Persembahan Band Penjara

Friday, 17 January 2020


Bulan lepas masa jalan-jalan dekat Aeon Mall Shah Alam ternampak ada band perform dekat ruang legar tingkat bawah. Bila tengok backdrop dekat belakang rupanya ada pertandingan menyanyi dari band Penjara Kajang. 

Selama ni tengok dalam movie je band penjara tapi kali ni ada rezeki tengok depan mata and yes of course suara memasing sedap sangat. 


Ada yang menyanyi biasa, ada yang buat acapella, ada yang bersajak dan berpuisi. Tak sempat tengok sampai habis sebab sekejap je dekat sana. Ni pun tak turun bawah sebab dekat bahagian bawah dah penuh so tengok dari atas je.



Selain pertandingan menyanyi ni ada jugak booth pameran macam mana pihak penjara buat prosedur sebatan dan pameran pakaian uniform di penjara.


Yang lain banyak booth jualan barang-barang yang dihasilkan oleh banduan penjara. Ada juga kain tenun Permaisuri Agung, rasanya team yang buat persalinan pernikahan Tunku Aminah dulu. Tak sempat nak belek sangat tapi banyak lah yang dijual. Cantik-cantik belaka. Hopefully ada rezeki lagi nak pergi festival dari pihak penjara. 

2 comments

  1. oh ok la tu, ingat kan band main instrument muzik, tahniah kerana menghadirkan diri....program seperti ini, melahirkan kesedaran...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.