleh dikira affordable price dan jimatkan masa so terus buat
KLIA Express booking di web Traveloka.
Alang-alang dah survey, tengok juga beberapa perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Traveloka dan jumpa penempahan bagi private transport untuk ke airport kalau tak suka naik train. Kalau rasa nak cuba untuk survey, boleh try dekat
airport coach online deals. Harga pun dikira mampu untuk dibayar juga.
Banyak rupanya perkhidmatan lain yang ditawarkan bila I teroka lagi apps Traveloka ni lepas install dari Google Play. For you guys information, Traveloka merupakan satu syarikat yang asalnya daripada Indonesia dan menawarkan perkhidmatan tempahan hotel dan penerbangan di hampir ke seluruh negara.
Sekarang ni Traveloka dah menempatkan banyak cawangan yang lain di kebanyakan negara dan Malaysia adalah salah satu daripadanya. Terbukti juga perkembangan Traveloka adalah di tahap yang sangat baik bila terima jumlah muat turun aplikasi di Google Play lebih dari 10 juta! Mantul kan?
Basically, bila you guys buka apps Traveloka, perkara pertama sekali wajib buat ialah sign up untuk memudahkan you guys tengok pelbagai promo yang dilancarkan oleh Traveloka. Bila dah habis survey nanti you guys akan dibawa ke halaman utama apps ni.
Dekat apps Traveloka ni ada 7 icon yang sangat membantu dan memudahkan kita mencari apa yang diperlukan bila kita nak pergi bercuti. I try senaraikan dan terangkan di bawah semua details yang ada okay? Sharing is caring kan?
1. Flights
Lebih kurang sama seperti apps penerbangan yang lain. Tapi apa yang menariknya bila Traveloka menawarkan pelbagai airlines dengan harga yang berpatutan. Antara airlines yang ada di Traveloka ini ialah Jetstar, Malindo, Scoot, MAS, Lion, Singapore, Emirates, Qatar dan banyak lagi airline yang terkemuka.
Yang menariknya, harga yang dipaparkan adalah harga yang perlu kita bayar. Tak ada hidden charge langsung. Since I nak pergi Desaru, I check latest promotion, mana tahu ada yang ngam dengan tempat I nak pergi. Cun!
2. Hotels
Part ni yang paling I excited sangat nak buat! Boleh kata Traveloka ni dah merangkumi kebanyakkan hotel-hotel di hampir semua destinasi percutian tau. Nak pula di kawasan tumpuan pelancong. You guys boleh cuba search hotel dari segi popularity, kemudahan dan price range yang you guys nak. Pilih je dekat bahagian tepi.
Apa yang I suka sangat bila survey hotel di Traveloka ni bila banyak promo yang available untuk tarik perhatian customer macam I. Ada beza bila kita compare dari segi harga dengan apps agoda dan booking.com.
Harga bilik di Traveloka lebih murah dan harga yang dipaparkan adalah fix price. Taka da istilah hidden charge masa kita proses transaksi pembayaran.
3. Hotel+Flights
Salah satu keistimewaan Traveloka bila you guys boleh book gabungan hotel dan flights. Traveloka akan paparkan hotel dengan harga terbaik di destinasi yang dituju. Konsepnya sama macam kita beli set combo dekat KFC. Harga akan jadi murah sikit compared to menu ala carte.
Try la survey dulu section ni sebelum pilih flight dengan hotel, mana la tahu ada yang berkenan di hati. Jimat masa satu hal, poket selamat satu hal.
4. Experience
Sebelum ni kalau nak pergi bercuti dalam atau luar negara mesti cari tiket online dekat website/apps Klook. Tapi sekarang lagi mudah sebab Traveloka dah tambah satu kaedah baru dengan menawarkan pembelian tiket bukan saja ke tempat perlancongan yang menarik tapi events under partners Traveloka juga!
Antara tempat yang di tawarkan ialah Penang Theme Park, Adventur Cove Waterpark, Aquaria KLCC, Sunway Lagoon, Legoland dan banyak lagi. Gambar dekat atas antara contoh tempat menarik yang available sekitar Johor sebab hari last mungkin ada slot kosong untuk lawat mana-mana tempat sebelum balik ke KL.
5. Airport Transfer
Ingat tak awal tadi I ada mention pasal KLIA Express dan private transport untuk ke airport? Haa. Ini lah dia. Satu lagi tawaran perkhidmatan baru yang diberi oleh Traveloka untuk make sure perjalanan percutian pengguna berjalan dengan lancar. Nanti kalau nak cuba book train ticket, boleh la survey dekat sini okay. Ada banyak pilihan sebab Traveloka bekerjasama dengan pelbagai brands yang tersenarai di bawah ni.
