Pengalaman Guna Smartphone Realme 5

Friday, 17 January 2020

Dah basi pun benda yang nak disembang ni sebab masa dijemput oleh pihak Realme untuk merasa pengalaman bergambar menggunakan kamera smartphone Realme 5 ni berlaku pada tahun lepas. Saja nak simpan sini sebab nak clear storage handphone. 


First time dapat jemputan untuk promote gadget sebab selalunya makanan je tapi kali ni excited sikit sebab katanya kamera Realme ni ada quad kamera. Bila ambil gambar memang sharp lah. Ditambah pula dengan keistimewaan bokeh dan kamera selfie 13MP. Sampai je dekat Menara Amfirst memang tak tunggu lama dah, terus cari port nak bergambar guna smartphone Realme ni. 


Cuba untuk buat bokeh tapi macam gagal je hshshshs


Ni menjadi sikit kot hehehe


Nampak tak betapa terangnya lighting dalam smartphone Realme 5 ni. Dah tak payah risau kalau tempat tu agak gelap sedikit ataupun perlukan cahaya lebih sebab kamera Realme 5 ni dah tersedia untuk buat you guys nampak cantik bila bergambar. 

Terlupa nak try kamera selfie tapi kalau kamera belakang pun cantik macam ni, rasanya tak perlu dah selfie sakan sangat. 


Smartphone Realme 5 ni agak panjang lah, berukuran 6.5" LCD, sesuai untuk yang suka skrin besar. Untuk kecantikan visual memang Realme 5 mampu beri kepuasan tu tambah untuk gamers dan pencinta movie dengan kelebihan 3/4GB RAM dan storage sebesar 64/128 GB.


 Tak perlu risau bila main game ataupun tengok movie sebab kapasiti bateri sebesar 5000mAh sesuai lah dengan promosi besar-besaran Realme 5 yang menggunakan team cosplay supaya dapat meyakinkan you guys yang gamerz memang sahut cabaran #DareToLeap Realme ni. 


Smartphone Realme 5 ni ada pilihan dua warna, antara Crystal Blue macam dekat dalam gambar ataupun warna Crystal Purple. I'm more in love with Crystal Purple. Smartphone Realme 5 ni dah dijual pada Oktober 2019 dan boleh dibeli di Lazada atau outlet Realme dengan harga RM599 dan RM799. 

2 comments

  1. konfius sama ada nak try Realme 5 ke Realme 5 pro. Haha

    ReplyDelete
  2. Harga dia okaylah.. tak ada mahal sangat..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.