6. Car Rental
I try cari kereta sewa di bahagiaan ni sebab kemungkinan besar kami akan keluar dari hotel untuk makan angin di area Desaru. Tapi setakat ni belum ada lagi perkhidmatan car rental dari Traveloka mungkin sebab dalam proses nak memperluaskan lagi kawasan perkhidmatan. But it’s okay, next time bila dah ada, boleh book tanpa risau dah.
7. Villas & Apartments
Risau juga kalau bercuti secara berkumpulan besar macam ni tak cukup bilik disediakan. Ada juga yang lebih suka book villa atau apartmen sebab lagi luas dan lagi jimat. Kalau selama ni book di apps Airbnb, sekarang ada pilihan untuk book di Traveloka. Boleh tengok harga mana lebih murah tapi boleh jamin lah harga dekat Traveloka lagi murah!
So that’s all untuk info sharing yang boleh I kongsi dengan you guys tentang aplikasi Traveloka ni. I dah survey, try book dan terbukti Traveloka lebih memudahkan untuk buat pelbagai tempahan. Hopefully entry kali ni boleh membantu you guys rancang perjalanan percutian. Till next time, okay. Bye!
Oh my, lawa jugak Desaru ni sebenarnya. ^^
ReplyDeleteWaaa Desaru ek..
ReplyDeleteTraveloka memang kalau book awal harga dapat murah berbanding yang lain..memang kalau nak bercuti ni, kena pandai survey, kalau tak beza harga tu banyak rugi kan..
Bagus Sekali Artikelnya
ReplyDeleteYuk Jangan lupa singgah juga disini.
prediksi togel hari ini
Daftar Situs Judi Online
Kumpulan Situs Judi Online
Masterbet188
Zumaqq
Zuma Poker
Daftar Zumaqq
Masterbet188
Judi Poker Pulsa Online
kaki2 travel dgn traveloka mmg x leh di pisahkan
ReplyDeletePernah jugak pakai traveloka. Senang nak cari hotel dengan flight terus. Harga pun rasa berbaloi jugak
ReplyDeleteRawlins memang suka buat persiapan percutian dengan Traveloka. Kat sini senang sebab one stop centre untuk uruskan segalanya. Takyah nak pening dok banding pelbagai web.
ReplyDeleteSekarang ni ramai yang nak bercuti ke mana mana guna khidnat Traveloka sebab murah dan mudah saja guna aplikasi Traveloka.
ReplyDeletemmg onestop sudah ni.. tak perlu cari tempat lain dah.. saya tak pernah guna traveloka.. next time akan dicuba juga.. macam menarik..
ReplyDeletetraveloka memang berbaloi pakejnya pernah juga booking penginapan dengan travelloka sangat memudahkan!
ReplyDeletetraveloka memang salah satu platform yang saya guna bila nak travel. sangat berbaloi dan memudahkan :)
ReplyDeleteoh tak tahu pulak ada cara mudah macam ni. lepas ni boleh cuba la dengan traveloka ni. menarik sangat. terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeletekalau yang nak bercuti memang Liez suka syorkan Traveloka. sebab semuanya boleh dicari dekat situ. rasanya dah banyak kali liez guna khidmat traveloka bila pergi bercuti.harga pun agak berpatutkan dan memudahkan kerja
ReplyDeleteDari dulu mmg pengguna setia Traveloka sbb memudahkan percutian selain tawaran yg dipamerkan lebih murah
ReplyDeleteWow bestnya nak bercuti.. Akak kadang2 suka gak compare dengan traveloka ni... Nnt kalau jadi bercuti jauh2 mmg rasa nak try book dekat traveloka ni
ReplyDeleteSaya pernah cuba skali je traveloka ni, memang convenient sangat.
ReplyDeleteThanks for sharing.
Selalu guna apps Traveloka ni tapi untuk booking hotel dgn flight je. Tak tau plak ada juga utk apartment, car rental & airport transfer. kiranya semua boleh survey guna satu apps je kan. mudahhh
ReplyDeleteSuka dengan apps ni..terutama kalau kaki travel kena install utk dptkan pakej yg berpatutan
ReplyDeletebila baca ni terasa nak terjah traveloka plk
ReplyDeleteskrng ni mudah sangat kan.. semua benda dihujung jari.
ReplyDeletekemudahan2 service macam ni..
Kita pun suka book dari Traveloka. Senang sangat. All in dalam satu carian. Offer pun menarik sana.
ReplyDeleteI kalau nak berjalan memng usha traveloka..semau ade dekats itu..senang...kadang guna diskaun yang kita dapat..ehe
ReplyDeleteTraveloka memang best.Memang guna app ni dari dlu,hehehe.
ReplyDeletekadang pakai juga traveloka. banyak diskaun dan banyak pilihan jugalah. tahniah traveloka
ReplyDeleteSuka pakai traveloka ini kalau tempah hotel.. bila dia tambah attraction buat lagi best apps ini..
ReplyDelete